Total Pageviews

Saturday 16 November 2019

DOL SAID PENGHULU NANING



DOL SAID PENGHULU NANING



Dol Said atau nama sebenarnya ABDUL SAID dilahirkan pada tahun 1773 dan meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Beliau berketurunan suku Semelenggang, Dol Said juga adalah penghulu Naning yang ke sembilan selepas menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 ketika beliau berusia 26 tahun.


 Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. 


Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.


Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. 


Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.


           Sejak kecil lagi Dol Said mempunyai sifat keberanian apabila beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri pada umur beliau enam tahun. Dol said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati oleh orang ramai. Dol Said juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya.

Dengan sikap terpuji dan jasa beliau inilah Dol Said telah menjadi contoh pahlawan dan pejuang kemerdekaan yang jasanya akan dikenang dan diingati sepanjang hayat




Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia (
http://sejarahmalaysia.pnm.my)


Pendidikan

Di dalam halaman pendidikan ini terdapat kandungan mengenai pendidikan yang telah Dol Said pelajari sejak usianya kecil lagi.

*Sejak kecil lagi, beliau telah diasuh dengan didikan agama yang baik. Dol Said seorang yang tekun yang mengaji. Dapat dirumuskan bahawa perjuangan beliau dalam menentang penjajah bukan kerana semangat patriotisme semata-mata, malahan demi mempertahankan agama Islam.

* Dalam melengkapi lagi ilmu didalam dirinya Dol Said turut mempelajari ilmu mempertahankan diri iaitu seni silat sejak berusia enam tahun lagi.

*Ilmu agama yang dituntutnya sedari kecil, menjadikan dirinya dihormati oleh orang ramai. Selain itu Dol Said merupakan anak yang taat hasil asuhan dan didikan oleh ibubapanya
.


..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.