Total Pageviews

Saturday, 14 October 2017

saya sudah membunuh seseorang






Duterte: Pada usia 16 tahun, saya sudah membunuh seseorang


DANANG: Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengaku dalam kenyataan membahaskan tentang pembanterasan penyeludupan serta pengedaran dadah, bahawa semasa remaja beliau pernah membunuh seseorang dengan menikamnya sampai mati.
“Pada usia 16 tahun, saya sudah membunuh seseorang. Bertengkar dan menikamnya. Saya baru 16 tahun. Berapa banyak lagi sekarang, karena saya presiden,” kata Duterte di hadapan masyarakat Filipina di kota Danang Vietnam pada pertemuan APEC, seperti dikutip AFP.
“Ketika saya masih remaja, saya keluar masuk penjara. Saya bertengkar di sini, bertengkar di sana,” kata Duterte.
Duterte, 72, memberi kebenaran kepada polis menembak mati suspek pengedar dadah dan semenjak berkuasa 16 bulan, polis Filipina didakwa membunuh sekitar 4,000 orang mereka yang terlibat dengan pengedaran dadah di Filipina.
Duterte, turut memberitahu BBC sebelum ini bahawa beliau pernah membunuh tiga orang dengan tangannya sendiri semasa menjawat jawatan Datuk Bandar Davao.
Semasa berucap di Danang pada Khamis, Duterte mengulang kecaman beliau dan mengancam menampar Agnes Callamard, pelapor khas pembunuhan tanpa bicara — jika masih menyiasat jumlah mangsa yang terkorban dalam dasar perang melawan dadah di Filipina.
Tanya Duterte, “Apa yang sudah kamu lakukan sepanjang waktu? Kenapa kamu terlalu terpukau dengan dadah?” – Sarawakvoice




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.