Total Pageviews

Sunday 2 June 2019

Hospital Wakaf Percuma




Hospital wakaf pertama di Malaysia; percuma kepada asnaf dan susah termasuk non Muslim



Hospital wakaf pertama di Malaysia.. rawatan dan ubat percuma diberikan kepada golongan asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan termasuk untuk bukan muslim.
Bagi mereka yang berkemampuan atau orang awam, harga yang dikenakan adalah amat berpatutan berbanding dengan hospital swasta yang ada di Malaysia ini.
Konsep hospital wakaf ini telah direalisasikan oleh Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, seorang pakar kanak-kanak yang ingin menjadikan hospital ini sebagai satu entiti yang berlandaskan patuh syariah dan bebas dari konsep riba dan menjadikan mukadimah kepada hospital wakaf yang lain.
Pengalaman selama 15 sebagai seorang doktor yang juga sering turun padang mengikuti misi kemanusiaan dan member pengkhidmatan secara percuma kepada mereka yang memerlukan, telah menguatkan lagi iltizamnya untuk meneruskan usaha hospital wakaf ini.
Bukan sesesuatu yang mudah untuk melaksanakan apa yang beliau impikan . Menuntut banyak pengorbanan dan rintangan termasuklah melangkah keluar dari zon selesa beliau selama ini, di mana berkhidmat di hospital swasta lain dengan gaji yang lumayan.
Bermula dari bawah .. beliau “ merangkak “ untuk meraih kepercayaan penderma di luar sana. Kita semua sedia maklum ..
Tempoh menunggu untuk mendapatkan temujanji bagi pesakit dengan doktor pakar di hospital biasa adalah panjang. Justeru itu … dengan adanya Hospital Kasih ini, akan memberikan pilihan buat mereka yang tidak berkemampuan tetapi perlukan rawatan pakar dengan kadar segera.

Rawatan dan percuma kepada
1. Golongan Asnaf
2. Mereka yang tidak berkemampuan
3. Pesakit ada kad JKM
4. Pelajar ada ID pelajar (Fisabilillah)
5. Mereka yang datang menyatakan mereka susah (itu urusan mereka dan ALLAH)
Harga rawatan yang dikenakan adalah murah kerana semua peralatan datang dalam konsep wakaf.
Semua doktor pakar yang terlibat sudah bersedia untuk memulakan perkhidmatan di sana. Bagaimana pun … yang menjadi kekangan hari ini ialah peralatan yang diperlukan masih tidak mencukupi.
Untuk menjamin segalanya berjalan seperti yang diharapkan .. pihak pengurusan sangat memerlukan sokongan semua pihak.
Hospital Kasih sangat mengalu-alukan zakat, sedekah, wakaf dan juga sumbangan dari masyarakat Malaysia yang penyayang di luar sana.
Bagi yang ingin bersama berkongsi rezeki dan mencari keberkatan … sumbangan boleh disalurkan ke acc
KASIH SPECIALIST CLINIC & HOSPITAL
KASIH HOLDINGS SDN BHD
26601600017920 – RHB BANK.
( akaun amanah raya no fail kasih LD004913 )
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Encik Omar Zaki +60 16-319 5276, Dr Mohd Zaqrul Razmal +6016-7170477

Minta bantu share
sumber; Siakap Keli


.

