Kegigihan
Sultan Sulawesi Menentang Belanda.
PERANG
GOWA
Sultan Hasanuddin
Tumenanga Ri Balla Pangkana adalah seorang pemerintah yang disegani yang pernah
bertakhta di Gowa, kesultanan yang kini menjadi sebahagian dari sejarah
terpenting rakyat Sulawesi.
Baginda
memerintah dari tahun 1653 sehingga 1669, sewaktu Belanda mencuba keras untuk
menguasai wilayah ini dengan Gowa merupakan satu-satunya kesultanan di
Indonesia Timur yang masih lagi merdeka.
Pada
tahun 1666, Syarikat Hindia Timur Belanda yang dipelopori Kapten Cornelis
Spellman bertindak untuk menguasai kesemua kerajaan di Indonesia Timur untuk
memonopoli perdagangan rempah. Walaubagaimanapun, Belanda gagal untuk menjajah
Gowa.
Untuk
menangkis pencerobohan Belanda, Sultan Hasanuddin memperkuatkan kekuatan
tentera kerajaannya untuk menghadapi Belanda. Pihak Belanda juga telah
mendapatkan bantuan tentera dari ibu kotanya di Batavia.
Sebanyak
250 buah kapal Gowa belayar dari Pelabuhan Galesong ke laut Banda dan armada
Belanda pula diketuai oleh Laksamana Monte Maranno. Peperangan berterusan
selama 3 tahun mengakibatkan kerugian yang besar pada kedua-dua pihak.
Akhirnya, serangan terakhir Belanda pada 12 Jun 1669 telah melumpuhkan kota
Sombaupu dan Gowa akhirnya terjajah.
Sultan
Hasanuddin kemudiannya diturunkan takhta dan mangkat setahun kemudian pada 12
Jun 1670.
Keberanian
Sultan Hasanuddin menentang penjajahan disanjung tinggi bukan sahaja oleh
rakyat Makassar tetapi juga oleh Belanda yang memberikan jolokan De Hanntjes van Het Oosten ( Ayam Jantan dari Benua Timur ) kepada
Baginda.
Gowa
kekal sebagai tanah jajahan Belanda sehingga merdeka di dalam Indonesia pada
tahun 1950.
KESIMPULAN
Bermula dari kurun ke-16
Masihi, kerajaan-kerajaan Melayu telah secara sedikit demi sedikit dijajah oleh
kuasa-kuasa luar seperti Belanda, Sepanyol, British dan juga kuasa serantau,
Siam.
Biarpun dijajah dan tanahair
mereka dijarah, sejarah telah mencatatkan bahawa bangsa rumpun Melayu ini tidak
dengan mudah menyerah tanpa sebarang penentangan. Kisah 'empat perang' yang
dibincangkan ini iaitu, Perang Kedah-Siam, Perang Menteng, Perang Kastilla dan
Perang Gowa telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah memberikan
penentangan yang kuat dengan semangat juang dan jati diri yang tinggi dalam
mempertahankan tanahair mereka daripada penjajahan.
Kesultanan Brunei yang masih
wujud sehingga kini adalah peninggalan warisan Melayu yang boleh dibanggakan di
Nusantara - walaupun telah secara sementara dijajah Sepanyol, kerajaan ini
terus kekal sehingga kini sebagai sebuah negara Melayu Islam berdaulat yang
merdeka.
Maka, orang-orang Melayu
harus melihat sejarah episod penjajahan ini bukan sebagai suatu alasan untuk
menjadi layu, tetapi sebagai suatu semangat bagi membina jati diri untuk
berusaha maju ke hadapan dalam membina negara-negara rumpun Melayu yang telah
merdeka, tidak kira di Malaysia, Brunei ataupun Indonesia.
Mohd Hazmi Mohd Rusli (Ph.D)
ialah seorang pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti
Sains Islam Malaysia dan seorang felo bersekutu di Institut Oseanografi dan
Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.