Total Pageviews

Saturday, 16 November 2019

Sultan Ibrahim Rampas Selangor Semula


Sultan Ibrahim Rampas  Selangor Semula Dari Belanda




27 Jun 1785 – Pada tahun 1785, Sultan Selangor, Sultan Ibrahim telah berjaya merampas semula negeri Selangor dari Belanda. Kejayaan baginda ini dicapai dengan mendapat bantuan bala tentera Bendahara Abdul Majid dari Pahang dan Raja Haji yang berkuasa di Empayar Johor Riau iaitu bapa saudara kepada Sultan Ibrahim.


Selangor mula dikuasai oleh Belanda pada bulan Ogos 1784. Kekalahan Sultan Selangor berpunca dari kekurangan bala tentera kerana tentera baginda telah ditugaskan membantu Raja Haji dalam peperangan mengusir penceroboh-penceroboh Belanda dari Empayar Johor – Riau. Pencerobohan Belanda di Empayar Johor – Riau telah melanggar perjanjian persahabatan di antara Raja Haji dengan pihak Belanda. Sebagai membalas tindakan Belanda, Raja Haji telah membatalkan perjanjian tersebut dan membantu Sultan Selangor memerangi penempatan-penempatan Belanda di Melaka.


Dalam peperangan ini Belanda mengalami banyak kekalahan dan terpaksa menghadapi kesulitan mendapatkan bekalan makanan. Walaubagaimanapun peperangan ini terpaksa dihentikan kerana kematian Raja Haji dan beberapa orang pahlawan Bugis yang lain pada 18 Jun 1784.


Sungguhpun demikian Sultan Ibrahim tidak berputus asa untuk mendapatkan semula Selangor dari tangan Belanda. Dengan bantuan Bendahara Pahang baginda telah menyusun semula segala bala tentera untuk menentang Belanda. Sultan Ibrahim dan Bendahara Abdul Majid akhirnya berjaya mengalahkan dan mengusir Belanda dari Selangor. Dengan kejayaan ini maka tamatlah pengaruh Belanda di Selangor dan Sultan Ibrahim berkuasa semula.


Sumber : Arkib Negara Malaysia







Soalan Musykil

Kenapa untuk pencapaian yang baik ini daripada Sultan Melayu, Tiada tidak buat filem mengenainya? Kenapa cukup berpuas hati dengan bukit Kepong sahaja?

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.