CAP president leaves lasting legacy



CAP president leaves lasting legacy

20 MAY 2019




GEORGE TOWN: For someone who had never used a smartphone, much less owned one, S.M. Mohamed Idris is a social media sensation.
Since his passing last Friday, there have been close to a million online searches on him.
Staying clear of cyberspace is just one of his many traits. He never wore suits, nor did he smoke. He was also a strict vegetarian.
But it was his work as an activist for consumerism and environmental causes that he is best known.
Idris was an avid reader, poring over newspapers daily, and was never afraid to express his opinion. Even on the day he was sent to the hospital after complaining of breathlessness, he was quite vocal about the issue of the day.
His public life began with an appointment to the Penang City Council in the 1960s as a representative of the then Alliance government.
But he was also an uncompromising environmentalist and advocate of consumerism, a trait that would lead to him forming the Consumers Association of Penang (CAP) with Datuk Anwar Fazal in 1969.
Today, CAP and Sahabat Alam Malaysia (SAM) - an environmental NGO that was also headed by Idris, - are the reference point for others fighting for the same causes, but none have been able to muster the media exposure that Idris had in his day.
In Penang, CAP and SAM were in the news at least once a fortnight, highlighting issues that mattered.
He took on every issue - from profiteering and excessive usage of chemicals to pollution and poor enforcement.
Issues that that he had taken up such as disposal of plastic and electronic wastes, soil erosion, flash floods and landslides continue to haunt the government.
Among those who had worked with him at his office behind the state mosque on Jalan Masjid Negri were former MIC president Datuk Seri G. Palanivel, former Penang chief minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon as well as a host of senior newspaper editors.
Idris was also the man behind the formation of the Third World Network, an international research and advocacy organisation that covers third world issues.
The mantle is likely to be passed on to his brother Mohideen Abdul Kadir, who had served as vice-president of CAP for some time.
The challenge for Mohideen is not only to live up to his brother’s reputation but also to deal with the issues that his brother raised but remain unresolved. Those that come to mind are the Penang Transport Master Plan, as well as the handling of plastic and electronic wastes.



..

Cara Pastikan ayam anda halal

Cara Pastikan ayam anda halal




Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi): Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.
Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).

Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan. Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah. Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini
Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate

Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).
Dilanggani oleh Restoran Pappa Rish pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt; Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu. Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.
Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses
Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)
Ini yang sepatutnya dilakukan di premis sembelihan ayam. (KL Supreme Processing Sdn Bhd.) Syarikat Ini ada sijil Halal JAKIM, namun perlu kita pantau operasinya dari masa ke semasa bagi memastikan mereka menjalankan operasi menurut syara’.

Ayam hidup digantung pada mesin yang bergerak sebelum dipengsankan (Stunning process), sebelum disembelih.
Muncung ayam disentuhkan ke dalam air berarus elektrik (Ayam 0.25-0.5, tempoh 3.0-5.0 saat). Baru disembelih dan pisaunya sentiasa bersih daripada darah, kerana terdapat air dari atas yang mengalir untuk mencuci pisau sembelih semasa operasi sembelihan.
Laporan dari Ustaz Abdul Halim Zakaria Aktivis UNGGAS/LANDAS PUMWP




Cara Pastikan ayam anda benar disembelih atau hanya dipatahkan tengkuk:

Ayam Sembelih
Ayam cuma di Patahkan Tengkuk

Perhatikan salur darah besar di paha ayam. Sekiranya ayam anda disembelih sempurna, biasanya, salur darah besar ini ( Femoral artery dan Femoral Vein ) akan berwarna putih menunjukkan semua darah telah berjaya keluar melalui luka sembelihan.


Salur darah ( Femoral artery dan Femoral Vein ) di paha ayam akan ada warna hitam menunjuk darah dalam badan ayam masih ada dalam salur darah akibat darah yang gagal  keluar dari badan ayam kerana ayam itu tidak disembelih. Jika tiada sembelihan - darah gagal keluar dari badan ayam.


Biasanya tiada gumpalan darah beku dalam Jantung Ayam / ternakan


Mungkin ada gumpalan darah beku dalam jantung yang sudah berwarna hitam




Tumbesaran ternakan yang terlalu cepat dapat dicapai dengan memberi haiwan ternakan penggalak tumbesaran iaitu ractopamine. Masa dewasa yang normal untuk ayam kampung biasanya 6 bulan. 

Dengan bantuan Ractopamine, tumbesaran ternakan dapat disingkatkan dengan banyak. Ractopamine adalah ubat untuk menggalakkan tumbesaran haiwan ternak dalam masa singkat! 

Malangnya kita tidak tahu apa kesan buruk jangka panjang ractopamine pada kesihatan manusia. Adakah ractopamine benar selamat kepada kita? Berapa banyak kajian telah dijalankan bagi memastikan bahan kimia penggalak tumbesaran haiwan benar benar selamat untuk manusia?