Total Pageviews

Saturday 14 October 2017

pengedar & penagih dadah serah diri





700,000 pengedar, penagih dadah serah diri



KUALA LUMPUR: Lebih daripada 700,000 rakyat Filipina yang terbabit dalam pengedaran dan penyalahgunaan dadah telah menyerah diri kepada pihak berkuasa negara itu sejak Presiden baharunya melancarkan kempen membanteras kegiatan tersebut, kata majalah mingguan Time terbaharu.
Ketika berkempen untuk memenangi jawatan itu, Rodrigo Duterte, 71, berjanji untuk membersihkan Filipina daripada kegiatan bobrok itu.
“Kamu yang terlibat dalam kegiatan salah guna dadah dan pengedaran dadah, anda anak haram, saya akan bunuh kamu,” katanya ketika berkempen.
Duterte berjanji untuk memberi anugerah dalam bentuk pingat dan wang tunai kepada mereka yang berjaya membunuh pengedar dadah,.
“Jalankan tugas anda, dan jika dalam proses tersebut anda membunuh 1,000 orang disebabkan anda menjalankan tugas anda, saya akan melindungi anda,” katanya kepada pegawai polis Julai lalu.
Kini, hampir 4,000 orang telah tumpas di tangan polis sekali gus mengundang kritikan daripada pejuang hak asasi manusia.
Namun, tindakannya itu mendapat reaksi positif daripada rakyatnya.
Seminggu selepas mengambil alih jawatan itu pada 30 Jun lalu, penarafan populariti presiden yang disifatkan lantang dan celopar itu telah melonjak kepada 91% mengikut jejak pendapat oleh Pulse Asia. – Sarawakv0ice







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.