kekejaman
terhadap orang Islam di India
NEW DELHI - Protes
besar-besaran diadakan di India selepas insiden pembunuhan kejam seorang lelaki
Islam di negara itu.
Tabrez Ansari, 24, yang
didakwa mencuri dipukul hingga mati oleh kumpulan pelampau Hindu di daerah
Kharsawan di negeri Jharkhand. Demonstrasi tersebut diadakan di 50 bandar di
bawah hashtag #JusticeForTabrez dan #IndiaAgaintsLynchTerror.
Di New Delhi, sekumpulan
penunjuk perasaan termasuk penuntut universiti dan aktivis mengadakan bantahan
di Jantar Mantar berhampiran bangunan Parlimen.
Mereka turut melaungkan
slogan dan membawa plakad menuntut parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata
(BJP) dan Perdana Menteri, Narendra Modi menghentikan keganasan ke atas orang
Islam.
“Kekejaman ke atas orang
Islam perlu dihentikan. Kerajaan perlu faham kami tidak akan bertoleransi
dengan keganasan seperti ini,” kata jurucakap kumpulan protes tersebut.
Rakaman video yang menjadi
tular di media sosial menunjukkan Tabrez diikat pada tiang lampu dan dipukul
tanpa belas kasihan sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian.
Dia juga dipaksa melaungkan
slogan keagamaan yang biasa disebut oleh kumpulan berhaluan kanan penganut
Hindu.
Polis kemudiannya membawa
Tabrez ke hospital untuk mendapatkan rawatan kira-kira empat hari selepas
insiden itu yang berlaku pada 18 Jun lalu. Dia disahkan meninggal dunia tidak
lama selepas itu.
Susulan kejadian itu, pihak
berkuasa telah memberkas 11 penduduk kampung dan dua anggota turut digantung
tugas.
“Ia adalah situasi yang
menakutkan bagi orang Islam. Terdapat rancangan jahat pihak tertentu yang mahu
memecah-belahkan penduduk dengan menggunakan isu agama,” kata penunjuk
perasaan, Sana Maryam. - Agensi
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.