3 Mac 1946
Tragedi runtuhnya Kesultanan
Melayu di Indonesia
SAYA pasti
anda semua sudah maklum akan pembantaian terhadap raja-raja Melayu dan golongan
bangsawan Melayu terpelajar di Sumatera dan Kalimantan oleh pihak yang mendakwa
kononnya sebagai golongan Nasionalis Indonesia sekitar 1946 dan 1960-an.
Di
bawah adalah ringkasan kepada peristiwa-peristiwa sadis yang berlaku di
kerajaan-kerajaan Melayu
Islam yang telah diserang oleh manusia-manusia kejam ini. Peristiwa ini berlaku
hampir serentak di Sumatera iaitu pada 3 Mac 1946 dan kemudiannya pada 1960-an
di sebuah kerajaan Melayu di Kalimantan.
•Kerajaan Tanah Karo
Di
Kota Berastagi, para pemuda nasionalis menangkap dan mengasingkan para raja
Urung dan Sibayak yang diundang ke sebuah majlis. Sebanyak tujuh belas orang
Raja ditangkap dan diasingkan ke Aceh, nasib mereka tidak diketahui. Bangsawan
serta Datok Tumenggung di PENGGAL KEPALANYA. Raja Raya DISEMBELIH di jambatan
besar, Raja Silimakuta dilindungi TKR, tapi ahli keluarganya semua di bunuh,
ada yang di BAKAR HIDUP HIDUP dan ada yang di Penggal kepalanya.
•Kerajaan Simalungun
Barisan
Harimau Liar pada malam 3 Mac menangkap raja Kerajaan Pane beserta keluarganya,
lalu merampas harta benda mereka. Raja dan keluarganya dibawa ke suatu tempat
pesta, kemudian mereka DIBUNUH dengan kejam.
•Kesultanan Asahan, Tanjung Balai
Pukul
enam pagi, istana diserang sekelompok orang dari Nasional Pelopor Indonesia
(Napindo), Pemuda Sosialis Indonesia (Pesindo), Ku Tui Sin Tai (Barisan Harimau
Liar), Barisan Merah/Partai Komunis Indonesia, Hizbullah, dan buruh-buruh Jawa.
Seluruh keluarga dan kerabat kesultanan Melayu Islam serta orang-orang yang
bekerja untuk istana ditangkap. Harta benda mereka dirampas. Sultan Sjaiboen
Abdoel Djalil Rachmatsjah, Sultan Asahan sempat melarikan diri dari belakang
istana.
• Kesultanan Kualuh
Ketika
penghuni Istana sedang tidur, istana diserbu segerombolan orang bersenjata
tajam. Malam itu, istana diselongkar habis. Tengku Al Hadji Moehammad Sjah,
Sultan Kualuh dibawa ke kuburan Cina, tak jauh dari istana. Tengku Besar juga
dijemput dari rumah istrinya dan dibawa ke tempat yang sama. Mereka DISEKSA
DENGAN KEJAM, lalu ditinggalkan. Tengku Hasnan, Tengku Long, serta seluruh
keluarganyaDIPENGGAL KEPALAnya. Seramai 73 ORANG bangsawan dan kerabat diraja
Melayu yang terkorban pada malam itu.
• Kesultanan Melayu Deli
Ahli
Persatoean Perdjoeangan (PP), yang ditubuhkan oleh Tan Malaka, dan Persatuan
Ulama Seluruh Aceh (PUSA??) menyerang istana Deli, Istana di tembak tetapi
Sultan selamat dengan bantuan askar Inggeris dan tentera kerajaan. Namun
Bangsawan, datuk, orang yang berpangkal nama wan dan warga Melayu Deli di luar
istana BANYAK DIBUNUH.
• Kesultanan Melayu
Serdang
Sultan
dan keluarganya hanya ditahan di istananya di Perbaungan. Sultan Serdang
dipandang lebih berpihak pada Republik, banyak orang yang melindungi dan
menjaga Istananya.
