Total Pageviews

Saturday 16 November 2019

Khir Johari Hapus Tulisan Jawi



Khir Johari Hapus Tulisan Jawi



Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada bahasa Melayu pada 1966.

Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi. Generasi yang mendapat didikan selepas beliau menjadi menteri di Kementerian Pelajaran telah menjadi generasi yang kurang mahir dalam tulisan jawi.

Serentak dengan itu juga akhbar utama orang Melayu ketika itu, Utusan Melayu menjadi semakin malap dan tidak popular. Pada tahun 2005, Utusan Melayu telah terkubur dan pihak kerajaan terpaksa menghidupkannya kembali dengan tajaan daripada pihak-pihak tertentu.

Allahyarham menjadi Menteri Muda di Kementerian Pertanian dan Perikanan pada 1955 sebelum memegang jawatan menteri di beberapa kementerian termasuk Menteri Pelajaran (1957-1959/1965-1968).

Dalam banyak-banyak kementerian yang diterajui oleh beliau, Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada Bahasa Melayu. Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi.

Tidak adakah rakyat dan pemimpin-pemimpin Melayu yang menentang pada masa itu? Tidak adakah pemimpin-pemimpin Melayu yang mencadangkan agar ada subjek-subjek yang patut mengekalkan tulisan Jawi supaya Jawi tidak berkubur pada masa akan datang?

Kemungkinan juga pemimpin-pemimpin Melayu pada masa itu buat ‘pekak badak’ sahaja kerana latarbelakang pendidikan kebanyakan pemimpin-pemimpin Melayu pada masa itu adalah pendidikan Inggeris. Disebabkan itu, mereka memandang Tulisan Jawi tidak ada nilai ekonomi yang tinggi sehingga diganti semuanya dengan tulisan rumi.

Generasi yang mendapat didikan selepas beliau menjadi menteri di Kementerian Pelajaran telah menjadi generasi yang kurang mahir dalam tulisan jawi. Serentak dengan itu juga akhbar utama orang Melayu ketika itu, Utusan Melayu menjadi semakin malap dan tidak popular.

Pada tahun 2005, Utusan Melayu telah terkubur dan pihak kerajaan terpaksa menghidupkannya kembali. Hari ini Utusan Melayu hanya menjadi akhbar sisipan dalam Utusan Malaysia setiap hari Isnin ~ Media RF8

Presiden PAS TG Haji Hadi pun pernah menyalahkan pihak UMNO dalam isu tulisan Jawi ni.. bacalah..

KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersalahkan Umno sebagai bertanggungjawab merosakkan tulisan jawi yang sinonim dengan masyarakat Melayu di negara ini suatu ketika dahulu.  

Beliau yang turut kesal dengan sikap Umno seolah-olah juara rakyat kononnya dalam isu kalimah ALLAH berkata, kesalahan Umno itu menyebabkan masyarakat masa kini semakin jauh dengan Islam sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial.  

Jelasnya, dengan tulisan yang jawi yang diubah kepada sistem rumi telah menyebabkan beberapa perkataan berubah maksud sebenar dan boleh dipersoalkan seperti ‘nikmat’ dalam tulisan rumi yang difahami sebagai perkara  yang baik dan menyeronokkan membawa maksud celaka.  

“Ketika baru-baru lepas merdeka, tulisan jawi ada lagi. Surat Perjanjian Pangkor digunakan tulisan jawi, orang putih buat perjanjian Singapura guna tulisan jawi, tiba-tiba Umno hapus tulisan jawi, masa Umno (memerintah). Kita orang Melayu kena sedar kesilapan Umno ini.  

“Siapa yang memudahkan agama kefahaman orang Islam. Kita tengoklah akibatnya di tiap-tiap kampung ada kes dadah dan tiap-tiap keluarga ada kes dadah macam banjir yang tidak boleh disekat,” katanya ketika mengadakan ceramah di Pulau Bahagia. 


Turut hadir Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Khairudin Aman Razali dan Adun Sura, Wan Hasan Mohd Ramli.      

Tulisan jawi dimansuhkan penggunaannya oleh mantan Menteri Pelajaran, Allahyarham Tan Sri Khir Johari sekitar tahun 1960an.  

Abdul Hadi berkata, keadaan itu juga menyebabkan orang Melayu semakin menjauhkan diri daripada syariat Islam lapor SInar di SINI





KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersalahkan Umno sebagai bertanggungjawab merosakkan tulisan jawi yang sinonim dengan masyarakat Melayu di negara ini suatu ketika dahulu.

Beliau yang turut kesal dengan sikap Umno seolah-olah juara rakyat kononnya dalam isu kalimah ALLAH berkata, kesalahan Umno itu menyebabkan masyarakat masa kini semakin jauh dengan Islam sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial.

Jelasnya, dengan tulisan yang jawi yang diubah kepada sistem rumi telah menyebabkan beberapa perkataan berubah maksud sebenar dan boleh dipersoalkan seperti ‘nikmat’ dalam tulisan rumi yang difahami sebagai perkara  yang baik dan menyeronokkan membawa maksud celaka. “Ketika baru-baru lepas merdeka, tulisan jawi ada lagi.

Surat Perjanjian Pangkor digunakan tulisan jawi, orang putih buat perjanjian Singapura guna tulisan jawi, tiba-tiba Umno hapus tulisan jawi, masa Umno (memerintah).

Kita orang Melayu kena sedar kesilapan Umno ini.

“Siapa yang memudahkan agama kefahaman orang Islam. Kita tengoklah akibatnya di tiap-tiap kampung ada kes dadah dan tiap-tiap keluarga ada kes dadah macam banjir yang tidak boleh disekat,” katanya ketika mengadakan ceramah di Pulau Bahagia, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Khairudin Aman Razali dan Adun Sura, Wan Hasan Mohd Ramli.    

Tulisan jawi dimansuhkan penggunaannya oleh mantan Menteri Pelajaran, Allahyarham Tan Sri Khir Johari sekitar tahun 1960an.

Abdul Hadi berkata, keadaan itu juga menyebabkan orang Melayu semakin menjauhkan diri daripada syariat Islam.

Berhubung isu kalimah ALLAH, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan beliau tiada khilaf dengan Majlis Syura Ulama Pas dan Dewan Ulama Pas, sebaliknya Umno dikatakan sengaja mengheret isu tersebut untuk memancing undi pilihan raya.


Jelasnya, penggunaan kalimah ALLAH sebagaimana yang dicadangkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk dibenarkan dalam Kitab Injil berbahasa Melayu itu perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan bukannya Pas.

Abdul Hadi menjelaskan, isu kalimah ALLAH telah selesai pada 2010 apabila beliau diajak oleh Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan perbincangan dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), mufti dan menteri berkaitan.

“Itu adalah bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukan kita (Pas). KDN bawah dia  (Kerajaan Barisan Nasional), Jakim pun bawah dia dan dia (Kerajaan BN) perlu ambil tanggungjawab ini tahun 2010 lagi,” katanya.

.


.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.