Senjata
Purba Melayu Yang Disorokkan
Beribu-ribu tahun
dahulu... di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur. Kota-kota yang besar dan istana-istana
yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat
kilang-kilang membuat peralatan logam; kilang melebur besi.
Zaman berganti zaman. Tahun berganti tahun. Peperangan demi peperangan. Hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi... hancur semuanya.... bangkit kembali membina empayar... perang saudara... kedatangan bangsa Eropah yang tamak.... dijajah... dijajah... dijarah...
Zaman berganti zaman. Tahun berganti tahun. Peperangan demi peperangan. Hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi... hancur semuanya.... bangkit kembali membina empayar... perang saudara... kedatangan bangsa Eropah yang tamak.... dijajah... dijajah... dijarah...
Bangkit kembali... tentang penjajah... akhirnya merdeka. Kemudian bina negara... bina peradaban kembali. Perlahan-lahan.
Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak.
Panglima Melayu menghunus keris.
Selak lagi..apa dilihat lagi?
Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang. Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.
Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi.... gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut. Gambar gabenor british di ambil dari sudut bawah menjulang ke atas manakala gambar melayu selekeh di ambil dengan cara sebaliknya iaitu dari sudut atas membawa ke bawah atau sama aras...
Seolah olahnya bangsa Penjajah itu berkasta sangat tinggi manakala Melayu berkasta sangat rendah dan selayaknya dijajah... Saya sendiri pernah terbaca tulisan penjajah bangsa British di perpustakaan Universiti, saya lupa nama penulis bukunya kerana masa itu saya terpedaya mempercayai tulisan karutnya dan saya berasa amat sangat sedih masa itu kerana beliau mengatakan otak Melayu berharga tidak lebih 50 sen !
Selak lagi... selak lagi... gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan.
Dalam artikel pengiring terakhir ini, Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api.. Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"
Benarkah begitu?
Ketika saya masih kecil
lagi, saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman
dahulu, mungkin sekitar abad ke 17. Kalau tak silap saya, Dato Rahim Razali ada
berlakon dalam filem itu. Keistimewaan filem ini ialah, ia memaparkan orang-orang
Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil, dalam istilah
Melayunya 'Lela Rentaka'.
Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang, di bawa ke sana sini. Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi. Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan. Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.
Filem ini begitu istimewa di mata saya, berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatar belakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat; asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing. Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.
Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya; apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?
Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador, pengembara Eropah, pedagang dan duta-duta asing, menyebutkan saiz kapal, penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?
Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini, nadanya berlainan?
Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?
Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?
Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??
Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani, mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang, apatah lagi meriam. Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma. Mereka betul dari segi sejarah.
Mengapa saya kata begitu? Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.
Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS, KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA, ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA, JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.
Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.
Sungguh mendukacita dan memalukan.
Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah; baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles, Winsted, Swettenham dan Leyden.
Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah Melayunya sendiri:
*Cannon = Meriam, Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol
Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:
Pemuras
Pemuras adalah antara
senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar
Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini
sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya
menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang
Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau
dalam bahasa Inggeris, blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan
dengan laras berkaliber pendek, besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan
yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru
timah hitam (lead)
Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons). Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya, menjadi lebih kecil, seperti pistol.
Orang-orang Melayu
memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul
pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama
sekali dicipta untuk tujuan pertahanan.
Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?
Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?
Ini kerana pada masa dahulu
orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini
adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini
kerana ia sesuai untuk pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu
mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.
Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.
Dalam budaya masyarakat
Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang
menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei
dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'. Karga ialah bekas
menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.
Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.
Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka, Mozambique meletakkannya di bendera mereka, bayangkan, kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.
( boleh lihat https://muhdhazrie.wordpress.com/2010/01/27/pemuras/ )
Terakol
Terakol atau Tarkul adalah
antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul
pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan
teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa
memerlukan 'fius'.
Terakol berbentuk seperti
pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol
digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan
Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
*Dalam filem Pirates of
Caribbean, Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)
Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Istinggar
Istinggar (Bahasa
Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan
penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang
menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api). Penggunaan flintlock ini
meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai
flintlock musket, istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata
api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda
(wheel lock).
Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.
Lela Rentaka
Rentaka, adalah sejenis
meriam mudah alih, ringan dan kecil dari meriam biasa. Dalam
Bahasa Inggeris, ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah
senjata khas orang Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, sebab itu
orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas. Ini
adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia
adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat. Rentaka inilah yang saya
lihat di dalam filem tahun 80-an itu.
Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter.
Bagi yang berukuran lebih
daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai
ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor
Lotong.
Bangsa penjajah pertama yang
merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses,
portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih.
Berbanding dengan meriam
biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik
seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut
diukirkan corak pucuk rebung.
Apa yang unik mengenai
senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia.
