Total Pageviews

Saturday, 14 October 2017

Sehari Duterte bunuh 36 penjenayah dadah di Filipina




Sehari Duterte bunuh 36 penjenayah dadah di Filipina, kini mahu terap larangan merokok





MANILA: Hanya dalam tempoh 100 hari semenjak Rodrigo Duterte dilantik menjadi Presiden Filipina pada akhir Jun lalu, lebih 3,600 warga Filipina menjadi mangsa terbunuh dalam perang melawan dadah.
The Independent melaporkan pada Ahad jumlah pengedar dan penagih dadah yang dibunuh mungkin terus bertambah pada masa akan datang memandangkan Duterte mahu meneruskan perang terhadap penyalahgunaan dadah di negara tersebut.
Duterte dalam kempen pemilihan presiden pada Mei lalu berjanji mengelak Filipina menjadi “negara dadah” dan bersumpah membunuh pengedar dan penagih dadah serta penjenayah.
Duterte sanggup menyamakan aksinya ini dengan Adolf Hitler di Jerman.
Inquirer melaporkan sekitar 36 dibunuh dalam sehari semenjak Duterte dilantik menjadi presiden pada 30 Jun lalu.
Dalam aksi memerangi pengedar dan penagih dadah di Filipina, polis melancarkan lebih 23,500 serbuan dan menangkap 22,500 pengedar dan penagih dadah.
Lebih 1.6 juta rumah tertuduh dadah diserbu pihak polis sepanjang tempoh operasi berlangsung.
Seramai 732,000 penagih dan pengedar dadah yang takut dibunuh, memilih untuk menyerah diri kepada polis setempat, menjadikan penjara penuh sesak.
AS, Kesatuan Eropah dan PBB serta organisasi pemerhati hak asasi manusia menyuarakan kebimbangan berkaitan hak asasi manusia dalam kempen perang dadah Duterte.
Mereka mengkritik keras cara Duterte menangani masalah dadah di Filipina dan menuduh beliau melanggar hak asasi manusia.
Sementara itu, dalam tindakan terbaru, belum pun selesai isu kontroversi cara menangani penyalahgunaan dadah di Filipina, kerajaan Filipina di bawah Duterte menyiapkan peraturan baru larangan merokok sepenuhnya di ruang awam.
Proposal larangan tersebut dikatakan hanya menunggu persetujuan Duterte.
Asian Correspondent pada Isnin melaporkan Ketua Staf Kementerian Kesihatan Filipina, Karl Ubial mengatakan, rancangan keputusan presiden berkaitan larangan itu sudah diserahkan ke pejabat Presiden Filipina.
“EO (Executive Order/ keputusan presiden) sudah diserahkan minggu lalu dan hanya menunggu pertimbangan presiden,” ujar Ubial.
Dilaporkan, dokumen keputusan presiden itu dibuat sama seperti larangan yang pernah diterapkan di Davao ketika Duterte menjawat jawatan datuk bandar di situ.
Ubial berkata jika keputusan itu dipersetujui, maka merokok di ruang awam, baik di dalam atau di luar ruang, akan dilarang sepenuhnya.
Ubial menambah, larangan merokok itu juga berkuat kuasa di sektor pengangkutan awam serta peribadi.
Selain bertindak keras terhadap jenayah narkoba, Duterte juga terkenal membenci rokok.
Larangan terhadap rokok di Davao ada kaitan dengan penyakit yang pernah dihidapi Duterte semasa beliau menjadi datuk bandar.
Duterte didakwa menderita “barret esophagus” akibat amalan merokok. – Sarawakvoice





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.