Total Pageviews

Sunday, 2 June 2019

Cara Pastikan ayam anda halal

Cara Pastikan ayam anda halal




Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi): Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.
Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).

Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan. Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah. Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini
Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate

Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).
Dilanggani oleh Restoran Pappa Rish pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt; Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu. Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.
Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses
Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)
Ini yang sepatutnya dilakukan di premis sembelihan ayam. (KL Supreme Processing Sdn Bhd.) Syarikat Ini ada sijil Halal JAKIM, namun perlu kita pantau operasinya dari masa ke semasa bagi memastikan mereka menjalankan operasi menurut syara’.

Ayam hidup digantung pada mesin yang bergerak sebelum dipengsankan (Stunning process), sebelum disembelih.
Muncung ayam disentuhkan ke dalam air berarus elektrik (Ayam 0.25-0.5, tempoh 3.0-5.0 saat). Baru disembelih dan pisaunya sentiasa bersih daripada darah, kerana terdapat air dari atas yang mengalir untuk mencuci pisau sembelih semasa operasi sembelihan.
Laporan dari Ustaz Abdul Halim Zakaria Aktivis UNGGAS/LANDAS PUMWP




Cara Pastikan ayam anda benar disembelih atau hanya dipatahkan tengkuk:

Ayam Sembelih
Ayam cuma di Patahkan Tengkuk

Perhatikan salur darah besar di paha ayam. Sekiranya ayam anda disembelih sempurna, biasanya, salur darah besar ini ( Femoral artery dan Femoral Vein ) akan berwarna putih menunjukkan semua darah telah berjaya keluar melalui luka sembelihan.


Salur darah ( Femoral artery dan Femoral Vein ) di paha ayam akan ada warna hitam menunjuk darah dalam badan ayam masih ada dalam salur darah akibat darah yang gagal  keluar dari badan ayam kerana ayam itu tidak disembelih. Jika tiada sembelihan - darah gagal keluar dari badan ayam.


Biasanya tiada gumpalan darah beku dalam Jantung Ayam / ternakan


Mungkin ada gumpalan darah beku dalam jantung yang sudah berwarna hitam




Tumbesaran ternakan yang terlalu cepat dapat dicapai dengan memberi haiwan ternakan penggalak tumbesaran iaitu ractopamine. Masa dewasa yang normal untuk ayam kampung biasanya 6 bulan. 

Dengan bantuan Ractopamine, tumbesaran ternakan dapat disingkatkan dengan banyak. Ractopamine adalah ubat untuk menggalakkan tumbesaran haiwan ternak dalam masa singkat! 

Malangnya kita tidak tahu apa kesan buruk jangka panjang ractopamine pada kesihatan manusia. Adakah ractopamine benar selamat kepada kita? Berapa banyak kajian telah dijalankan bagi memastikan bahan kimia penggalak tumbesaran haiwan benar benar selamat untuk manusia?




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.