Jong Melayu - Gergasi Laut Yang Digeruni
Tanggal 1513, Patih Yunus yang mengepalai
serangan angkatan laut kerajaan Mataram di Pulau Jawa menentang tentera
Portugis di Melaka. Seorang Portugis, Fernando Peres de Andrade. Kisa mereka
ada dalam catatan Fernando Peres mengenai kehebatan kapal Melayu yang sangat
besar mengatasi besarnya kapal mereka.
Fernando Peres de Andrade menulis;
"Jong Patih Yunus begitu besar sekali sehinggakan Anunciada (kapal perang panglima laut Portugis) yang berada di sebelah jong Patih Yunus, tidak lagi kelihatan seperti sebuah kapal".
(Ahmad Jelaini Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Selat Melaka, Abad Ke-15 Hingga Ke-18 mukasurat 159 merujuk kepada tulisan Cortesao A, 1967 berkenaan catatan The Suma Oriental Of Tome Pires)
Kapal ini di panggil JONG, Jong merupakan kapal
Bangsa Melayu yang digunakan sebagai kapal perang dan juga kapal dagang di
zaman kegemilangan empayar Melayu tua Langkasuka hinggalah era Empayar Melaka.
Saiznya hampir dua kali ganda daripada kapal kebanggaan bangsa Eropah yang
dipanggil Galleon (geliung).
Mengikut catatan sejarah, Jong Melayu tidak
dibenarkan berlabuh di dermaga pelabuhan China kerana saiznya yang terlalu
besar. Saudagar-saudagar Melayu hanya dibenarkan melabuhkan Jong mereka
sedikit jauh dari pelabuhan (INGAT ini)
nthony Reid dalam bukunya Charting The Shape Of
Early Modern Southeast Asia telah menggunakan istilah leviathan untuk
menggambarkan Jong Melayu yang membawa makna "Raksasa Laut"
atau "Kapal Gergasi".
Lakaran jong dibuat berdasarkan lakaran yang dibuat di Melaka dalam tahun 1613 oleh sarjana Portugis bernama Godinho de Eredia ketika penghujung zaman Jong Melayu.
Lakaran jong dibuat berdasarkan lakaran yang dibuat di Melaka dalam tahun 1613 oleh sarjana Portugis bernama Godinho de Eredia ketika penghujung zaman Jong Melayu.
Petikan 'Portuguese Documents On Malacca'
mukasurat 213
“Dinding Jong Melayu begitu tinggi sekali sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya (apabila menyerang jong), dan dinding jong setebal empat lapis tidak rosak sedikitpun oleh peluru meriam”
“Dinding Jong Melayu begitu tinggi sekali sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya (apabila menyerang jong), dan dinding jong setebal empat lapis tidak rosak sedikitpun oleh peluru meriam”
Catatan Tom Pires menceritakan
bahawa kapal Jong Melayu dari Melaka dan Sumatra apabila berlabuh di Canton
China pasti diarahkan berlabuh jauh dari pantai kerana dikhuatiri besarnya Jong
Melayu akan menewaskan 20 kapal Cina.
Bangsa Melayu merupakan bangsa yang pakar di
dalam menerokai bidang maritim antaranya dalam pembuatan kapal-kapal
besar, navigasi dan undang-undang Kanun Laut (kanun bertulis yang pertama di
dunia) untuk menjaga keselamatan laluan perdagangan.
Ingat ini! Melaka pernah menjadi sumber
kekayaan Empayar Kahalifah Uthmaniah, Pelabuhan Kota melaka meprupakan salah
satu daripada 3 Pelabuhan terbesar di dunia ketika itu, sehingga ada catatan
Portugis menyatakan hampir 2 ribu kapal berlabuh keluar masuk ke kota melaka
setiap hari, lebih 80 bahasa menjadi tuturan di kota Melaka dan BAHASA MELAYU
(INGAT ini) menjadi bahasa perantaraan (Lingua Franca) pada era itu, bukannya
bahasa Inggeris.
Dalam suatu gambar yang diambil dari Muzium Portugis, sebuah kapal perang terbesar Portugis diilustrasikan sebelah-menyebelah dengan kapal Jong Melayu yang mana saiznya adalah berukuran 100 meter dan setinggi 25 tingkat rumah.
lihatlah betapa hebatnya kapal-kapal rumpun Melayu sejak zaman berzaman. Sesungguhnya tamadun orang-orang Melayu Polinesia dan Nusantara adalah tamadun yang didirikan atas nama pelayaran di lautan yang luas.
Lihat perbandingan antara kapal Galleon milik Barat dengan Jong Melayu. Lebih menarik, kapal gergasi tersebut tidak menggunakan paku dan teknologi ini hanya ada diNusantara pada ketika itu. Dindingnya amat kukuh dan mampu menahan bedilan peluru besi meriam kebanggaan barat.
Bangsa Eropah dan orang-orang dari Timur juga amat kagum dengan teknologi senibina kapal dan perahu orang Melayu Polinesia dan Nusantara, Bukan setakat besar dan kukuh, malah sangat tinggi senibinanya...

Antara yang paling zalim sekali adalah mereka yang menghapuskan pengetahuan dan kesan kesan sejarah lama dengan merobohkan bangunan bangunan lama, memusnahkan buku buku sejarah kita. Dan ada pula yang tergamak menulis buku fitnah dengan mengatakan otak Melayu berharga < 50 sen! Justeru buku buku sejarah wajib dibetulkan semula iaitu ditulis dengan yang betul bahawasanya bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat, pelayar yang hebat, pahlawan yang hebat, kreatif membina perkara besar seperti kapal dan istana tanpa menggunakan paku dsbnya.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.