Total Pageviews

Saturday 16 November 2019

Perancis hina Rasulullah

 

 

Perancis hina Rasulullah

 

https://harakahdaily.net/index.php/2020/10/29/perancis-hina-rasulullah-punca-kesan-dan-tindak-balas/

 

HARI ini dunia digemparkan dengan tindakan Kerajaan Perancis menyiarkan semula karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. Dahulu sebuah majalah bernama Charlie Hebdo pada tahun 2005 yang memulakan karikatur ini dan hasilnya berlaku serangan terhadap pejabat majalah tersebut yang mengorbankan 12 nyawa pekerja di situ. Adalah suatu tindakan yang bodoh dan sangat provokatif bagi sebuah kerajaan apabila mengulangi perkara yang sama demi melunaskan kebencian terhadap Islam sehingga menimbulkan suasana tidak aman seperti ini.

Apabila seorang individu atau kumpulan menyiarkan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W ianya menggambarkan betapa rendah dan jijiknya nilai yang ada pada diri mereka. Akan tetapi ia menjadi lebih besar dan malang daripada itu apabila sebuah negara yang kononnya merupakan negara kuasa besar dunia yang sentiasa melaungkan slogan kebebasan, ketamadunan, kesamarataan merestui bangunan-bangunan kerajaan dan lain-lainnya melakukan perkara yang sama.

Ini kerana dengan tindakan tersebut ia telah meruntuhkan segala nilai ketamadunan dan kesamarataan, apabila menimbulkan kebencian sesama manusia dan memprovokasi manusia berlainan agama supaya bergaduh dan menimbulkan huru-hara serta ketidakstabilan. Apa gunanya teknologi yang tinggi, tamadun yang hebat dan seumpamanya apabila manusia bermusuhan dan berbunuhan sesama sendiri.

Syeikhul Azhar, Syeikh Ahmad Tayyib menyatakan menjadi suatu perkara yang sangat tidak logik apabila Perancis yang dari satu sudut melaungkan kebebasan bersuara, tetapi dari sudut yang lain menyebarkan penghinaan terhadap agama, sehingga membawa kepada permusuhan dan kebencian.

Sudah menjadi ‘Sunnatullah’ bahawa Rasul-rasul yang diutuskan olehNya akan mempunyai musuh dari kalangan manusia dan jin, firman Allah S.W.T :

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”

 (Al-An’am: 112)

Jika kita meneliti sirah Nabi S.A.W, Baginda telah dihina dan dicerca dengan pelbagai bentuk dan cara, bukanlah kerana Baginda seorang yang jahat atau melakukan kezaliman dan provokasi kepada orang lain, bahkan hanyalah kerana Baginda menyampaikan kebenaran dan berdialog dengan cara terbaik dalam berdakwah.

Baginda pernah dituduh dan diburukkan karakternya dengan pelbagai gelaran seperti gila, penipu, ahli sihir, dirasuk jin dan lain-lain lagi yang amat jauh dari keperibadian sebenar Baginda, tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah manusia semakin ramai mengenali Islam dan memeluk Islam setelah mengenali Baginda dan ajaran Islam dalam wajahnya yang sebenar.

Punca penghinaan

Syeikh Dr Ahmad Raisuni pernah menyebut bahawa negara-negara Barat menentang Islam kerana pelbagai sebab.

Negara-negara Barat secara umumnya menentang Islam dan Islamisasi kerana takut kepada pengaruh Islam yang semakin meluas dan diterima ramai. Berbeza dengan Perancis, ia menentang Islam kerana bencikan Islam itu sendiri. Kebanyakan program atau agenda penentangan terhadap Islam adalah dicipta dan dikilangkan di Perancis, seterusnya disebarluaskan ke negara-negara yang lain.

Begitu juga jika kita melihat kepada sejarah kita akan mendapati begitu banyak sekali peperangan yang diketuai oleh Tentera Salib yang diketuai Perancis dalam menggempur dan memerangi Islam dan dendam kesumat tersebut tidak pernah padam sehingga ke hari ini.