Rentaka mempunyai mekanisme
yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh
dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu.
Hal ini amat berbeza dengan
meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan.
Ciri mudah alih Rentaka juga
menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.
Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik .
Orang Moro telah menggunakan
rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika
mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol.
Tentera Sepanyol dikatakan
amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata,
rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian
terbesar bagi pihak mereka.
Selain daripada orang Moro,
Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah
sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu.
Kebanyakan daripada rentaka
yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei
kalau tidak Filipina.
Di Semenanjung, Jawa dan
Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan
Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka.
Sehingga abad ke 18
dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara
yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.
Meriam / Lela
*Meriam Seri Patani yang
diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand
Meriam mempunyai sejarah yang panjang, terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.
Meriam mempunyai sejarah yang panjang, terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.
Meriam digunakan di
tembok-tembok kota Melaka.
Meriam digunakan di semasa
peperangan melawan penjajah di Selangor.
Meriam digunakan di Pasir
Salak.
Meriam digunakan di Singgora
melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.
Meriam adalah cukup sinonim
dengan seni peperangan Melayu.
Jika
Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka
Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu
ketika dahulu.
Sebelum kemunculan meriam, pada
awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.
Kemudian meriam
diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam
yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.
Kemudian pedagang Belanda
pula memperkenalkannya.
Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara, Seri Patani dan Mahalela.
Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara, Seri Patani dan Mahalela.
Dan
meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia
Tenggara!
Menariknya bukan orang lain
yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga!
Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.
Sebagai tindak balas
berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu
Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang
lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai
pembinaan meriam-meriam kerajaan.
Tiga buah meriam telah
dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela.
Sri Patani dan Sri Nagara
mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya
sepanjang 5 hasta 1 jengkal.
Meriam-meriam ini telah
berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603,
1632, 1634 dan 1638.
Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya).
Bagaimanapun, pada 1785
pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah
berjaya menewaskan Patani.
Dua buah meriam besar iaitu
Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun
Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan
ke dalam kapal.
Meriam Mahalela pula telah
hilang tanpa dapat dikesan.
Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan.
Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan.
Jika anda melihat kepada
gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam
tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai.
Menurut Hikayat Patani tiga
buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai
ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani.
Anda
boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut
dengan menonton filem Queen of Langkasuka.
Meriam-meriam Melayu boleh
dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.
Setelah mengetahui fakta
sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir
nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit, lembing dan keris?
JIka nenek moyang kita
berperang dengan senjata-senjata itu sahaja, alamat kita sekarang bukanlah
duduk di Malaysia, tetapi di sebuah negeri Inggeris lain, seperti Australia, USA dan New Zealand.
Sebab
orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu
mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak
tanduk penjajah yang ganas dan tamak.
Bayangkan betapa gigih nenek
moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan
keris, menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.
Jika
nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air, mungkin
hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.
Inggeris walaupun buas dan
kejam, namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan
orang-orang Melayu mempertahankan warisan.
Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners
(ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu
di setiap negeri Melayu.
Apa
salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja
Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan
raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India.
Sultan Abdullah memang
dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan
raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan
pengganti Sultan Abdullah. Pelikkan?
Apa salahnya Inggeris
melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi
Rajah Sarawak.
Biar
warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti
raja China dan India.
Tetapi ini tidak berlaku.
Bukan
sahaja orang Melayu, malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta
raja-raja Melayu.
Lucu dan
aneh.
Sebenarnya jika kita
bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan
segan dan hormat pada kita.
Seperti juga hari ini,jika
kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri, sebagai contoh Tulisan Jawi, Ada pihak tidak segan silu mahu membuang
tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.
Jika
kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri, siapa lagi
hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama
kita sendiri?? Orang asing??
Sebagai kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).
*Contoh Terakol digunakan
ketika menyerang. Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan
berukiran halus.
Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu.
Adegan dua orang hulubalang
mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti
batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya.
Kenapa drama dan filem lain
tidak seperti filem yang satu ini? Siapa pengarah filem ini? Sungguh, saya
betul-betul tabik pada pembuat filem itu, malangnya saya terlupa tajuk filem
itu.
Jadi fikirkan, adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit, lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik, kita bercakap soal realiti)?
Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunners Melayu
inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk
menghapuskan raja-raja Melayu, mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan
paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika, New Zealand, Australia dan Filipina.
Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini. Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.
Dalam legenda Melayu, berkaitan
ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal, antara pantang orang yang mengamalkan
ilmu kebal ialah peluru emas.
Dan ini
adalah benar, dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan
pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.
Malah Mat
Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.
Jadi
fikirkan, dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru
emas, masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing
berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket, blunderbuss
dan cannon?
