Bagaimana British Mula
Menjajah Perak
Perjanjian Low, Cetus
Permulaan Penjajahan Inggeris Di Perak
Dalam tahun 1826, Kapten James Low yang
merupakan Gabenor Pulau Pinang, Melaka dan Singapura bagi pihak Gabenor dan
Syarikat Hindia Timur serta Paduka Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Abdullah
Mu’azzam Shah telah menandatangani suatu perjanjian yang dikenali sebagai
Perjanjian Low.
Perjanjian ini adalah akibat dari sikap Raja Ligor yang tidak menghormati Perjanjian Burney yang ditandatangani oleh pihak Inggeris dengan Raja Siam pada tahun 1825. Setelah Kapten Burney kembali ke India, Raja Ligor tidak lagi menghormati janjinya terhadap negeri Perak iaitu. Ianya adalah dengan mengakui hak Sultan Perak untuk memerintah negeri baginda sendiri.
Oleh kerana bimbang dengan amaran dari Siam itu
dan mengingatkan betapa Inggeris telah mengecewakan harapan Sultan Kedah dengan
tidak membantu baginda dari serangan Siam dalam tahun 1821, baginda Sultan
Perak mahukan satu perjanjian persahabatan yang dapat menjamin keselamatan
negeri baginda dari serangan Siam.
Permintaan baginda Sultan Perak dipersetujui
lalu pada 18 Oktober 1826, Perjanjian Low pun dimanterai dan ditandatangani.
Hasil dalam perjanjian ini, Sultan Perak dibolehkan untuk berhenti menghantar
ufti yang mana tidak perlu lagi menghantar ufti Bunga Emas kepada Raja Siam,
tetapi perlu mematuhi segala syarat dan arahan yang dibuat oleh pihak Inggeris
dan secara tidak lasung, Perak akan mendapat perlindungan dari Syarikat Hindia
Timur.
Perjanjian pada 18 Oktober 1826 telah banyak
mengubah dasar Inggeris yang mana pada mulanya mengamalkan dasar tidak campur
tangan dalam hal pemerintahan negeri Perak oleh Sultan Perak. Oleh itu,
bermulalah dari tarikh itulah sejarah penjajahan Inggeris boleh dikatakan
bermula di Perak. Perjanjian Low ini telah memeranjatkan pihak atasan di India
kerana apa yang dimanterai dalam menjanjikan perlindungan Inggeris ke atas
negeri Perak itu, Kapten James Low telah melampaui batas kuasa dan arahan yang
diberikan kepadanya.
Kapten James Low dikatakan telah melanggarkan
dasar tidak campur tangan Syarikat Hindia Timur. Bagaimanapun, perjanjian itu
mendapat restu dan kelulusan Gabenor Fullerton kerana mungkin ada sudut positif
yang diambil kira dan boleh mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda untuk
jangka masa panjang dalam sektor ekonomi yang mana semua orang tahu akan hal
bijih timah yang banyak dilombong di sekitar kawasan Perak.
Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.