Mansuhkan diri mu, besarkanlah Tuhan mu
1:5 Hanya Engkaulah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan.
5:89 Allah tiada menyiksamu, kerana sumpah yang tiada kamu sengaja, tetapi Dia menyiksamu, kerana sumpah yang kamu sengaja. Maka kifaratnya (pengampuni kesalahannya), memberi makanan kepada sepuluh orang miskin, daripada makanan yang biasa dimakan oleh keluargamu atau memberikan pakaian kepada mereka, ataupun memerdekakan seorang hamba. Barang siapa yang tiada memperoleh (apa apa yang tersebut itu), hendaklah ia berpuasa tiga hari lamanya. Itulah kifarat sumpahmu, bila kamu bersumpah. Dan peliharalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan ayat ayatNya kepadamu, mudah mudahan kamu berterima kasih.
7:31 Hai anak anak Adam, pakailah perhiasanmu ketika tiap tiap sembahyang. Makanlah dan minumlah, tetapi jangan berlebih lebihan. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang orang berlebih lebihan (melampaui batas).
8:17 Kamu tiada membunuh mereka, tetapi Allah yang membunuhnya. Bukanlah engkau (ya Muhammad) memanah, ketika engkau memanah itu, tetapi Allahlah yang memanah. Supaya Allah mencubai orang2 beriman dengan cubaan yang baik. Sesungguhnya Allah Mahamendengar lagi Mahamengetahui.
10:12 Apabila manusia ditimpa kesusahan, ia memohon kepada Kami, tengah berbaring, tengah duduk atau tengah berdiri. Tetapi tatkala Kami hilangkan kesusahan itu, lalu ia seolah olah tiada memohonkan kepada Kami atas kesusahan yang menimpanya. Demikianlah dihiaskan (pandangan baik) kepada orang2 yang berlebihan terhadap apa apa yang mereka kerjakan.
16:96 Apa apa yang ada di sisimu akan habis dan apa apa yang ada di sisi Allah akan kekal. Demi, nanti akan Kami balasi orang orang yang sabar dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.
16:97 Barang siapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki ataupun perempuan, sedang ia beriman, niscaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.
22:78 Berjuanglah kamu pada (agama) Allah dengan sebenar benar perjuangan. Dia telah memilih kamu dan tiada mengadakan kesempitan bagimu dalam agama, seperti agama bapamu Ibrahim. Dia (Allah) menamakan kamu orang Islam dari dahulu dan dalam ini (Quran), supaya rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi pula terhadap manusia. Maka dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia wali kamu; Maka Dia sebaik baik wali dan sebaik baik penolong.
33:37 Dan engkau takut kepada manusia, padahal Allah terlebih patut engkau takuti.
37:96 Allah menjadikan kamu dan apa apa yang kamu perbuat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.