Kekuatan Turki dan
kisah disebaliknya..
Oleh: takusahrisau
Oleh: takusahrisau
Bangsa
Turki pernah bangkit sebagai kuasa besar paling utama pada abad ke-15 dan
berterusan sehingga kejatuhan empayarnya sekitar abad ke-19. Pengaruhnya
menjangkaui sehingga ke Eropah apabila beberapa wilayah di bawah naugannya
berada di timur Eropah.
Bangsa
Turki yang menerajui empayar Othmaniyyah sangat terkesan di hati setiap umat
Islam. Bukan untuk menidakkan keagungan empayar Islam yang lain seperti
Ummayyah, Abbasiyyah, Mamluk, Fatimiyyah dan lain-lain namun empayar Turki
Othmaniyyah mempunyai satu-satunya pemimpin yang diramalkan oleh junjungan
besar, Rasulullah saw di hadis kursinya.
Pemimpin
yang dimaksudkan adalah Muhammad atau lebih dikenali Sultan Muhammad al-Fatih.
Gelaran al-Fatih yang membawa maksud ‘Si Pembuka’ merujuk kepada peranan
besarnya membuka dan menakluk kota Konstatinopel.
Penaklukan
kota utama umat Kristian sekitar kurun ke-15 itu adalah sumbangan Sultan
Muhammad al-Fatih yang tiada tolak bandingnya. Sehingga ke hari ini kota
tersebut masih lagi di bawah genggaman umat Islam yang berada di bawah naugan
kerajaan Turki sekarang. Detik bersejarah tersebut yang berlaku pada 1453
masihi menandakan berakhirnya kerajaan Kristian Byzantine Timur yang berpusat
di kota Konstatinopel.
Siapa bangsa Turki sebenarnya?
Bangsa
Turki disifatkan oleh pakar-pakar Sirah Islam sebagai bangsa yang berasal
daripada anak nabi Nuh as, Yafit. Diriwayatkan, Nabi Nuh as mempunyai tiga oleh
anak lelaki iaitu Sam, Yafit dan Ham.
Sam
menurunkan ras bangsa Semitik yang berkulit keputihan seperti Arab, Parsi,
Syria, Yunani, Latin(Sepanyol) dan di sebelah Barat dunia. Daripada anak-pinak
Sam lahir ramai Rasul dan Nabi. Dikisahkan bahawa pada zaman Nabi Isa as,
berkat mukjizat baginda, Sam telah dibangkitkan daripada kuburnya dan sempat
menceritakan peri sakitnya kematian.
Ham menurunkan bangsa
berkulit hitam seperti bangsa yang kebanyakan mendiami benua Afrika. Di dalam
kitab Perjanjian Lama(Old Tastement), Ham telah dilaknat oleh Nabi Nuh as
dan kisah tersebut dikenali sebagai Ham’s Curse. Laknat
Nabi Nuh as yang kononnya diberitakan dalam kitab Perjanjian Lama tersebut
antara lain melaknat keturunan Ham dan anak pinaknya bakal menjadi hamba kepada
anak-pinak Sam dan Yafit.
Yafit
pula menurunkan ras bangsa berkulit kulit langsat seperti Cina, Mongoloid,
Russia dan beberapa bangsa di sebelah Timur dunia. Anak-pinak Yafit mempunyai
sifat dan semangat suka berperang yang tinggi. Kebanyakan yang lahir daripada
suku Yafit adalah sang penakluk hebat. Lihat saja bangsa Cina, Mongol dan juga
Russia.
Daripada
genetik Yafit ini sebenarnya lahir bangsa Turki. Turki sepertimana
bangsa-bangsa suku Yafit yang lain suka berperang dan menakluk. Daripada Yafit
juga lahir bangsa yang cukup terkenal kejamnya dan diramalkan oleh Rasulullah
saw dalam banyak hadis kursinya. Bangsa tersebut tidak lain dan tidak bukan
adalah bangsa Ya’juk dan Ma’juk.
Ya’juk
dan Ma’juk mempunyai beberapa gelaran lain. Bangsa Cina mengelar mereka
Xiongnu, Yunani pula mengelar mereka sebagai Sos dan bangsa Barat mengelar
mereka sebagai bangsa Sychtia atau Simmeria. Dalam tradisi masyarakat Kristian
juga mengenali bangsa Ya’juk dan Ma’juk sebagai Gog dan Magog.
Kaitan Ya’juk dan Ma’juk dan
Turki
Antara
kedua-dua bangsa iaitu Ya’juk dan Ma’juk dan bangsa Turki, terdapat cerita di
yang berkait. Umumnya, bangsa Ya’juk dan Ma’juk adalah bangsa yang ganas dan
suka membuat kerosakan.
