Misteri Imej Pudar Di
Menara Memorial Birch
Ipoh terkenal dengan banyak bangunan-bangunan klasik era
kolonial yang dibina oleh British sesuai dengan kedudukan bandar ini sebagai
pusat pentadbiran British untuk negeri Perak.
Ini menunjukkan betapa pihak British merasakan bandar ini strategik untuk kepentingan mereka disamping hasil bijih timah yang banyak disekitar Lembah Kinta.
Menara
Jam Memorial Birch yang terletak di sebelah Masjid Negeri Perak dibina pada
tahun 1909 sempena memperingati ulang tahun kematian ke 34 Residen British
Perak yang pertama iaitu J.W.W Birch.
Birch maut ditangan pembesar pembesar Melayu dalam kisah kebangkitan Melayu Perak
yang terkenal di Pasir Salak.
Menariknya
mengenai menara jam yang dibina dengan kos 25,000 pound sterling ini ialah
ianya dirasmikan oleh Residen British Perak ke-8 diketika itu iaitu Ernest
Woodford Birch.
Beliau
juga merupakan anak sulung kepada J.W.W Birch dan menjadi Residen Perak dari
tahun 1904 hingga 1910. Ernest Woodford Birch juga mengingatkan Sultan dan
pembesar-pembesar Melayu diketika itu agar tidak melupakan kisah pembunuhan
bapanya itu dan berharap agar hubungan baik diantara pihak British dengan Perak
selepas peristiwa tersebut dapat diteruskan demi pembangunan pesat negeri
Perak.
Menara
ini mempunyai 1 jam besar berukuran 6 kaki x 6 inci serta 4 jam kecil dan
disertakan sistem untuk dibunyikan sama seperti Menara Jam Big Ben di bangunan
Parlimen di London.
Ketika
awal-awal menara ini berfungsi diceritakan masyarakat yang tinggal berhampiran
dengan menara jam tersebut kagum dan hairan bagaimana jam di menara tersebut
boleh berbunyi dengan sendiri dan bunyinya dikatakan agak menakutkan diwaktu
malam.
Disekeliling
menara jam tersebut diletakkan 4 patung terakota yang mengambarkan 4 prinsip
pentadbiran British iaitu Kesetiaan (digambarkan dengan patung yang memegang
pedang dan perisai), Keadilan (digambarkan dengan patung buta yang memegang
neraca), Kesabaran (digambarkan dengan patung yang tiada senjata) dan Ketabahan
(digambarkan dengan patung dengan riak muka tenang dan memegang tombak).
Terdapat
juga panel yang mengambarkan figura pembangunan tamadun-tamadun dunia di keempat-empat
sisi menara jam tersebut. Salah satu daripada 44 figura tersebut ialah imej
Nabi Muhammad.
Namun
imej Nabi Muhammad itu telah dipudarkan dengan cat putih pada 1990-an setelah
sekian lama mendapat bantahan bukan sahaja oleh penduduk beragama Islam di
sekitar Ipoh, malah seluruh dunia yang marah dengan isu ini pada waktu itu.
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.