• Kesultanan Melayu Langkat
Pesindo
menangkap 21 orang kerabat istana. Istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di
Kota Binjai DIROMPAK, Bangsawan-bangsawan Langkat ditangkap dan sebagian besar
DIBUNUH DENGAN KEJAM termasuk pujangga besar Tengku Amir Hamzah, puteri-puteri
Sultan Langkat DIPERKOSA DI HADAPAN MATA AYAHANDA MEREKA , Sultan Langkat, dan
putra mahkota yang masih belia hilang hingga kini. Tengku Kamil, Ahli Keluarga
Kesultanan Langkat wafat setelah di tebas dengan parang. Semua Tengku, Datuk,Wan
dan ahli Istana mati di bunuh.. Kesultanan Melayu Langkat PALING BANYAK DIBUNUH
PKI dan Pesindo.
• Kesultanan Melayu Bulungan
Sepasukan
tentera dari satuan tempur Brawijaya 517 mengepung istana Kesultanan Bulungan.
Masyarakat yang sedang mengambil wudhu di Sungai Kayan untuk solat subuh
terkejut melihat banyaknya tentera. Dan sekitar pukul enam pagi, seluruh
masyarakat di Tanjung Palas dikumpulkan di depan istana. Mayor Sumina Husain,
Komandan Kodim 0903 Bulungan di Tanjung Selor, berkata”Para bangsawan Bulungan
ingin memberontak terhadap pemerintah Republik Indonesia.”
Namun,
Datuk Taruna, bangsawan Bulungan, menyanggahnya. Letnan B. Simatupang marah,
lalu memerintahkan seorang polis M. Ramli untuk MENEMBAK Datuk Taruna yang
akhirnya rebah bersimbah darah. Istana dan harta benda dijarah. Satu per satu
bangsawan Bulungan hilang. Sisanya ditangkap dan DIBUNUH. Kemudian pada malam Sabtu,
18 Julai 1964, istana Raja Muda pun dibakar. Istana Bulungan bertingkat dua itu
dibakar selama dua hari dua malam hingga rata.
——-
Revolusi
Sosial di Indonesia ini menghasilkan begitu banyak pembunuhan, dan kekacauan.
Dokumen Belanda menyatakan bahawa revolusi ini menelan korban sebanyak 1200
orang di Asahan sahaja.,belum lagi di daerah lain. Kaum bangsawan Melayu di
beberapa daerah termasuk perempuan dan kanak-kanak ditangkap dan dibawa ke
Concentration Camp di Simalungun dan Tanah Karo. Kaum non-pribumi pun tidak
terkecuali, Cina dan India banyak menjadi korban. Kaum bangsawan dinista dan
dicacimaki sebagai orang bodoh dan pemalas serta berada dalam kemiskinan dan
tidak mendapat bantuan Negara dan di negerinya sendiri.
Dua
generasi orang Melayu hampir KEHILANGAN IDENTITI mereka. Mereka TAKUT MENGAKU
MELAYU, takut memakai baju teluk belanga dan sengaja menambah gelar keturunan
Batak di depan namanya supaya boleh masuk sekolah atau diterima di pejabat
kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku, Wan dan Datuk kerana takut
dicaci sebagai feudal, bahkan kaum Melayu yang bukan bangsawan tetapi bekerja
dengan para Sultan dan Tengku pun turut ditindas. Banyak dari mereka berhijrah
ke Semenanjung, terutama di Kedah dan Perak kerana masih erat hubungan kekerabatan.
Sebahagian
lagi pergi ke Belanda. Kalau kita baca di Wikipedia atau buku-buku sejarah
sekolah Indonesia, pasti akan tertulis yang revolusi ini terjadi kerana para
sultan Melayu serta raja-raja Simalugun dan Karo banyak menindas rakyat miskin
dan tidak mempedulikan rakyat mereka yang dalam kesusahan atau mereka
bersubahat dengan penjajah. Ternyata hal ini adalah propaganda dari pihak
pemerintah yang pada masa itu agak Pro-komunis. Dalam penulisannya berjudul
“Revolusi Sosial Berdarah di Simalungun Tahun 1946”, Paderi Juandaha Raya Purba
Dasuha menuliskan kisah sebenar yang berlaku. Dia membantah sebutan ‘Raja-raja
menindas rakyat’ yang selama ini disebut-sebut sebagai pembenar pembantaian
kejam tersebut. Hal ini kerana yang bangkit menyerang raja-raja Simalugun,
Melayu dan Pane misalnya adalah para pedatang yang telah diberikan tanah dan
sawah oleh pemerintah melayu dan raja-raja Panei.
