Total Pageviews

Saturday, 16 November 2019

Sejarah Naning


Sejarah Naning





Naning adalah sebuah daerah yang terletak di dalam negeri Melaka. Ia bersempadan dengan Rembau, Negeri Sembilan dan berhampiran dengan Taboh. Di bahagian utaranya, Sungai Buloh dan Melekek di bahagian selatan.

Naning masih lagi wujud hingga ke hari ini.

Menurut sejarah, Naning pernah dijajah oleh Inggeris di sekitar tahun 1832 dan diperintah oleh Belanda semenjak tahun 1757 sehingga tahun 1824 iaitu setelah termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda. 


Naning adalah sebuah mukim atau daerah yang dibuka oleh orang Minangkabau dalam kurun ke 15.

Dikisahkan orang-orang Minangkabau yang mudik ke Sungai Linggi telah pergi membuka kawasan Naning , bernikah kahwin dengan penduduk asli di sana dan akhirnya wujudlah sebuah “nagari” yang di namakan Naning.


Naning juga adalah antara “nagari” terawal yang menjadi anggota gabungan “Nagari Sembilan” yang  bermuafakat untuk menjemput Raja dari Pagar Ruyong, Sumatera bagi menjadi Raja kepada “Nagari Sembilan”.


Sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka, Naning adalah kawasan naungan Kerajaan Melaka.

Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Naning bersama nagari-nagari lain telah turut “bertali ke Johor” dan memperakui kedaulatan dan kekuasaan Sultan Johor ke atas Naning.

Namun setelah Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 1641, Naning telah berbaik-baik dengan pihak Belanda dan sebagai tanda persahabatan Penghulu Naning telah bersetuju menyerahkan satu persepuluh dari hasil padi dan tanaman di kawasan Naning kepada Belanda di Melaka.

Ini dibuat memandangkan kekuasaan Sultan Johor yang kian lemah. Sebagai balasan kepada pemberian Naning ini, Belanda telah mengiktirafkan Naning sebuah negeri yang bebas dan mempunyai pemerintahnya sendiri.

        Sejarah telah membuktikan Dol Said atau nama penuhnya Abdul Said adalah seorang wira yang mempelopori perjuangan menentang penjajahan Inggeris di Tanah Melayu pada masa itu khususnya di daerah Naning.

Dol Said dilahirkan dalam tahun 1775 dan merupakan anak jati Naning. Dalam tahun 1802, beliau telah dilantik menjadi penghulu Naning untuk menggantikan Dato’ Anjak yang telah meninggal dunia. 


    Perjuangan Dol Said untuk mempertahankan Naning dari dijajah bermula semasa pemerintahan Belanda lagi.

Ini terbukti apabila cukai yang dikenakan oleh Belanda sebanyak 10 peratus daripada hasil tanaman penduduk Naning tidak dibayar sehinggakan Belanda memaksa semua penduduk Naning membayar 400 gantang beras. 

      Bantahan demi bantahan telah dilakukan oleh Dol Said. Anak jati Naning ini tidak mahu tunduk kepada penjajah kerana sayangkan kedaulatan negeri sendiri.

Gabenor Fullerton (wakil Inggeris ) di Melaka pernah mengarahkan Dol Said mengadapnya tetapi tidak diendahkan oleh beliau. 


     Menurut kajian sejarah, Dol Said meningal dunia dalam tahun 1849 atas sebab kekesalan beliau terhadap pembelotan anak Melayu yang pernah menyokong Ingeris menentang Naning.

Hakikatnya, penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu khasnya di Naning telah banyak mengubah corak kehidupan, politik dan sosial masyarakat Melayu hingga ke hari ini. 




Seperti negeri-negeri Melayu yang lain, Naning juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Pada tahun 1829, pemerintah British di Melaka memaksa Naning membayar cukai tanaman sebanyak 1/10 dari hasil perolehan. Ini dikatakan berpunca daripada kejahilan dan kesilapan Gabenor Fullerton dan Lewis, Penguasa Tanah di Melaka pada masa, tentang taraf Naning dan bentuk cukai yang sebenarnya wujud pada masa itu[1].Dato' Dol Said yang ketika itu menjadi Penghulu Naning membantah perintah membayar cukai tersebut. Berikutan itu, pada tahun 1831, satu pasukan seramai 150 orang askar Sepoi dengan dua buah meriam telah dihantar oleh Inggeris untuk menyerang Naning bagi menghapuskan Dato' Dol Said dan pengikutnya.

Dalam Perang Naning pertama yang berlangsung selama 18 hari antara 
6 Ogos dan 24 Ogos 1831, pihak Inggeris ini telah berjaya ditewaskan oleh orang-orang Naning dibawah pimpinan Dato' Dol Said dengan bantuan orang-orang Rembau dibawah pimpinan Syed Shaaban menantu Raja Ali.

Inggeris tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka dan kembali menyerang Naning pada bulan Februari 1832 dengan tentera yang lebih besar. Dol Said kehilangan ramai orang dan beliau terpaksa berundur ke 
Pasir Besar. Dalam tempoh empat bulan, Naning jatuh ke dalam tangan Inggeris pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selatpada 27 Oktober 1832.



..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.