Sejarah
Kesultanan Selangor
Salasilah kesultanan
Selangor mulai 1756
KESULTANAN
Selangor bermula seawal tahun 1756 apabila ia berada di bawah pemerintahan Raja
Lumu yang menjadi Yang Dipertuan Besar Selangor dan bergelar Sultan Salehuddin Shah (1). Biarpun
berasal dari kalangan orang Bugis, kesultanan baginda diiktiraf oleh Sultan
Perak pada pertengahan kurun ke-18 yang turut membawa kepada pembebasan negeri
Selangor daripada kekuasaan kerajaan Johor.
Pemerintahan
Sultan Salehuddin berterusan sehingga tahun 1778 apabila baginda mangkat lalu
digantikan oleh putera baginda, Raja Ibrahim Marhum Saleh yang kemudian
bergelar Sultan
Ibrahim Shah (2).
Sepanjang
pemerintahan Sultan Ibrahim Shah, Selangor menempuh pelbagai peristiwa
antaranya, serangan tentera Belanda pada 13 Julai 1784 yang berjaya menawan
kota Kuala Selangor.
Ini diikuti perjanjian kerjasama antara kerajaan Baginda dengan kerajaan negeri Perak yang akhirnya membawa kepada perselisihan hutang piutang yang diselesaikan melalui campur tangan Robert Fullerton, Gabenor Inggeris di Pulau Pinang.
Selepas
kemangkatan Sultan Ibrahim Shah pada 27 Oktober 1826, anakanda baginda, Raja
Muda Selangor dilantik menjadi Sultan Selangor dan bergelar Sultan Muhammad Shah (3).
Menurut
sejarah, pemerintahan baginda dianggap lemah ekoran ketidakupayaan baginda
untuk menguasai raja-raja dan para pembesar di daerah-daerah lain di Selangor.
Oleh
itu, berlaku perpecahan daerah di Selangor iaitu Bernam, Kuala Selangor,
Kelang, Langat dan Lukut. Sungguhpun begitu sepanjang 31 tahun memerintah,
baginda telah menampakkan beberapa perubahan dengan pembukaan lombong bijih
timah di Ampang diikuti dengan pembinaan kedai-kedai bagi keperluan rakyat
terutamanya para pelombong.
Kemangkatan
baginda secara mengejut pada penghujung tahun 1857 menyebabkan timbul
perbalahan di kalangan kerabat di raja dan para pembesar Selangor dalam soal
memilih Sultan yang baru.
Keputusan akhirnya dicapai dua
tahun kemudian untuk melantik Raja Abdul Samad Raja Abdullah sebagai
Sultan Selangor dan bergelar Sultan Abdul Samad (4), biarpun
baginda hanyalah anak saudara kepada almarhum Sultan Muhammad Shah.
Sejak permulaan pemerintahan baginda, lombong bijih timah di Ampang mula
mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan ke negeri-negeri Selat serta berjaya
menarik kemasukan lebih ramai pelombong Cina.
|
Pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad melantik menantunya, Tengku Dhiauddin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid (Tengku Kudin) selaku Wakil Yamtuan Selangor dan menyerahkan Langat sebagai hak milik menantunya itu.
Selepas memerintah Selangor selama 39 tahun, Sultan Abdul Samad akhirnya
mangkat ketika berusia 93 tahun pada 6 Februari 1898 lalu dimakamkan di Jugra
dan disebut `Marhum Jugra'.
Almarhum digantikan oleh cucundanya, Raja Muda Sulaiman ibni Almarhum
Raja Muda Musa pada 17 Februari 1898 dan bergelar Sultan Alauddin
Sulaiman Shah (5).
Semasa pemerintahan baginda, Selangor mula mengalami perubahan besar apabila lebih banyak jalan raya dan landasan kereta api dibina begitu juga meningkatnya pembinaan rumah dan kedai terutama di Kuala Lumpur dan Kelang. |
Kebijaksanaan baginda memerintah telah mendorong rakyat mengadakan sambutan keramaian Jubli Emas di Kelang sempena genap 40 tahun pemerintahan baginda.
Namun begitu, beberapa bulan kemudian, pada 30 Mac 1938, baginda pun mangkat dan dimakamkan di Kelang dengan gelaran `Marhum Atiqullah'.
Pemerintahan Selangor diambil alih oleh anakanda almarhum Sultan Alauddin
Tengku Alam Shah yang ditabalkan pada 4 April 1938 dan diberi gelaran Sultan
Hisamuddin Alam Shah (6).
Kerajaan baginda bagaimanapun tidak kekal lama apabila dipaksa turun
takhta pada tahun 1942 oleh tentera Jepun yang sebelum itu menyerang dan
mengalahkan negeri-negeri Melayu.
|
Jepun yang merasakan kekanda Tengku Alam Shah, Tengku Musauddin lebih layak menjadi pemerintah Selangor telah melantik baginda sebagai Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah (7) dan Tengku Alam Shah diminta memberi kerjasama membantu kekandanya dalam soal pemerintahan.
Penguasaan
Malaya yang berubah ekoran kemasukan semula tentera Britain lebih tiga tahun
kemudian turut mengubah struktur pemerintahan kerajaan Selangor kembali kepada
pimpinan Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Berikutan
perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Sultan Hisamuddin Alam Shah
dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Negara Persekutuan Tanah
Melayu, sementara jawatan Yang di-Pertuan Agong yang pertama disandang oleh
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku
Muhammad.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.