Menurut
Tengku Haniah salah seorang kerabat Kesultanan Asahan yang sudah berumur lebih
85 tahun, jika benar mereka mahu menghapuskan kerajaan monarki atau Kesultanan,
mengapa Kesultanan Jogjakarta dibiarkan!
“Apapunlah
alasan mereka, pembunuhan dan perompakan itu tetap satu kejahatan” ujar Haniah.
Seorang puteri bangsawan yang pada usia mudanya hidup senang, demi bertahan hidup,
setelah kehilangan seluruh harta bendanya, Haniah bekerja menggulung rokok
malah membuat bunga dari plastik untuk mencari sesuap nasi.
Walaupun
revolusi yang hampir sama berlaku di Kesunanan Surakarta, namun yang menjadi
mangsa hanyalah beberapa penasihat sultan dan pekerja-pekerja istana. Keluarga
sultan serta para bangsawan tertinggi tetap dilindungi tentera kerajaan
Indonesia. Namun raja-raja Melayu dibiarkan untuk mempertahankan diri mereka
dan keluarga mereka sendiri. Sebenarnya para pembaca sekalian, satu perkara
yang saya mahu tekankan tentang peristiwa ini adalah hakikat bahawa
negeri-negeri Melayu yang terlibat ini semuanya adalah negeri yang
tersangat-sangat kaya dengan hasil perlombongan, getah, sawit, tanaman-tanaman
komersil seperti kopi, koko dan lada malah telaga minyak!
Di
negeri-negeri ini wujud pekan-pekan, pelabuhan serta bandar yang makmur dan
indah, malah para sultan mempunyai kapal dagang dan kapal wap masing-masing
seperti Sultan Langkat dan Sultan Bulungan. Kekayaan negeri-negeri Melayu ini
sentiasa di cemburui oleh pihak-pihak tertentu.
Betul
lah kata seorang pengkaji sejarah bahawa orang Melayu ini walau dimanapun dia
tercampak dan membuka kerajaan, pasti kerajaan itu akan jadi, terkenal, kaya
dan menjadi pusat perdagangan yang masyhur. Contohnya lihat sahaja Parameswara
yang membuka Melaka, kemudian keturunannya Sultan Alauddin yang membuka Johor,
kerabat-kerabat Melayu dari Semenanjung dan Sumatera yang berhijrah ke
kepulauan Filipina dan Kalimantan Selatan dan membuka kerajaan-kerajaan baru.
Kebanyakannya menjadi pusat persinggaan dan perdagangan yang maju.
Oleh
sebab itu pada pendapat penulis, peristiwa, pembunuhan hampir seluruh
sultan-sultan Melayu dan kaum bangsawan serta kerabat, bukan hanya satu
revolusi sosial, sebaliknya sebagai satu cover up oleh pihak tertentu dari yang
menggunakan nama pejuang nasionalis kemerdekaan Indonesia untuk mendapatkan
kekayaan raja-raja Melayu dan hasil mahsul negeri mereka serta menghapuskan
kedaulatan dan keturunan raja-raja Melayu.
Begitulah
sedikit sebanyak peristiwa operasi terancang untuk menghapuskan
kerajaan-kerajaan etnik Melayu dan yang dekat dengannya atas sebab-sebab yang
masih kurang jelas sehingga sekarang. Sebenarnya tidak ada sebarang justifikasi
yang boleh diberikan terhadap peristiwa ini kerana ia terang-terangan adalah
serupa dengan penghapusan etnik.
Sumber: The Patriots
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.