Bahtera Mendam Berahi
Mendam berahi…. Ini bukanlah sekadar satu nama biasa tetapi suatu nama yg menjadi kebanggaan Melayu dizaman itu.
Melaka terkenal dengan pelabuhannya yg mampu menyaingi
Venice, sekaligus meletakkan Melaka sebagai antara pelabuhan terkaya didunia
pada zaman itu.
Org Melayu pula dikenali sebagai pelayar yg cukup hebat,
tidak perlu tengok peta dan mampu membaca bintang utk belayar jauh.
Bidang maritim yg kadangkala merupakan sektor yg agak sukar
bg sesetengah kerajaan lain, tapi ianya hanya menjadi mainan harian utk bangsa Melayu.
Malah mampu membina kapal-kapal besar yg tidak pernah ada di
negara lain, belayar menguasai lautan,
meneroka dunia baru, mencipta nama dalam
sejarah dunia. Begitulah hebatnya nenek moyang kita.
Mendam
Berahi merupakan sebuah kapal jenis ‘jong’ milik Kerajaan Melaka yg cukup
terkenal seantero dunia.
Kapal
jenis jong ini ialah kategori yg terbesar dizaman itu.
Negara-negara
Eropah tidak memilik kapal jenis ini.
Mendam
Berahi dimiliki oleh Sultan Mansur Syah, dimana era pemerintahannya digelar
sebagai ZAMAN KEEMASAN MELAKA.
Kapal
Mendam Berahi ini diguna sebagai lambang kebesaran Melaka, membuktikan betapa
hebatnya kerajaan itu dalam bidang maritim dan seni pembinaan.
Kapal
yg gah ini akan dapat dilihat oleh semua pedagang dan utusan luar yg datang ke
Melaka. Apabila pulang ke tempat asal mereka, nescaya kisah kehebatan Mendam
Berahi ini akan diperkatakan.
Hebatnya
pelabuhan Melaka ini, ada tercatat menyatakan setiap hari akan ada sebanyak
2000 kapal dan sampan akan singgah dipelabuhannya. 2000 buah SETIAP HARI..!
Bayangkanlah
sebagai mana besar pelabuhannya, setahap mana terkenalnya Melaka ini.
Di
kawasan bandarnya sahaja, ada sekitar 100,000 orang penghuni. Bahasa yg
dipertuturkan ialah sebanyak 84 bahasa!
Bahasa
Melayu diguna sebagai bahasa pengantar. Zaman tu, sapa tak reti Bahasa Melayu
dianggap kolot dan ketinggalan zaman.
Tak
mampu kita bayangkan keagungan Melaka ini.
Patutlah
Melaka dicemburui oleh kerajaan luar.
Antara
kapal lain yg terkenal ialah Cenderawasih,
Kasawari dan lain2 yg kebanyakannya menggunakan nama burung.
Mendam
Berahi kemudiannya dihadiahkan kepada Hang Tuah. Maka mulai detik itu, segala
pelayaran laksamana ini hanya menggunakan Mendam Berahi seterusnya dikenali
sebagai kapal rasmi laksamana.
Jika
sampai saja ke negara luar, dari jauh lagi mereka dah tahu itu kapal Hang Tuah.
Sempat mereka tunggu beramai-ramai dan mempersiapkan menyambut ketibaan beliau.
Kalau
setakat perang kecil tu, musuh nampak saja kapal laksamana, mesti terus lari.
Tak payah susah-susah nak perang. Lanun pun terus hampir pupus selepas
kewujudan dan keaktifan kapal ni.
Seni
bina kapal Melayu ini memang diakui oleh kerajaan-kerajaan luar. Banyak negara
lain disebelah timur dan sekitar Nusantara kemudiannya beralih menggunakan
kapal jenis Jong ini.
Hebatnya
kapal2 Melayu ni hingga ketika putera Rom nak bernikah dgn Puteri China, mereka
terus menyewa kapal-kapal org Melayu ini sebab ia lebih besar, lebih laju
kerana keseimbangan pembinaan badannya dan tiang layarnya, badan kapal pula lebih tahan dan berkualiti tinggi kerana
diperbuat dari kayu bermutu
seperti cengal batu yg tak terdapat
di negara barat.
Apa
yg membezakan Mendam Berahi dengan kapal lain? Apa yg istimewa sangat? Kapal
ini dibuat TANPA MENGGUNAKAN SEBATANG
PAKU lansung pun. Ini dikira sebagai ciri khas senibina
Melayu pada kapal Mendam Berahi.
Panjang
kapal Mendam Berahi ialah 328 kaki, lebarnya ialah 36 kaki. Lapisannya ada 7
tingkat, 2 berada dibawah paras air dan 5 berada diatas.