Mereka
muncul membawa kerosakan pada dunia. Ia diberitakan oleh Allah swt di dalam
al-Quran dalam surah al-Kahfi;
Mereka berkata: “Hai
Zulkarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu orang-orang yang membuat
kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran
kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?”
Mereka
menguasai dunia, bahkan tiada apa yang mampu mengalah dan menumpaskan mereka.
Rasulullah saw bersabda bahawa ketikamana Ya’juk dan Ma’juk bermaharajalela di
muka bumi, Allah swt mematikan mereka dengan mengirimkan satu wabak di mana
ulat-ulat memakan belakang badan mereka sehingga tiada apa yang mampu
diselamatkan. Begitu hebat dan ganasnya perilaku bangsa terkutuk ini.
Namun
apakah saling perkaitan antara bangsa Turki dengan Ya’juk dan Ma’juk?
Diriwayatkan
bahawa ketika ekspedisi Zulkarnain yang memerangi kaum Ya’juk dan Ma’juk di
tempat yang disifatkan Allah sebagai ‘di antara dua buah gunung’ dalam surah
al-Kahfi ayat 93, kaum terkutuk tersebut terperangkap di antara gunung-gunung
tersebut. Lalu dengan bantuan masyarakat tempatan, Zulkarnain dan bala
tenteranya mengurung Ya’juk dan Ma’juk dengan tembok besi bersadur tembaga
berkat dengan rahmat daripada Allah swt. Ya’juk dan Ma’juk tidak akan berjaya
menembusi tembok tersebut dan kekal terkurung di dalamnya sehingga tiba masa
yang ditetapkan Allah swt.
Ekspedisi
tersebut ternyata berjaya. Namun, ketika pertempuran tersebut terdapat
saki-baki daripada mereka yang berjaya ‘melepaskan diri’. Bangsa tersebut
adalah bangsa Turki.
Istilah
Turki adalah berasal daripada perkataan ‘Taraka’ atau ‘Turika’ yang membawa
maksud ‘meninggalkan’ atau ‘ditinggalkan’. Boleh jadi, asal asbab istilah Turki
yang dinisbatkan kepada bangsa Turki adalah kerana kisah saki baki bangsa
Ya’juk dan Ma’juk yang berjaya berlepas diri.
Dalam
satu kajian lain, antara suku yang berjaya melarikan diri daripada serangan
bertali arus tentera Zulkarnain adalah suku Mongol yang mana kemudiannya
mendiami Gurun Gobi dan Steppe di Mongolia. Mongol sepertimana ‘moyangnya’
dilahirkan sebagai bangsa yang ganas. Perang tiada etika sehingga memusnahkan
beberapa tamadun agung di dunia. Antara yang menjadi mangsa kerakusan suku
Mongol adalah Dinasti Abbasiyyah. Baghdad yang dilanggar oleh suku Mongol telah
hancur luluh dan rebah menyembah bumi. Kejatuhan Baghdad di tangan Mongol menyebabkan
kota tersebut hilang fungsi sebagai pusat tamadun dan perabadan dunia. Ironinya
sehingga kini kota tersebut gagal bangkit seperti yang berlaku pada zaman
keemasannya.
Rasulullah saw menyedari
potensi Turki
Dalam
satu hadis, Rasulullah saw bersabda;
‘Tinggalkan Turki selama mana
mereka tinggalkan kalian’
Hadis
ini memberi gambaran bahawa Turki patut diberi keistimewaan berbanding
lain-lain bangsa kerana bangsa ini seakan-akan diberi gambaran bahawa ia
dielakkan untuk diperangi bahkan memberi mereka ruang untuk berlepas diri.
Ekspedisi
dakwah Islam ke atas lain-lain bangsa bermula seawal zaman Rasulullah saw di
mana Rasulullah saw mula mengirimkan risalah dakwah kepada beberapa Raja di
negara jiran baginda. Antara yang mendapat risalah tersebut adalah Hercules
daripada Byzantine dan Kisra Khusraw daripada Parsi Sasanid. Hercules miskipun
diriwayatkan tidak menerima Islam tetapi melayan duta Rasulullah saw dengan
baik. Namun, berlainan dengan reaksi Kisra apabila mengoyak risalah Rasulullah
saw sehingga menguris hati baginda Nabi saw.
Apabila
Rasulullaw saw wafat dan diganti dengan sistem khalifah, ekspedisi dakwah
rancak berjalan. Beberapa wilayah dan tamadun besar berjaya ditawan. Antaranya
adalah Mesir oleh Amr bin As. Syria dan Parsi pula oleh Saad bin Abi Waqqas,
Khalid al-Walid dan Ubaidah ibn Jarrah.
