Kronologi menentang penjajah
Pertempuran di Kuala Selangor 1785 Pasukan Sultan Ibrahim Selangor merampas kembali Kuala Selangor daripada Pasukan Belanda pada 1785.
Perang Naning 1831 _
Pengikut Penghulu Dol Said bertempur dengan pasukan British yang mara untuk
menduduki Naning pada 1831.
Pertempuran di Kota Kuala Kedah
1839 _ Pasukan Tunku Muhammad Saad bertempur dengan pasukan Siam di Kota Kuala
Kedah pada 1839.
Pertempuran di bukit putus
1875 _ Pasukan Yamtuan Tunku Antah bertempur dengan pasukan British di Bukit
Putus pada 1875.
Dato Maharaja Lela berucap
menentang British di hadapan pembesar dan penduduk Pasir Salak di rumahnya pada
pagi 2 November 1875.
Perbicaraan di Matang
1876 14 – 22 Disember 1876.
Dato Maharaja Lela, Dato
Sagor dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Dato Maharaja Lela, Dato
Sagor dan Pandak Indut digantung sampai mati di kawasan berhampiran bangunan
kerajaan di Larut pada 20 Januari 1877.
Dato Maharaja Lela, Dato
Sagor dan Pandak Indut menjalani hukuman gantung sampai mati 20 Januari 1877.
Sultan Abdullah, Menteri
Ngah Ibrahim, Laksamana Wan Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Mahamor dibuang
negeri ke Pulau Seychelles 20 Julai 1877 menaiki kapal Cartheston.
Pertempuran di Jeram Ampai
1894 _ Pasukan Dato bahaman, Mat kilau dan Tok Gajah bertempur dengan pasukan
British di Kubu Jeram Ampai pada 1894
Serangan Pasukan Mat salleh
ke atas Pulau gaya 1897 _ Pasukan Mat Salleh menyuerang dan membakar bangunan
British dan pengikutnya di Pulau gaya pada 9 Julai 1897.
Kebangkitan Pasir Puteh,
Kelantan 1915 _ Tuk Janggut dan pasukannya bertempur dengan pasukan British di
kampung dalam Pupuh, Pasir Nering, Pasir Puteh pada 1915.
Pulau Pinang sebagai
pencetus Kesedaran Orang Melayu _ 1920 an.
Surat Khabar 1928 Al Ikhwan,
Saudara dan Idaran masa pencetus kesedaran Orang Melayu.
Kebangkitan Terengganu 1928
_ Sekumpulan Orang Melayu menyerang bangunan kerajaan British di Kuala Berang
pada tahun 1928 kerana membantah pentadbiran British di Terengganu.
Menentang Malayan Union 1946
_ Perhimpunan Penduduk Perlis di Arau menentang Malayan Union 1946.
Pembunuhan Gabenor Duncan
Stewart 1949 _ Rosli Dhobi menikam Duncan Stewart di Sibu 1949.
Mujurlah kita ada nenek moyang yang gagah berani
mempertahankan bangsa agama dan negara. Mujur juga nenek moyang kita berilmu
kemahiran tinggi di mana ada istinggar, pemuras, terakol. Lela Rentaka Kencana
juga ada.
Sekiranya nenek moyang kita tidak cukup berani masa
itu untuk sedia berkorban jiwa raga serta rela bermandi darah, sudah tentu
negara kita tidak tentu hala tujunya...
Mungkinkah kita akan menjadi seperti New Zealand,
Australia USA di mana identiti bangsa asli penghuni asal tempat itu lesap
lenyap dan negara diterajui ganti oleh Orang Puteh Mat Salleh.
Justeru... Generasi muda pembela negara wajarlah
memahami, menghormati, menyelami dan menghargai segala jerih perih pengorbanan
pahlawan bangsa bumi Malaya demi mempertahankan tanah air tercinta.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.