Total Pageviews

Saturday 21 October 2017

Mesin Rumput Terbaik



Mesin Rumput Terbaik


Sebenarnya, ada banyak perkara perlu anda pertimbangkan sebelum tuan membeli apa apa jua jenis mesin rumput:

Jenis mesin:

1. MESIN RUMPUT 2 LEJANG (2T)

Contoh Tanaka, Kasei, Ogawa-Kebanyakkan yang jual kat kedai hardware ni made in China. Enjin tiruan. Sebab tu harga murah. Biasanya diorg akn rekomen jenis ni sbb murah dan senang dpt sparepart. Lepas tu, enjin 2t lebih mudah dibaiki kalo rosak. Warranty selalunye 3 bulan ke setahun (jarang). Kalo yang original biasanya jenama mcm Stihl tapi susah nak dapat kat Msia.

Kebaikan mesin rumput 2 lejang (2t) :
1. Murah.
2. Sparepart mudah dapat
3. Mudah dibaiki (senang keje kedai)

Keburukan mesin rumput 2 lejang (2t):
1. Kena pandai campur minyak 2t dengan petrol.
2. Kene selalu tukar sparkplug sebab cepat kotor.
3. Air filter pakai buang sbb jenis dry punye.
4. Kdg2 susah nak start
5. Banyak makan petrol ( Merugikan anda )
6. Lebih bising ( punca kepada penyakit Noise Induce Hearing Lost = Pekak )
7. Vibration tinggi (punca kepada penyakit Hand Arm Vibration Syndrome / HAVS)
8. Putaran mesin x kuat / Enjin mudah kickback dan termati
9. Pergerakan shaft x fleksibel sbb bleh ganggu gerakan enjin.

Untuk siapa mesin rumput 2 lejang (2t) ni:
Untuk orang awam yang bajet, potong rumput kawasan rumah yang kecil, potong sekali sekala (sebulan sekali). Tapi pastikan belajar betul2 cara jaga enjin, cara campur minyak sebelum guna, kalao tak mmg sekejap je dh rosak. Klo pandai jaga bleh tahan lama. Lepas tu pakai minyak 2t yg berkualiti. Jangan beli kat kedai xxxx sbb selalunye itu minyak enjin tiruan tapi botol pakai botol ala2 ori. Beli je minyak yg ori kat stesen minyak. Guna petrol sampai hbis. Kalo x habis tutup injap petrol tu. Selalu org lupa tutup menyebabkan leaking. Pastu enjin susah nak start. Pastu mintak orang kedai settingkan karburetor. Ade screw kat situ, kalo pandai bwat sendiri.

2. MESIN RUMPUT 4 LEJANG (4T)
Contoh Tanagawa, Mori, Stihl, Honda. Hampir semua mesin rumput 4 lejang (4t) guna enjin Honda samada enjin GX25 atau GX35. Sbb honda yang berjaya design enjin 4t saiz kecil. Klo enjin 4t mcm kereta tu sape nk pikulkn. Enjin ori ada sijil warranty Honda dan kalo pasaran Msia biasenye enjin ori made in Thailand. Kilang honda ade kat situ. Bkn made in Japan. Selalu para pembeli xmo beli bile tau ckp mesin rumput made in Thailand. Honda mmg company Jepun tp dia buat enjin ni kat Thailand. Hati2 dengan jenama tiruan sbb tiruan made in China tiru bulat2 design enjin cuma die gune low quality material. Awal2 guna sedap tapi enjin x tahan lasak dan x lame jangka hayat. Berbanding enjin 2t yg selalunya warranty 3 bulan, enjin 4t warranty lebih lama.

Keburukan enjin mesin rumput jenis 4 lejang (4t) :  
1. Mahal, standard harga Honda gx35 di Msia ialah sekitar rm1200-1600.
2. Sukar dapat sparepart
3. Sedikit berat berbanding 2t 


Kebaikan enjin mesin rumput jenis 4 lejang (4t) :
1. Jimat petrol
2. Tak perlu campur petrol dgn minyak enjin. Bau tak busuk.
3. Sgt mudah utk start
4. Tahan lasak
5. Enjin kuat (tork tinggi walau pada RPM rendah) dan mudah potong rumput2 tebal dengan mudah.
6. Boleh kerja berterusan berjam jam
7. Air filter boleh dibasuh dan guna semula ( basuh, keringkan, celup dalam minyak enjin pastu perah, pastu pasang balik)
8. Sparkplug x payah tukar selalu (2 tahun sekali baru tukar selalunye)
9. Kurang bising
10. Kurang vibration – Ini paling penting kerana mesin rumput dengan gegaran yang kuat  boleh mengakibatkan anda mendapat penyakit nerve degeneration seperti Whole body Vibration Syndrome atau Hands Arm Vibration Syndrome (HAVS).  Antara contoh penyakit disebabkan gegaran mesin adalah seperti : Raynaud’s Phenomenon, Constitutional White Finger, Ulnar Neuropathy, Median Neuropathy, demyelinating neuropathy, peripheral neuropathy, Hypothenar hammer syndrome, Trigger Finger, Carpal Tunnel Syndrome, Dupuytren’s Contracture dsbnya.