By Srikandi
By Srikandi
dari sini pula –
http://ibnurusydi.blogspot.com/2011/11/ ... iri-2.html
Hamba ini berbangsa Melayu. Bangsa yang satu ketika dulu adalah bangsa yang jauh peradabannya ke hadapan, meninggalkan bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Bangsa Melayu kaya dengan kepakaran dan teknologi.
Hamba ini berbangsa Melayu. Bangsa yang satu ketika dulu adalah bangsa yang jauh peradabannya ke hadapan, meninggalkan bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Bangsa Melayu kaya dengan kepakaran dan teknologi.
Tunggu! Jangan mencebik, jangan mencemuh! Tuan hamba sekalian mungkin tidak tahu. Benar, generasi kita hari ini tidak tahu akan fakta kehebatan bangsa Melayu zaman dahulu.
Dek kerana segala fakta itu
telah dimusnahkan oleh sang penjajah keparat. Penjajah tidak mahu bangsa Melayu
menjadi bangsa berkuasa di dunia. Mereka tidak mahu generasi Melayu akan datang
tahu kehebatan nenek moyang mereka dahulu kala. Inilah muslihat penjajah
keparat!
Meriam Terbesar Melayu Dilarikan ke India
Bangsa kita dimomokkan bahawa Melayu dahulu kala hanya berperang dengan keris dan lembing sahaja. Tidak! Tahukah tuan hamba sekalian, bangsa kita telah mencipta meriam, sudah lama sebelum kedatangan para penjajah lagi.
Ya, ketika itu, terdapat sebuah meriam terbesar di dunia yang dicipta oleh Bangsa Melayu. Meriam tersebut diletakkan di dalam mahligai istana Sultan Melaka.
Dan apabila Melaka ditakluk,
meriam itu telah dirampas oleh penjajah lalu di bawa berlayar ke Goa, India.
Untuk pengetahuan tuan
hamba, meriam itu masih ada sehingga kini di Goa.
Namun, untuk membawa artifak
bukti keagungan tamadun Melayu itu bukan mudah. Bahkan kosnya mencecah berbilion
ringgit. Lihat betapa licik dan jahatnya sang penjajah!
Melayu Pelayar Terulung
Bangsa Melayu sudah boleh menghasilkan jam yang digunakan oleh Panglima Awang dalam pelayarannya sewaktu mengelilingi dunia.
Dua abad lebih awal sebelum
bangsa Eropah mampu mencipta jam. Bangsa Melayu juga boleh belayar di lautan
tanpa menggunakan kuasa enjin dan layar, malah tidak pernah sesat dari arah
tujuannya. Dan kepakaran belayar ini telah wujud lebih lama sebelum Bangsa
Eropah mampu menggerakkan bangsa mereka untuk belayar mengelilingi dunia.
Tahukah juga tuan hamba, Panglima Awang yang berbangsa Melayu itu sebenarnya adalah orang pertama mengelilingi dunia dan hasil pelayarannya itu, dialah yang mengesahkan bahawa bumi ini bulat, bukannya mendatar seperti didakwa bangsa Eropah sebelum itu. Panglima Awang tidak pernah tersesat dalam pelayarannya, sedangkan Captain Columbus berbulan-bulan tersasar dalam pencariannya mencari tanah datar Amerika. Begitulah hebatnya bangsa kita!
Teknologi Mistik Melayu
Sewaktu zaman kegemilangan empayar Melayu Melaka, bangsa Melayu sedang dalam eksperimen untuk membina tentera bukan dari kalangan manusia, tetapi daripada haiwan yang boleh diseru, disuruh dan dipandu arah. Takjub bukan?
Tetapi sayang, belum sempat teknologi tentera haiwan itu dikembangkan, ia telah ‘dilarikan’ oleh penjajah setelah mereka berjaya menakluk Tanah Melayu.
Lalu teknik itu mereka kaji
dan mereka guna pakai untuk kepentingan bangsa mereka. Melalui teknologi seru
itulah pihak Portugal melepaskan seekor ketam untuk membawa naik salib yang
dicampakkan ke laut oleh seorang Paderi sebelum memijak bumi Melaka. Hamba
bukan sengaja mereka-reka cerita ini, malah cengkerang ketam itu masih berada
di Lisbon, Portugal sebagai bukti!
Khazanah Melayu Dihapuskan
Dek kerana hebatnya ilmu pengetahuan bangsa Melayu inilah, penjajah sentiasa mahu menawan tanah bertuah ini.
Beribu-ribu dokumen, buku,
persuratan dan khazanah bangsa kita telah dirampas oleh mereka.
Salah satu darinya seperti
usaha Raffles yang membawa ribuan catatan dan buku Melayu di dalam kapal The
Fame yang akhirnya terbakar di tengah lautan.
Kita dijajah bukannya kerana rempah ratus seperti yang tercatat dalam sejarah yang digubah sesuka hati oleh sang penjajah.