Tiang
layar utamanya ada tiga, layar yg ditengah dan paling tinggi dipanggil sebagai
layar agung. Kapal ini juga mempunyai dayung. Ada 100 dayung jumlahnya iaitu 50
dikiri dan 50 dikanan. Tiap satu dayung ini dikendalikan oleh 2 orang.
Maksudnya jumlah pendayung sahaja ada 200 orang.
Wow!
Kapal ini juga ada 2 dek. Dek belakang khas utk raja, dibalut dengan kain baldu
berwarna kuning. Pemegang di dek ini diperbuat dari emas padu. Dek depan pulak
utk orang biasa, dilengkapi dengan meriam istimewa yg besar sebanyak 5 biji dan
puluhan lagi meriam lain termasuk sisi kapal.
Juga
dilengkapi dgn lela, rentaka, pemuras dan lain2 senjata. Dimuncung kapal ini
diperbuat dari kayu yg paling keras, diruncing dan ditajamkan. Jadi apabila
bertemu kapal musuh, pendayung akan mendayung laju dan terus merempuh kapal
musuh hingga berkecai. Jika kapal musuh masih belum karam, pahlawan akan
melompat ke atas kapal dan membunuh musuh. Muatan kapal ini dianggar sekitar
500 ke 700 tan.
Pernah
diceritakan ketika Mendam Berahi hendak masuk ke pelabuhan, ia bertembung dgn
kapal lain yg sedang keluar dari pelabuhan itu sehingga hancur tapi mereka
lansung tak perasan yg mereka ini telah terlanggar kapal itu kerana saiznya yg
ketara sangat besar berbeza dgn kapal2 lain.
Kesian
kapal tu, hihi. Mendam Berahi ini juga digunakan untuk membeli gajah-gajah
perang di kawasan yg dikenali sbg Myanmar skrg ni kerana saiznya yg besar dan
kukuh. Bukan semua kapal boleh bawa gajah, lagi pun saiz gajah perang ni sgt
besar, bukan mcm saiz gajah skrg.
Hang
Tuah juga pernah belayar menggunakan Mendam Berahi ke Turki Uthmaniyah atas
arahan Sultan, ditemani oleh Maharaja Sura Dewa sbg laksamana kedua.
Tujuannya
ialah utk memberi baiat taat setia kepada Sultan Turki Uthmaniyah dan mengakui
bahawa baginda adalah sebagai Khalifah Dunia Islam.
Hang
Tuah juga belayar ke China untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Dinasti
Ming.
Dikatakan
kapal Hang Tuah tidak muat utk masuk ke dermaga pelabuhan cina kerana saiznya
yang besar, dermaga itu tidak boleh menampung Mendam Berahi.
Jadi
terpaksalah berlabuh di tengah laut dan mereka dijemput oleh kapal2 china. Menurut
Ibnu Batutah yg merupakan tokoh ahli pelayaran terkenal di dunia abad itu, saiz
Jong Melayu ialah 14 kali lebih besar
berbanding ‘chuan’ milik china. (Jadi kiranya mmg tersangatlah besar)
Selepas
itu, hubungan Melaka-China menjadi sangat akrab sekaligus menjadikan Melaka
terlindung dari ancaman musuh.
Kapal
Portugis yg terkenal milik Alfonso iaitu Flor De La Mar hanya sebelah mata jika
dibandingkan dgn Jong. Kapal ini karam ketika dalam perjalanan pulang ke negara
mereka setelah memuat penuh dgn segala emas dan harta kekayaan Melaka yg
dirampas. Maka tenggelamlah kapal kebanggaan Portugis itu bersama dgn segala
muatan berharga Melaka yg dianggar bernilai 14.3 billion Ringgit. Misi merampas
salah satu kekayaan Melaka berakhir dgn kegagalan. Dalam catatan Alfonso
sendiri, mereka menggelar Jong Alam Melayu sebagai PENGGEGAR DUNIA. Jika armada
laut Melaka ada ketika portugis menyerang Melaka, nescaya hancur lebur kapal
mereka dihentam oleh armada laut Melaka. (admin dah cerita dlm siri 1 kemana
armada laut melaka menghilang)
Itulah
serba sedikit berkenaan kehebatan kapal Melayu terutamanya Mendam Berahi. Oleh
itu, kita harus berasa bangga dengan kehebatan org Melayu dan nenek moyang
kita. Kerana kehebatan inilah, sejarah kita cuba dilenyapkan atau diubah oleh
pihak yg tak bertanggungjawab kerana mereka gerun dengan kebangkitan serta
keupayaan kita. Mereka cuba membuang keyakinan diri kita supaya kita akan
beranggapan bangsa kita ini lemah dan terus tunduk dibawah mereka. Kerana
mereka tahu, jika kita bersatu dan berjaya mengulangi pencapaian nenek moyang
kita, maka mereka lah yg akan tersungkur.
Sekian.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.