Kapal Melayu lebih hebat dari Kapal Portugis
ORANG Melayu
bukan sahaja menguasai kemahiran berkaitan ilmu pelayaran, malah turut memiliki
kepakaran dalam pembuatan jong atau perahu.
Menurut Timbalan Pengarah, Felo
Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Taman Melayu, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli, kehebatan orang Melayu terserlah
apabila jong atau perahu yang dihasilkan lebih besar, melebihi saiz kapal yang
dimiliki di barat. Malah, orang Melayu juga mempunyai teknologi pembuatan dan
ciri-ciri yang tersendiri.
“Banyak catatan sejarah yang
memberi gambaran bahawa teknologi pembuatan perahu oleh orang Melayu telah
mencapai tahap yang tinggi sehingga dikagumi masyarakat luar. Perahu yang
dibina orang Melayu dikatakan lebih besar daripada kapal lain dari barat
mahupun China.
“Dalam teks klasik China pada
abad ketiga dan kelapan, ada menyebut tentang teknologi dan kehebatan perahu
Melayu. Catatan pertama menyatakan orang dari alam Melayu mempunyai perahu
besar sehingga boleh memuatkan 6,000
hingga
7,000 orang
dan membawa muatan 250
hingga 1,000 tan.
“Malah perahu berkenaan
dilengkapi empat buah layar, membolehkannya
belayar
dengan laju.
“Selain itu, catatan Portugis
juga menunjukkan mereka turut terpegun melihat perahu di alam Melayu yang
sangat besar melebihi perahu
mereka.
“Bukan itu sahaja, orang Melayu
juga menguasai teknik pelayaran dengan belayar ke sesuatu tempat tanpa
menggunakan kompas dan peta tetapi berpandukan warna air laut, hidupan dalam
laut serta bentuk dan corak ombak di permukaan laut, di samping belayar
mengikut angin dan bintang pada waktu malam. Penggunaan layar juga merupakan
salah satu teknologi yang dihasilkan Melayu,” katanya.
Sementara itu, menurut
penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia, Zaharah Sulaiman,
berdasarkan catatan
teks Ensiklopedia Cina
antara abad ke-10 hingga ke-13, terdapat sebuah keluarga Melayu Cham beragama
Islam yang pakar dalam ilmu maritim.
“Dikatakan keluarga Pu adalah
pembuat kapal terbesar pada abad tersebut. Ketika pencerobohan Dai Vet di
Kemboja, keluarga Pu membawa diri dan berpindah di Sanyan di selatan Hainan,
Fujian dan Guangdong di China, seterusnya ke Terengganu, Kelantan, Brunei dan
kepulauan Melayu menggunakan kapal mereka.
“Kemampuan dan prestasi
keluarga Pu membuat kapal besar dibuktikan pada 1281 apabila Raja Mongol
menempah sebanyak
200 buah kapal bersaiz
besar,” katanya.
Sumber : http://www.utusan.com.my/
Keunggulan dan kehebatan bangsa
Melayu dalam pelayaran ada diceritakan di dalam novel FANA di mana bangsa
barat terkejut bila melihat Mendam Berahi, Lancang Kuning, geliung Acheh dan
jong Jawa yang berkali ganda besar daripada Flor de la Mar dan Anunciada.
Bangsa Melayu adalah bangsa yang jauh lebih hebat sebelum tertegaknya Kesultanan
Melayu Melaka. Dengan fakta itulah novel FANA dihasilkan untuk menerangkan
secara ringkas siapa itu bangsa Melayu yang sebenarnya.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.