Sejarah Demam Kepialu
Di Malaysia
Kementerian Kesihatan
Malaysia telah mengesahkan penularan jangkitan tifiod atau demam kepialu di
seluruh negara terutama di Kuala Lumpur yang mencatatkan sebanyak 38 kes
daripada Januari sehingga 21 Oktober 2015.
Namun, Yang Berhormat
Menteri Kesihatan meminta rakyat tidak panik dan tidak menyebarkan khabar angin
kerana demam kepialu di Malaysia masih terkawal dan kita mempunyai kemudahan
untuk mengesan, mendiagnos dan merawat penyakit ini.
Apakah demam Kepialu?
Demam
kepialu bukanlah suatu yang baru di negara kita yang mana pada tahun 2003,
demam ini pernah menjadi wabak di Malaysia.
Demam
kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dikenali
sebagai Salmonella typhi (S. thypi) yang disebarkan melalui makanan.
Orang
yang dijangkiti boleh membawa bakteria ini dalam darah dan usus mereka dan
menjangkiti orang lain melalui makanan dan minuman yang tercemar.
Yang
menariknya, penyakit ini dikesan pada tahun 1907 apabila seorang wanita yang
bernama Mary Mallon yang merupakan seorang penjual makanan dikaitkan dengan
penyebaran wabak kepialu sedangkan dia adalah seorang wanita yang sihat, segar
bugar lagi. Rupa-rupanya Mary adalah penyebar bakteria tersebut melalui makanan
yang dijual dan dia adalah satu-satunya pembawa kepialu yang sihat.
Jenis makanan yang biasa dikaitkan dengan demam kepialu
§ Makanan yang tidak dibersihkan dengan sempurna.
§ Makanan yang bercengkerang, terutama makanan laut atau
dari sungai seperti kerang, kupang, lala, tiram dan etok.
§ Sayur-sayuran mentah yang tidak dibasuh dengan sempurna.
§ Cendol
§ Susu mentah
§ Telur
Gejala dan tanda-tanda demam kepialu
Tempoh
pengeraman bakteria S. typhi ialah antara 3 hari hingga 3 bulan. Namun biasanya
gejala akan muncul dalam 1-2 minggu selepas jangkitan, namun ada juga yang
mendapat gejala lebih awal dalam 3 hari atau pun 3 bulan selepas pendedahan.
Gejala
yang biasa dihadapi adalah masalah yang berkaitan penghadaman dan gejalanya
sama seperti jangkitan bakteria yang lain.
§ Demam tinggi yang berterusan dan berpanjangan, dan suhu
melebihi 40 darjah celcius.
§ Mengalami cirit-birit, sembelit dan sakit perut
§ Sakit kepala
§ Sakit badan, berasa lemah atau letih lesu
§ Kurang selera makan
§ Batuk kering dan tidak berkahak
§ Mungkin terdapat ruam atau bintik merah pada badan.
Akibat
daripada kehilangan air kerana cirit-birit dan kurang selera makan sehingga
mungkin air dalam badan tidak dapat diganti, pesakit demam kepialu mungkin
boleh mengalami dehidrasi dan renjatan akibat kurang air jika tidak dirawat
segera dan boleh membahayakan nyawa.
Bagaimana mengelakkan demam kepialu?
2
tindakan paling asas yang boleh dilakukan ialah:
1.Mengelakkan
makanan yang berisiko tinggi
2.Mendapatkan
vaksin
§ Di Malaysia, semua pengendali makanan diwajibkan mendapat
vaksin untuk mencegah demam kepialu sebelum diberikan lesen berniaga.
§ Jika anda ingin melancong ke negara-negara seperti
Amerika Latin, Afrika dan negara Asia yang mana penyakit ini masih dilaporkan,
adalah lebih baik untuk mendapatkan vaksin.
Mencegah demam kepialu
§ Basuh tangan dengan sabun selepas ke tandas dan sebelum
menyediakan makanan. Adalah 1 langkah bijak untuk menyimpan hand sanitizer
dalam beg. Boleh cuci tangan bila-bila masa sahaja.
§ Makan makanan yang telah dimasak sepenuhnya.
§ Elakkan makanan berisiko, seperti sayuran mentah ataupun
makanan yang dijual oleh penjaja semasa berlakunya wabak.
§ Minum air yang telah dimasak ataupun air mineral.
§ Elakkan ais kecuali yang dibuat sendiri dengan air yang
telah dimasak atau air mineral yang disejukkan.
§ Menjaga kebersihan terutamanya sistem pembuangan tinja
najis.
§ Gunakan air yang bersih untuk penyediaan makanan.
Bahaya demam kepialu masih ada walaupun sudah sihat
Seperti
cerita Typhoid Mary di atas, jika anda dijangkiti demam kepialu dan berasa
sudah sihat, anda mungkin masih membawa kuman tersebut. Anda mungkin boleh
jatuh sakit semula atau paling teruk menyebarkan kuman tersebut kepada orang
lain terutama jika anda adalah pengendali makanan.
Jadi,
sekiranya anda dijangkiti pastikan antibiotik yang dibekalkan dimakan dengan
dos dan cara yang betul.
Basuh
tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan sebelum
menyediakan makana.
Teruskan
temujanji dengan doktor sehinggalah disahkan najis anda bebas daripada kuman S.
typhi.
Sehingga
kini, penyakit ini masih terkawal di negara kita, sama-samalah kita
berjaga-jaga supaya tidak menular dengan teruk.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.