Namun,
bangsa Turki tetap diberi kelonggaran dan antara yang pertama menjalinkan
hubungan dengan Turki adalah Saidina Uthman bin Affan. Saidina Uthman menyeru
mereka kepada Islam dan berpusu-pusu mereka memeluk Islam. Berkat keislaman
mereka di zaman khulafa ar-Rashidin dan para tabiin, mereka menjadi muslim yang
berpegang kuat kepada ajaran Islam.
Bangsa
Turki pada masa itu kebanyakannya berasal daripada kawasan pergunungan
Turkistan dan dataran Steppe. Menjelang abad ke-8 Masihi, mereka berhijrah ke
arah Barat melalui dataran tinggi Serbia menuju ke laut Arab dan sebahagian
pula ke wilayah Russia.
Ketika
Mongol berkuasa dan menjarah banyak tempat di Asia Tengah, beribu-ribu bangsa
Turki sekali lagi mengalami pengasingan apabila mereka terpaksa berhijrah
ke negeri-negeri jiran mereka. Semasa pemerintahan Dinasti Abbasiyyah, bangsa
Turki sangat taat kepada penguasa di Turkistan. Mereka mendapat layanan yang
baik daripada pemerintah Dinasti Abbasiyyah terutama semasa pemerintahan
Al-Mustashim.
Dek kerana
Al-Mustashim berfahaman Muktazillah dan banyak menzalimi ulama ahli Sunnah,
maka pemerintahan Al-Mustashim banyak berlaku pemberontakan. Oleh itu,
Al-Mustashim mengalihkan pusat pemerintahan ke Samarra.Di sana,
Al-Mustashim lebih menggemari pegawai berbangsa Turki berbanding Arab kerana
curiga dengan kesetiaan bangsa Arab iaitu bangsanya sendiri kepadanya. Bermula
daripada detik itu, bangsa Turki mula mendapat kekuatan terutama daripada segi
politik.
Banyak
pegawai dan panglima Turki berperang di sempadan Byzantine bagi menjaga wilayah
Abbasiyyah. Lama-kelamaan, bangsa Turki membentuk kekuasaan di sempadan yang
pada mulanya taat setia kepada Dinasti Abbasiyyah. Apabila Dinasti Abbasiyyah
runtuh, mereka muncul membentuk komuniti yang berpaksikan militari di sempadan.
Maka
disitu bermulalah era Bani Saljuk yang mana pemerintah pertamanya adalah Sultan
Arp Arslan. Mereka memiliki semangat jihad yang tinggi, bervisi jauh dan ingin
melihat Islam tertegak di merata ceruk.
Mereka
bangga menggelar mereka ‘Ghazi’ yang membawa maksud ‘orang yang suka
berperang’. Sememangnya mereka gemar berperang atas dasar jihad dan tidak
sesekali goyang berhadapan musuh.
Di
satu sisi yang lain pula, lahir pula sebuah Dinasti yang lebih agung yang
berbangsa Turki. Ia adalah dinasti Othmaniyyah yang diasaskan sekitar abad
ke-13. Dinasti ini bermula daripada seorang lelaki yang bernama Ertugrul.
Ertugrul dikatakan berhijrah daripada tanah airnya ke Asia Minor bersama-sama
400 tentera berkudanya. Di sana, beliau bergabung dengan Kesultanan Saljuk
untuk memerangi empayar Rom Byzantine.
Gabungan
kedua-dua tentera Islam tersebut membuahkan hasil dan mencapai kemenangan. Atas
jasa Ertugrul, sebuah wilayah di Eskisehir dihadiahkan kepada beliau. Kemudian,
anak kepada Ertugrul iaitu Osman I yang bercita-cita tinggi mendirikan sebuah
empayar yang dikenali sebagai Dinasti Othmaniyyah. Empayar Othmaniyyah
menenggelamkan beberapa empayar Islam yang lain sehingga pada satu peringkat
empayar ini mencapai keluasan yang mencecah ke sempadan Eropah. Beberapa sultan
dan panglima agung bangkit daripada empayar bangsa Turki ini.
Sultan Muhammad al-Fatih yang mendapat sanjungan Rasulullah
saw kerana berjaya membuka kota Konstatinopel lahir di dalam kelompak Bani
Othmaniyyah. Ironinya, inilah bangsa yang dikatakan serpihan Ya’juk dan Ma’juk
daripada sulur galur Yafit. Inilah hikmah yang mana Allah swt adalah
juru-aturnya. Lihat bagaimana Allah swt memberi kekuasaan kepada siapa yang Dia
suka. Islam bukan terletak di tangan bangsa Arab bahkan kepada sesiapa sahaja.
Bangsa Turki menunjukkan kepada kita bahawa mereka boleh dijadikan satu tanda
aras kepada kekuatan kesultanan Islam.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.