Total Pageviews

Sunday, 2 June 2019

Kimoterapi



Kimoterapi

Tahukah anda apa itu kimoterapi? Ia adalah rawatan bagi membunuh sel sel kanser dan harga satu vials ubat kimoterapi adalah sangat mahal dan ianya adalah satu jenis perniagaan yang amat menguntungkan.

Selalunya ubat kimo ini dibuat daripada bahan kimia berbahaya kepada tubuh manusia. Tahukah anda para doktor sangat takut membancuh ubat kimo? Para doktor akan memakai dua lapisan sarung tangan lengkap dengan topeng muka dan face shield supaya untuk mengelakkan ubat kimo ini dari terpercik ke mata atau menitik ke atas kulit mereka! Mereka sangat takut ubat kimo ini akan terserap ke dalam badan mereka melalui kulit dan memberikan kesan buruk pada sel sel badan mereka !  Mereka telah tahu bahawa kesan ubat kimo ini adalah teruk tetapi mengapa mereka masih nak masukkan ubat kimo masuk ke dalam rongga pembuluh darah anda?

Adakah anda memperhatikan pegawai yang mengambil Xray? Mengapa mereka berlindung di balik dinding tebal atau mereka memakai lead gown ( baju kalis tenaga pancaran ) semasa Xray anda di ambil? Mereka juga akan menjauhkan diri semasa anda dirawat dengan radioterapi. Mereka sangat takut andai dose radiasi yang mengenai anda akan mengenai juga kepada anggota tubuh badan mereka.

Walaupun doktor mengatakan rawatan kimo adalah untuk membunuh sel sel kanser, namun demikian, selain membunuh sel sel kanser, rawatan kimoterapi sebenarnya akan turut membunuh sel sel Normal badan yang lain. Ini akan melemahkan sel sel badan dan melemahkan daya tahan badan ( immune status ) anda melawan penyakit. Kimoterapi juga mungkin menyebabkan bone marrow supression dan tidak mampu lagi mengeluarkan sel sel darah ( sel sel darah merah, putih, platetelet dsbnya ) dengan baik.

Daripada kanser survivors, oncologist mengatakan bahawa sekiranya seorang kanser survivors dapat hidup 5 tahun selepas rawatan kimo, mereka dikatakan telah 100% berjaya disembuhkan (100% cured) walaupun kualiti hidup pesakit  kanser pada hakikatnya sengsara akibat kimia kimo. 

Sekiranya kanser survivors mati pada tahun ke empat selepas rawatan kimo, doktor mengatakan rawatan kanser adalah 80% berjaya. 

Sekiranya kanser survivors mati pada tahun ke tiga selepas rawatan kimo, doktor mengatakan rawatan kanser adalah 60% berjaya. 

Sekiranya kanser survivors mati pada tahun ke dua selepas rawatan kimo, doktor mengatakan rawatan kanser adalah 40% berjaya. 

Sekiranya kanser survivors mati pada tahun pertama selepas rawatan kimo, doktor mengatakan rawatan kanser adalah 20% berjaya.

Sekiranya anda dikimo, ini akan melemahkan sistem pertahanan badan anda untuk melawan penyakit. Selepas 10 tahun dikimo, banyak kejadian kanser survivors mendapat kanser jenis lain yang lebih ganas daripada kanser pertama yang telah disembuhkan. 

Agak menyedihkan kerana ada doktor pakar yang tetap memberikan rawatan kimo kepada pesakit kanser tahap 4 yang telah mendapat metastasis dan tidak punya umur yang panjang lagi untuk hidup, tetap mereka merawat dengan kimo walaupun tahu rawatan ini mungkin memendekkan lagi jangka hayat pesakit. Benarkah mereka merawat kerana kepentingan business atau mereka benar benar asli ingin melihat anda sembuh sepenuhnya? Mungkinkah mereka tetap memberi ubat kimo kepada pesakit barah tahap 4 bertujuan hanya bagi melariskan ubat itu yang berharga sangat mahal? Mengapa mereka tidak memikirkan kualiti hidup pesakit yang diberikan ubat kimo atau radioterapi?

Tidak bolehkah mereka membiarkan para pesakit kanser tahap 4 meninggal dunia dalam keadaan aman tanpa perlu melalui rawatan kimo yang amat menyakit serta memeritkan? Kerana di sini kita membicarakan untuk memastikan kualiti hidup pesakit kanser dalam keadaan terbaik sebelum mereka meninggal dunia. 


Perkara yang sepatutnya dilakukan:
1. Menaikkan tahap immuniti badan dengan memakan sayur dan buah buahan bebas racun, probiotik.
2. Meminum jus buah buahan secara kerap.
3. Mengelakkan bahan kimia dalam makanan – Pewarna, perisa, perasa, bau tiruan.
4. Mengelakkan bahan tambah kimia ( Food additive ) dalam makanan – pengawet, penstabil, pengemulsi, anti caking dsbnya.
5. Beriadah secara berkala.
6. Tidur awal dalam gelap, dan bangun awal.
7. Elakkan stress. Gembira selalu dan tidak berputus asa.
8. Makan ikan atau haiwan liar dan bukan makan ikan atau haiwan yang diternak dengan kimia penggalak tumbesaran.
9. Saintis tempatan perlu giat mencari ubat kimo terbaik dan highly selective membunuh hanya sel sel kanser sahaja dalam masa yang sama tidak membunuh sel sel Normal.


.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.