Total Pageviews

Saturday 14 October 2017

Duterte akui mungkin mati awal




Duterte akui mungkin mati awal





MANILA: Dapatkah Presiden Filipina Rodrigo Duterte, 71, bertahan selama enam tahun, tempoh maksimum untuk Presiden berkuasa?
Duterte yang bermulut celopar dan tegas dalam tindakannya memerangi dadah, dalam satu ucapan menerusi televisyen berkata kemungkinan tidak dapat bertahan sehingga penggal perkhidmatannya berakhir.
Mengakui semakin terkurung dan sepi serta beban tugas memerangi salah guna dadah menyebabkan beliau tertekan.
Sejak menerajui negara 100 juta jiwa itu  30 Jun lalu, 4,000 pengedar dan penagih dadah telah dibunuh pihak berkuasa.
Terbaharu  seorang datuk bandar, Rolando Espinosa yang ditahan di penjara kerana tuduhan terkait dengan dadah, mati ditembak bersama banduan sebiliknya semalam.
Beliau dan rakan banduannya ditembak mati selepas mereka menembak anggota Kumpulan Penyiasat Jenayah yang berada di penjara bagi memeriksa banduan yang disyaki memiliki dadah dan senjata.
“Adakah saya boleh bertahan sehingga enam tahun? Saya membuat ramalan mungkin tidak,” kata beliau.
Akhir Disember tahun lalu, ketika berkempen untuk jawatan itu, Duterte yang ketika itu merupakan datuk bandar Davos menyatakan perkara yang sama kepada rakyat dan pengundi.
“Setiap orang jatuh sakit dan akan mati. Saya tak fikir saya boleh bertahan,” beliau dipetik sebagai berkata.
Keadaan kesihatan beliau diragui kerana tabiatnya suka merokok.
Duterte begitu popular dalam kalangan rakyatnya sehingga penarafannya melantun disebabkan ketegasannya memerangi salah guna dadah dan rasuah.
Duterte pernah berkata bahawa beliau tidak taasub dengan jawatan itu dan kemungkinan akan menyerahkan jawatan berkenaan kepada penentangnya secara sukarela.
Duterte menyedari terdapat pihak yang cuba menjatuhkannya daripada jawatan itu. – Sarawakvoice





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.