Total Pageviews

Saturday 16 November 2019

PERJANJIAN NANING


PERJANJIAN NANING



isi kandungan perjanjian
BAB I

“Captain tersebut atau Penghulu atau Menteri-Menteri dan Dato’-Dato’ Lembaga berjanji dan bersumpah dalam Naning dan bagi pihak kesemua kaum Nning supaya taat dan jujur kepada Yang Berhormat Gabenor dalam majlis Mesyuarat, Fort St George dan begitu juga kepada Gabenor dan Pemerintah,Pekan dan Kota ini dan segala pemerintah –pemerintah yang ada sekarang atau dilantik oleh mereka dan lagi akan menumpukan taat setia nya dalam segala perkara kepada Pihak Yang Berkuasa British sebagimana yang termesti di hantar dengan sedikit pun tidak boleh cuba membantah atu melawan Gabenor tersebut sama ada secara lngsung atau tidak langsung dan Bab-bab yang berikut hendaklah dipatuhi dan lain-lain Perjanjian yang telah diluluskan dengan negara lain yang menyentuh Brittish hendaklah di batalkan”

BAB II

“Jika ada sesiapa di Naning, anak-anak Minangkabau dan anak Melayu melanggar kehendak-kehendak Perjanjian ini atau pun tidak taat setia kepada Gabenor atau pegawainya , Penghulu dan Data’ Lembaga dengan perintah Gabenor hendaklah orang itu" menyerahkan untuk dihukum sebagaimana sepatutnya”

BAB III 

"
 Penghulu, Dato-Dato Lembaga dan semua rakyat Naning hendaklah menyerahkan satu persepuluh daripada keluaran hasil padi dan hasil buah-buahan mereka kepada East India Company.(Kompeni Inggeris)"



PERJANJIAN KEMERDEKAAN REMBAU 28. 1. 1832


Pada hari ini dalam tahun 1832, satu perjanjian persahabatan ditandatangani di antara Penghulu Rembau iaitu Raja Ali dan lapan orang Suku bagi pihak Rembau dan Robert Ibbetson, Residen bagi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka bagi pihak kerajaan Inggeris.  Dengan perjanjian ini Kerajaan Inggeris membatalkan dan memansuhkan semua perjanjian dan persetujuan yang terdahulu yang dibuat di antara Rembau, Kerajaan Belanda dan Kerajaan Inggeris yang ada sekarang. Antara perjanjian itu ialah:-

1. Kerajaan Inggeris mengakui Raja Ali dan lapan orang Suku sebagai pemerintah Rembau dan jajahan takluknya.

2. Kerajaan Inggeris dan Rembau akan mengekalkan persahabatan yang berpanjangan dan menahan dari melakukan sebarang tindakan permusuhan.  Kerajaan Rembau bebas menjalankan pemerintahan dalam lengkongan wilayahnya mengikut undang-undang dan adat negeri itu.

3. Jika berlaku sebarang angkara ke atas rakyat Rembau oleh rakyat Inggeris di kawasan pihak Inggeris, pihak Rembau tidak boleh melakukan sebarang tindakan tetapi hendaklah merujukkan angkara itu kepada kerajaan Inggeris untuk disiasat, dan jika sabit kesalahan di atas rakyat Inggeris, ia akan dihukum mengikut Undang-undang Inggeris, demikian juga sebaliknya jika berlaku angkara ke atas rakyat Inggeris oleh rakyat Rembau di kawasan pihak Rembau, pihak Inggeris tidak boleh mengambil sebarang tindakan tetapi hendaklah merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa Rembau untuk disiasat, dan jika sabit kesalahan ia dihukum mengikut kesalahannya. Sekiranya pihak Rembau mengumpul orang dan kelengkapan untuk tujuan berperang, hendaklah ia memberitahu Inggeris akan tujuannya itu, demikian juga bagi pihak Inggeris hendaklah ia berbuat yang sama.

4. Dengan termaktubnya perjanjian kemerdekaan Rembau, pada hari ini dalam tahun 1832, Rembau diiktiraf oleh Inggeris sebagai sebuah negeri yang merdeka. Ini dapat dimengertikan dari pemansuhan perjanjian-perjanjian yang terdahulu yang mengikut dan memaksa Rembau menurut segala kemahuan Inggeris.









Dalam sejarah Perang Naning terdapat satu perjanjian yang telah menyebabkan kesan buruk kepada masyarakat Melayu.

Perjanjian ini di cipta oleh pihak British tanpa persetujuaan  pembesar Melayu.

Perkara ini telah menyebabkan masyarakat melayu pada ketika itu tidak bersetuju dan melakukan penentangan.
..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.