Total Pageviews

Saturday 16 November 2019

Adenan tolak Pindaan RUU Mahkamah Syariah



Ahli Parlimen Sarawak perlu tolak Pindaan RUU Mahkamah Syariah — Adenan





https://sarawakvoice.com/2016/06/05/ahli-parlimen-sarawak-perlu-tolak-pindaan-ruu-mahkamah-syariah-adenan/


KUCHING: Ahli-ahli Parlimen Sarawak diarahkan menolak usul Rang Undang-Undang Persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Oktober depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, arahan telah dikeluarkan dan Kerajaan BN Negeri bersepakat untuk tidak menerima undang-undang tersebut.
“Pendirian ini dijelaskan kerana ia tidak mencerminkan keharmonian dan kepelbagaian kaum di negeri ini.
“Masyarakat Islam hanya membentuk 25 peratus daripada rakyat negeri ini dan kita perlu menghormati konsensus yang dicapai,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di ibu pejabat parti itu di sini sebentar tadi. ( Memang betul, tetapi rakyat beragama lain tidak tertakluk dan tidak dibicarakan bawah undang undang Mahkamah Shariah. Tambahan agama Rasmi Negara adalah agama yang dipertuan Agung iaitu Islam. Mengapa kamu batalkan undang undang Islam walhal kamu sendiri seorang Muslim? )
Sebelum ini, Adenan turut berulang kali menegaskan keputusan Kerajaan Negeri untuk menolak hukum hudud dan ia turut dinyatakan dalam 53 inisiatif pemerintahannya.
Sarawak, negeri yang terbesar di Malaysia, memegang 31 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen. Daripada 31, BN memegang 25 manakala pembangkang mempunyai enam.
Pindaan Rang Undang-undang ini adalah agenda terakhir pada Senarai Perintah Parlimen Khamis lalu, tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman mengemukakan agar usul perbahasan ini dibawa ke hadapan, yang telah diluluskan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Akan tetapi, Hadi Awang meminta agar perbahasan tersebut ditangguhkan hingga ke mesyuarat Parlimen yang akan datang, yanh dijadualkan pada bulan Oktober. – Sarawakvoice.com





Adenan Satem meninggal dunia




KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan, jam 1.30 tengah hari tadi.
Ini disahkan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, yang juga pakar kardiologi dan berpengalaman merawat pemimpin veteran itu.
Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, dimasukkan ke Pusat Jantung HUS kelmarin selepas mengadu mengalami keletihan melampau dan kesukaran bernafas.

Antara yang terawal menziarahi jenazah Adenan ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud yang bergegas ke Pusat Jantung HUS sejurus dimaklumkan berita berkenaan.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Abang Openg, dijadualkan mengadakan sidang media berhubung kematian Adenan di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya jam 3.30 petang ini.
Ia dijadual dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, adalah antara yang pertama mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri Adenan Satem sejurus berita kematian Ketua Menteri Sarawak itu disahkan.
"Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga & rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem."
  







.




.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.