Kesan daripada penghinaan tersebut

Manusia yang waras sudah pasti akan memberontak dan marah apabila diprovokasi, khususnya dalam perkara yang dianggap paling bernilai dan berharga dalam dirinya. Lebih-lebih umat Islam yang diajar supaya cintakan Rasulullah S.A.W melebihi dirinya dan ahli keluarganya sendiri.

Tindakan bodoh Kerajaan Perancis ini hanyalah membangkitkan permusuhan dan tindak balas di luar jangkaan di samping sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas isu ini bagi menjayakan agenda jahat mereka terhadap Islam dan umat Islam.

Bukan kali pertama apabila timbul provokasi terhadap umat Islam yang menimbulkan bantahan dari kalangan umat Islam, dicipta pula serangan atau kacau bilau pihak berkepentingan bagi menutup jenayah provokasi mereka yang akhirnya memangsakan umat Islam. Sedangkan hakikatnya umat Islamlah yang menjadi mangsa dalam kes-kes seumpama ini.

Play victim’ adalah strategi ampuh yang sentiasa digunakan oleh musuh-musuh Islam, lebih-lebih lagi apabila media dunia hari ini dikuasai oleh mereka. Oleh itu umat Islam mestilah peka dan berjaga-jaga dalam mengambil tindakan membantah penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W supaya ia tidak dimanipulasi oleh musuh untuk menyerang Islam.

Sebahagian parti-parti di negara Barat menggunakan modal menentang dan memburukkan Islam hanyalah sebagai alat kempen politik bagi meraih sokongan undi dan bukanlah kerana Islam itu menjadi ancaman kepada sesiapa.

Selain itu, kita juga dapat saksikan dalam sejarah Islam akibat daripada penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W yang mana ia membawa kemusnahan terhadap diri atau kumpulan itu sendiri, antaranya kisah Raja Parsi.

Raja Parsi pernah mengoyak surat Rasulullah S.A.W dan menghina Baginda dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W hanya setaraf hambanya sahaja. Lalu Baginda S.A.W mendoakan supaya Allah mengoyakkan kerajaannya dan akhirnya Allah S.W.T telah memakbulkan doa Baginda sehingga jatuhnya empayar Parsi dengan penuh kehinaan dan tidak pernah bangkit semula hingga ke hari ini.

Kita percaya para penghina Rasulullah S.A.W akan ditimpakan oleh Allah S.W.T dengan kehinaan sama ada di dunia atau akhirat. Bukanlah suatu yang sukar bagi Allah S.W.T meruntuhkan kerajaan pimpinan Emmanuel Macron kerana menghina kekasihNya.

Tindak balas

Umat Islam mestilah bangkit membantah penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W mengikut cara yang dianjurkan oleh syarak, akal yang waras dan akhlak dalam menangani perbezaan agama dan aliran. Tidak boleh menolak mudarat dengan mendatangkan mudarat yang lebih besar. Tidak boleh melampau dalam bertindak balas, serta tidak boleh juga berserah dan berdiam diri kerana itu adalah sikap orang yang dayus serta lemah iman.

Hari ini hampir seluruh dunia Islam khususnya di Timur Tengah melancarkan boikot terhadap barangan keluaran Perancis. Banyak pasar raya di Timur Tengah mengeluarkan barangan Perancis dari kedai-kedai mereka. Nilai dagangan antara Perancis dengan negara-negara Timur Tengah khususnya negara-negara Teluk dianggarkan sebanyak USD 59 bilion dan pelaburan negara-negara Teluk di Perancis pula mencecah USD 300 ratus bilion.

Apabila dilancarkan kempen boikot ini dianggarkan kerugian Perancis melebihi USD 1 bilion sehari. Ini menunjukkan betapa kuatnya kesan dan pengaruh Dunia Islam terhadap ekonomi dan perdagangan Barat.

Jika Dunia Islam bersatu membantah dan memboikot ekonomi dan sebarang urusniaga dengan pihak yang menghina Islam, sudah pasti tiada pihak yang berani memperlekehkan Islam. Yang penting usaha dan pilihan itu berada di dalam tangan mereka sendiri. Adakah mereka mahu membiarkan maruah mereka dan Nabi mereka dihina musuh atau bangkit mempertahankan hak dan maruah mereka?