Kita dijajah kerana
kehebatan tamadun bangsa Melayu. Inilah sejarah yang tidak diketahui oleh anak
Melayu sendiri.
Hamba bangga menjadi anak
Melayu. Bukan hanya kerana pengetahuan dan fakta yang hamba ada dan selidiki.
Kata-kata hamba bukan omongan kosong. Jika tidak, hamba tidak akan bersusah
payah mengumpul pelbagai artifak keagungan bangsa kita satu ketika dulu!
Pakaian Melambangkan Bangsa
Kata mereka, pakaian hamba sudah ketinggalan zaman, tidak relevan. Jika begitu, tidak relevanlah bangsa Arab yang berjubah dan berserban? Tidak relevankah bangsa Ghana dengan baju tradisi ala selimutnya? Tidak relevankah bangsa India dengan sarinya?
Apa yang hamba pakai ini adalah salah satu simbolik bangsa Melayu. Jika kita berjumpa di Melaka 500 tahun yang lampau, inilah pakaiannya. Namun, hamba sesuaikan dengan zaman sekarang. Hamba tempah khas baju ini agar diperbuat daripada kain kapas yang lebih selesa dipakai. Yang penting, identiti pakaian ini yang harus dikekalkan kerana inilah identiti bangsa kita.
Hamba Lebih Afdal Dari Sahaya
Ada yang bertanya, mengapa gunakan perkataan ‘hamba’ dan ‘tuan hamba’ dalam perbualan harian? Mengapa berasa pelik sedangkan itulah pertuturan bangsa kita sejak dulu kala. Malah, ada yang berkata, teruk benar gunakan perkataan hamba kerana ia hanya sesuai antara manusia dengan tuhan.
Tetapi mereka lupa, bila kita menyebut diri kita sebagai hamba, secara tidak langsung ia sentiasa mengingatkan bahawa kita ini adalah hamba Allah. Itukan lebih baik?
Mereka lupa penggunaan
perkataan ‘saya’ itu bermula dari ‘sahaya’ yang bermaksud hamba sahaya yang
tidak boleh ditebus., secara tidak langsung menjatuhkan diri kita
serendah-rendahnya. Bermakna secara tidak langsung kita berdoa menjadi seperti
itu. Akhirnya, seperti yang tuan hamba lihat hari ini, bangsa kita menjadi
bangsa yang hina sekarang. Bahasa tu menunjukkan bangsa. Pada firasat hamba,
perkataan hamba lebih afdal dari saya (sahaya).
Hargailah Khazanah Melayu
Hargailah Khazanah Melayu
Apa yang hamba sampaikan mungkin susah diterima akal, tetapi buktinya ada. Jika tidak percaya, datanglah bertemu hamba. Teratak hamba di Rembau ada menyimpan lebih 200 artifak dan khazanah bangsa kita.
Bukan mudah untuk hamba kumpulkan segala artifak bangsa Melayu ini. Kebanyakan artifak ini gagal dikesan oleh pencari gali dari Barat walaupun menggunakan teknologi moden. Ini kerana harta-harta ini telah disimpan di alam mistik oleh orang-orang terdahulu.
Contohnya, 50 tahun lalu, pihak Inggeris ada menghantar ahli arkelogi mereka bagi mengesan Keris Penyalang, iaitu sebilah keris yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi menghukum pembesar istana yang bersalah.
Pembesar itu akan ‘disalang’
menggunakan keris tersebut. Caranya, pesalah akan melutut lalu keris penyalang
akan ditusukkan dari tengkuk menembusi paru-paru, jantung hinga ke perut.
Hebatnya keris penyalang, hanya setitis darah akan keluar melalui satu lubang
di hulu keris, menandakan si pesalah sudah mati. Keris inilah yang cuba dicari
ahli cari gali Inggeris itu tetapi setelah berbulan-bulan mencuba, mereka
pulang dengan hampa.
Akhir kata
Banyak artifak lain yang
amat diinginkan oleh bangsa penjajah sudah berada dalam simpanan hamba. Dan
pencarian hamba tidak akan terhenti di sini. Ini adalah khazanah bangsa kita,
dan wajib kita menjaga dan menghargainya.
Tujuan hamba hanya satu, hamba mahu buktikan kehebatan bangsa kita satu ketika dahulu dan ia boleh dijadikan rujukan anak cucu kita kelak. Hamba mahu sedarkan bahawa kitalah bangsa yang hebat dan mencipta pelbagai penemuan pada zaman dahulu.
Tuan hamba, marilah kita sedarkan bangsa kita. Janganlah kita berpecah belah, bermusuhan sesama sendiri hanya kerana fahaman yang berbeza. Sepatutnya, kehebatan nenek moyang kita dahulu mampu menyatukan bangsa Melayu agar bangkit menjadi bangsa yang dihormati dan disanjung seantero dunia.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.