Total Pageviews

Saturday 16 November 2019

British kalah di Naning



British kalah di Naning


PERISTIWA PERANG NANING 1831




British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun 1831.

Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris kerana mereka adalah kuasa besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil.

Pada mulanya mereka yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja.

Tetapi mereka ditentang hebat oleh pahlawan-pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing, anak panah dan pelbagai senjata tradisional yang lain. 

Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera.

Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris sehingga mereka terpaksa menghantar ramai tentera termasuk meriam dalam usaha menundukkan Naning.

British mengishtiharkan Dol Said sebagai penderhaka. ( Tetapi Pasukan British yang masuk ke wilayah orang lain secara paksa itu boleh dipanggil sebagai apa pulak? Penyangak? Perompak? )

British menghantar 150 orang sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie untuk menyerangnya tetapi angkatan British berjaya ditewaskan.

Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British berjaya memecah belahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti.

Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban.

Setelah adanya perjanjian itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu Inggeris menakluk Naning.

Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning.

Faktor kemenangan Dol Said :

Penggunaan taktik gerila
  • Bantuan daripada Seri Menanti , Sungai Ujong , Johol dan Muar 
  • Pertolongan daripada pasukan bantuan yang diketuai oleh menantu Yamtuan Raja Muda Ali dari Rembau iaitu Syed Sha'aban.

British sedar bahawa Naning tidak mudah dikalahkan. Oleh itu, British 'berunding' dengan Yamtuan Raja Muda Ali dan beliau bersetuju membantu British dengan menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning .


PERISTIWA PERANG 1832
Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning . Pakatan British dengan Rembau telah berjaya mengalahkan Naning. 


Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British.


Kesan perang :


  • Taboh telah ditawan
  • Rumah penduduk Naning telah dibakar
  • Pihak British beri Dol Said pencen dan rumah di Melaka
  • Daerah Naning dan Melaka disatukan 
  • British mengalami kerugian sebanyak 100 000 paun sterling walaupun berjaya mengalahkan Naning.




FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN DOL SAID

1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Naning

selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British telah mendakwa Naning sebahagian dari Melaka dan menuntut rakyat Naning mematuhi peraturan yg ditetapkan di Melaka. perkara ini tidak disenangi oleh rakyat Naning yang menganggap Naning sebuah daerah yg merdeka dan berdaulat.


2. Menentang bayaran cukai

melalui undang-undang 1830 British telah memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran pertanian.Arahan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Naning.

3. Menentang pelaksanaan Undang-undang British

undang-undang barat (peraturan penghulu) telah menggugat kuasa dan kedudukan Dol Said kerana melalui undang2 ini penghulu tidak dibenar mengendalikan kesalahan(kes) jenayah.
dol_said.pdf






  



Dalam Peperang Naning telah berlaku dua siri peperangan. Pertama peristiwa perang 1831 dan peperangan kali kedua pada tahun 1832.
Peperang kali pertama telah meletus.


Dari sudut-sudut lembaran Sejarah ini dapat dilihat Perang Naning sebagai suatu contoh peristiwa yang berlaku akibat dari kesilapan Pemerintah tersebut sendiri yang gagal secara bijak dan berhemah dalam mengesan muslihat musuh yang akhirnya membuatkan Negeri sendiri tergadai.


Ada pihak yang akan cuba mengambil kesempatan dalam kemelut perebutan kuasa atau perpecahan sekiranya berlaku.


Pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri menyebabkan diri boleh dibeli dan boleh mengorbankan serta mengkhianati bangsa sendiri.




..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.