Total Pageviews

Wednesday, 19 August 2020

Kesalahan utama semasa membaca Al Fatihah

 

Kesalahan utama semasa membaca Al Fatihah

 

 

 

1:1 Dengan nama Allah yang Mahapengasih, Penyayang (saya baca):

 

1:2 Segala puji bagi Allah, Tuhan (yang mendidik) semesta alam,

 

1:3 Yang Mahapengasih, Penyayang

 

1:4 Lagi mempunyai (penguasa) hari pembalasan.

 

1:5 Hanya Engkaulah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan.

 

1:6 Tunjukilah (hati) kami ke jalan yang lurus.

 

1:7 Iaitu jalan orang orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, sedang mereka itu bukan orang orang yang dimurkai dan bukan pula orang orang yang sesat.

 

 

Kesalahan besar dalam Fatihah bukanlah terletak pada cara pembacaan surah Al Fatihah. Sebaliknya, kesalahan utama Surah Al Fatihah adalah kegagalan si pembaca untuk memahami kehendak maksud atau isi kandungan surah yang dibaca tersebut.

 

Dukacita, apabila tidak ramai yang mengetahui atau tidak menyedari mereka telah melakukan kesalahan besar iaitu mereka hanya tahu melafazkan surah Al Fatihah sedangkan mereka tidak  memahami apa isi kandungan yang tercatat dalam surah utama atau terpenting Al Quran itu.

 

Apabila mereka tidak memahami, jauh sekali mereka mau bertanya hati kepada Tuhan mereka sama ada tujuan besar surah berkenaan sudah dimakbul Allah atau sebaliknya.

 

 

 

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.