Orang
Melayu Keturunan dari Siti Keturah
Rahsia bangsa Melayu keturunan Nabi Ibrahim as
https://jalanakhirat.wordpress.com/2010/05/13/rahsia-bangsa-melayu-keturunan-nabi-ibrahim-as/
Menurut kajian geneologi setakat ini, Nabi Ibrahim ( Abram, Abraham)
mempunyai tiga orang isteri, iaitu Sarah, Hajar dan yang terakhir Keturah.
Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan
Ismail (Ishmael). Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Imran, Jokshan,
Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala
Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab. Kebanyakan teks – teks Judeo – Kristian
mahu pun Islam banyak menceritakan riwayat kedua -dua orang isteri Nabi Ibrahim
ini tetapi lain pula dengan Keturah, isteri bongsu Nabi Ibrahim. Sarah, iaitu
mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari
Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal, manakala Hajar pula berasal
dari keluarga diraja Firaun Mesir. Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian
mendefinisikan Keturah sebagai ‘unknown nationality’. Persoalannya,
“Siapakah Keturah ini?”
Dari mana dia berasal ? .Telah
ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa – bangsa agung penakluk
seperti Chaldea, Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria, Akkadia,
Assyria, Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari
jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks
Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa – bangsa penakluk yang menjadi
musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah. Selama beribu – ribu
tahun bangsa Yahudi diperangi, dibuli dan dikacau oleh bangsa – bangsa ganas
dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat –
hikayat mereka sebagai ‘raksasa’, ’orang gasar ( barbarian ), kaum yang ganas
dan sebagainya. Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki
Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana
terdapat ‘kaum yang ganas’ di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan
kata-kata,
“ Biarlah engkau saja yang pergi
berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini ” ( Kisah Nabi
Musa )
Perlu diingat,akibat trauma dengan
sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari
sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf
isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri
(wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat
di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka
telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim
selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan
isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail
ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan
anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun
perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika
itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail
kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w
manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA
SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah
s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab
itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba
perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja
disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah
meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar
dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan ‘gundik
Firaun’.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi
Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa
Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .Dengan kuasa
Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya
terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah Firaun sedar
bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang
suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan
sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang
perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai ‘kifarat’ dan hadiah kepada Nabi
Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana
Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya
yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada
mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar
pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf
puteri diraja.Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada
Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya
sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w
adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati
Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di
zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana
sezaman dengan Nabi Ibrahim).
Perlu dingatkan bahawa semasa zaman
Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi
Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum
purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri
di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi
canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu
termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa.
dalam Alquran ada disebut:
“Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa
kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak
diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil
sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?….Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang
pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian”.
(Ali Imran: 65 – 68)
Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai
keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra’ yang
bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan
malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin
dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter
Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan
Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah
ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja
Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud
raja).Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah
pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya
menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi
Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi
dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang
sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa
Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina
negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina organisasi-organisasi
moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik
peperangan yang maju.Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di
Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang
berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat
ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah
mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di
dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan
kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan
Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk
lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang
lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan
bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil)
serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas
memusnahkan kediaman mereka.
Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba
di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya
secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon
untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah
kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan
dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat
telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya
menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.
Diwaktu pemerintahan Babilon inilah
bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan
penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang
tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik
dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan
di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan ‘Babilonian
Magic’ yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan
Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan
Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.
Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam
mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan
ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi
adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan
misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar
mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih
berganti.
Berbalik kepada wanita misteri yang
menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya
malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun
sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus
berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih
samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi
jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai ‘patriarch’ (gelaran yang
diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai
pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan
baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah
telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.
*Keturah di khemah sebelah kanan
bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.
Keturah bermaksud kemenyan atau pun
wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita
dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak
diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan
kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah
Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah
berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan
menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya
berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan
dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika
itu.Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu
(Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam
yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini
yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji
tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh
tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid
ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal
ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang
dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah
ahli astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk
Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan
mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah
kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan
Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang
terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang
Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke
Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur
di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa
misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak
dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju
dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan
manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka
adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya
bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di
udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet
kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda
seluruh dunia.TIDAK…TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya
dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis
tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion
Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi
yang handal
Nabi Nuh boleh membina kapal yang
teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100
orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina
bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri
dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya
dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa
minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji
Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita
tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan
kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini
sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di
dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih
dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?.Kalau kita
lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak
kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut
kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia
di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas
kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa
Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran
yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi
sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah
kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika
berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti
Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang
seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang
ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA
TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik
yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan
material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu
semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak
hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali
diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan
seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan
sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh
dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.
Mungkin anda berasa lucu dengan
senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup
seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA
SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang
menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan
lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq
dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia
berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang paling
menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di
Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat
manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat
yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka
ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari
apa yang kita dapat bayangkan.Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh
pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan
kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang
gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam
mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang
tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika
dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah
miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan
bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Sudah tentu cucu-cicit mereka
tercengang bangang mendengar ‘dongeng-dongeng’ ini dikala kehidupan mereka
sekarang ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai
‘keajaiban’ cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang
‘nakal’ mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang
dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab
Hindu Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan
dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria
yang tenggelam di dasar lautan.Cuba perhatikan patung-patung sembahan
Hindu.Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti
raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu
seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki
tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada
orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan
melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta
Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan
bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek
moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta
mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN….tidak rugi kita
meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.
Sumber: Komentar Pendekar di http://karimon.wordpress.com/
https://jalanakhirat.wordpress.com/2010/05/13/rahsia-bangsa-melayu-keturunan-nabi-ibrahim-as/
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.