Akibat daripada kempen boikot yang dilancarkan ini, Perancis mula terasa bahang akibat keceluparan mereka sendiri sehingga ada dari kalangan menterinya yang menyeru supaya dihentikan boikot kerana kononnya ia dianjurkan kumpulan radikal.

Dalam masa yang sama Islam melarang umatnya menghina dan memperlekehkan agama lain. Walaupun agama atau idealogi lain melakukan penghinaan seperti membuat karikatur penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad S.A.W, memprovokasi dan lain-lain cara yang menimbulkan kemarahan umat Islam, umat Islam tetap dilarang melakukan perkara yang sama, kerana agama kita adalah jauh lebih mulia dari sikap buruk seperti itu. Firman Allah S.W.T:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

 (al-An’am: 108)

Selain daripada usaha memboikot barangan buatan Perancis, umat Islam juga mestilah tidak putus menyampaikan dakwah dan menyebarluaskan gambaran sebenar berkenaan Islam dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W.

Bersempena bulan Rabi’ul Awwal, bulan kelahiran Baginda S.A.W, umat Islam mestilah menggandakan usaha mempelajari sirah Nabi S.A.W, Hadis-hadis Baginda serta menjawab sebarang syubhat (kekeliruan) yang ditimbulkan berkenaan Islam dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W.

Keyakinan kita

Sebanyak mana dan sehebat mana sekalipun penghinaan dan penentangan terhadap Islam, ia tidak sekali-kali akan melemahkan Islam. Ini kerana janji Allah S.W.T yang pasti akan meninggikan agamaNya melebihi agama-agama lain, firman Allah S.W.T;

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (32) هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (33)

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang Musyrik tidak menyukainya.”

(At Taubah: 32-33)

Juga sabda Nabi S.A.W:

ليبلغنَّ هذا الأمر ما بلغ الليل والنهار، ولا يترك اللهُ بيتَ مَدَرٍ ولا وَبَرٍ، إلا أدخَله الله هذا الدين بعزِّ عزيز أو بذلِّ ذليلٍ، عزًّا يُعِزُّ الله به الإسلامَ، وذلًّا يُذِلُّ الله به الكفر

“Sungguhnya perkara ini akan sampai ke seluruh dunia sebagaimana malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun baik di kota mahu pun di desa kecuali Allah akan memasukkan agama ini dengan kemuliaan yang dimuliakan atau kehinaan yang dihinakan: kemuliaan yang dengannya Allah memuliakan Islam dan kehinaan yang dengannya Allah menghina-dinakan kekufuran.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)

Sepotong ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W ini sudah cukup sebagai jaminan bahawa Islam pasti akan sampai ke seluruh pelosok dunia walaupun seluruh dunia bergabung menentang kemaraan Islam. Bezanya hanyalah manusia itu sendiri yang memilih untuk berada dalam kumpulan mana, sama ada bersama perjuangan Islam, atau menentang Islam. Sejarah sudah terlalu terang dan bersuluh sejak 1400 tahun lepas bahawa Islam tetap berkembang walaupun diasak dari segenap penjuru.

Al Marhum Syeikh Dr Ramadan Al Bouti pernah menyatakan, jika difikirkan secara logik dan mengikut hukum adat, Islam tidak akan tersebar kerana banyaknya musuh, sedikitnya penyokong dan harta benda khususnya pada peringkat awal, tetapi kerana janji Allah itu pasti, maka kita melihat hari ini Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia.

Oleh itu umat manusia yang waras sepatutnya sedar dan faham daripada bukti sejarah ini, bahawa mereka yang menentang Islam hanyalah merugikan diri mereka sendiri.

YB MOHD AKMAL KAMARUDIN
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan
Kerajaan Negeri Perak – 
HARAKAHDAILY 29/10/2020

 

 

https://harakahdaily.net/index.php/2020/10/29/perancis-hina-rasulullah-punca-kesan-dan-tindak-balas/

 









.

...

Perancis Hina Muhammad

 
Perancis Hina Nabi Muhammad

 

https://www.youtube.com/watch?v=xQ_yIZA0Yw4

 

.