11. 4T lebih bersih dari 2T.
12. Kurang pencemaran udara – Pembakaran mesin 4T lebih lengkap daripada mesin 2T. Justeru mesin rumput 4t lebih menjimatkan petrol. Anda perlu sedar tentang bahaya kesihatan iaitu bahawasanya dengan menghidu asap petrol yang merupakan sejenis VOC boleh menyebabkan anda mendapat penyakit kanser darah ( Leukemia ).


Untuk siapa mesin rumput jenis 4 lejang (4t) ni:
Untuk orang awam yang kerap memesin rumput, kawasan memesin yang luas, untuk yg ingin mesin tahan lama dan mudah digunakan, untuk org yg mmg kerja memesin rumput. Ada sebab mengapa company maintenance bandar seperti XXX menggunakan mesin rumput HONDA 4t dan bukan 2t.

Mengapa enjin kereta dan motor kite guna 4t dan bukan 2t?
Mengapa zaman ni tiada lagi kenderaan guna enjin 2t?
So jawapannya pikir2 kn la. hehehe. Kalo ade bajet, lebih baik invest utk mesin rumput yang elok seperti honda gx25 atau 35. Sebab kite beli bkn nak pakai sekali dua, tapi memang nak pakai lama. So long term investment mmg berbaloi. Skali anda cuba mesin rumput 4t anda xmo dah pakai enjin 2t. Tu pengalaman saya. 


3. MESIN RUMPUT ELEKTRIK
Mesin ni slalunya utk org yang nak trim2 sikit kawasan rumah. Jarang di negara kita ada orang pakai mesin ni. Ada dua jenis, battery dan pakai wayar.
Keburukan mesin elektrik:
1. Tidak tahan lasak, kuasa potongan sangat rendah.
2. Potong sikit, macam tepi2 beranda ke, tepi2 kolam hiasan.
3. Kalo bateri habis x bleh terus gune, kene cas dulu.
4. Kalo yang wayar, jarak memotong dibataskan oleh panjang wayar.
5. Tak boleh pakai pisau, hanya trimmer line.
6. Penggunaan terhad pada saiz bateri


Kebaikan mesin elektrik:
1. Mesra alam
2. Sangat mudah digunakan
3. Kecil, ringan dan mudah disimpan
4. Tidak meletihkan badan.
5. Tidak perlu maintenance yang rumit

Untuk siapa mesin elektrik:
Untuk orang yang ruang rumah penuh simen tapi ade rumput2 yang tumbuh di celah2 simen dan malas nak cabut pakai tangan. 


4. MESIN RUMPUT PROPANE
Yang ni paling baru, rsenye kat Msia x smpai lg. Die x pkai petrol tp pkai propane. So just tukar tong propane tu, mcm ganti gas memasak dapur je. Mudah dan kuasa die lebih kurang mcm 4t. Tak perlu cerita panjang sbb x jumpe kat Msia mende ni.



Kesimpulannya, klo nk beli kene tahu cara kite nk gune nanti. Kalo kerap, kawasan rumah luas, rumput tebal, nak mesin yang x slalu buat hal dan ade bajet beli yg 4t punya. Kalo mesin skali skala, sebulan sekali gitu, kawasan rumah kecil, rumput nipis2, kene bajet, beli 2t pun dah ok dah. Cume mesin 2t ni kalo x pandai gune dan jage mmg sgt mudah buat hal. Sbb tu sparepart die mudah dpt. Sbb mmg mesin ni mmg slalu masuk kdai utk repair. Kalo mesin elektrik tu x berbaloi. Dr beli mesin elektrik baik beli mesin 2t yg murah, lg elok. Kalo pegi kdai mmg die akn rekomen mesin 2t yg murah2 sbb kte mmg suke brg murah. So terus beli. Lepas sebulan guna buat hal. Kene repair kat kedai yg kte beli, dpt la die cas lebih. Sbb tu diorg x suke kte beli 4t. Sbb mesin 4t ni jarang nak kene repair. 

Ini hanya pendapat saya berdasarkn pengalaman. Jadi pengguna bijak, jangan terus beli, stadi dulu betul2. First time saya beli mesin rumput x tau ape2, terus percaya dan beli. Akhirnya rasa kecewa dengan performance dan mesin asyik buat hal dan slalu masuk kedai utk repair. Org peniaga kedai mmg happy la mereka. Akhirnya saya beli yg baru. Baru puas hati lepas betul2 bwat research.

Pakai mesin apa pun yg penting maintenance. Lepas pakai bersihkan. Jangan biar sampai mesin tu jd kaler hijau sbab x pernah bersihkn rumput2. Dlm enjin pun ade rumput. Hahahaha. Kalo rajin maintain, Insyallah tahan lame. Kalo main lenjan je memg enjin ape pun bleh jem.


Lg satu, klo beli 2t, jename mcm tanaka ke, carik yg ori. Banyak tanaka yg x ori, sbb tu mudah rosak. Sama jugak 4t. Jangan tengok murah terus tuan beli. Kdg2 harga die sama mcm ori tp kite dapat yang tiruan dan kualiti rendah. Rugi je beli.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.