Pembunuhan jww birch
Latar Belakang Dato’ Maharaja Lela ialah
Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak.Pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil
daripada Perjanjian Pangkor.pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak
yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.
FAKTOR PENENTANGAN J.W.W BIRCH
a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan
Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak
mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut
akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. Birch
membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai
timah di Bidor.
b) Mencabar Ketuanan Melayu
Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak
pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan
penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen.
Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.
c) Memperkenalkan Cukai Baru
Birch bertindak sesuka hati dengan Birch
memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran
permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai
cukai kelamin.
d) Mencabuli Adat Resam
Birch dibenci oleh sultan dan
pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang
menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila
menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.
Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja
Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang. Mereka mengambil keputusan untuk
membunuh Birch. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut
dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya, mereka berazam menghalau
British keluar dari bumi Perak.
Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba
di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut
cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan
itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir
Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan
Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban. Pertempuran
ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun. Pada 7
November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya
dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong.
KESAN PENENTANGAN
Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’
Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak.
Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan
Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.British tegas menghapuskan
kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato’
Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.
Sejarah ringkas pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak
Kisah
pembunuhan J.W.W. Birch, Residen British pertama di Perak bermula daripada
Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.
Perjanjian tersebut adalah antara Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Andrew Clarke dan Raja Muda Abdullah. Perjanjian ini telah memberi kebenaran kepada pihak British untuk mencampuri urusan negeri Perak.
Perjanjian tersebut adalah antara Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Andrew Clarke dan Raja Muda Abdullah. Perjanjian ini telah memberi kebenaran kepada pihak British untuk mencampuri urusan negeri Perak.
Perjanjian ini sebenarnya adalah satu kesilapan yang telah dibuat oleh Raja Abdullah kerana Sultan Abdullah telah ditipu pihak British dan ini telah membuka peluang kepada British untuk masuk campur dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri Perak.
Kerajaan Inggeris telah menggunakan tipu muslihat diplomasi yang mana mereka akan mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan Perak dan pada masa yang sama memaksa kerajaan negeri Perak menerima James Wheeler Woodford Birch (J.W.W. Birch) sebagai Residen British yang akan terlibat dalam urusan pentadbiran negeri Perak.
Atas perlantikan ini, Birch telah menjadi bongkak dan sombong dan melakukan beberapa perubahan drastic dalam sistem pentadbiran negeri Perak. Kelakuan Birch ini telah menimbulkan kemarahan pembesar-pembesar Perak seperti Raja Ismail, Dato' Maharaja Lela dan Tok Sagor. Mereka kemudiannya telah membuat satu pakatan untuk membunuh J.W.W. Birch.
Birch kemudiannya telah dibunuh pada 2 November 1875 apabila dia datang ke Pasir Salak untuk memungut cukai. Terdapat dua versi tentang cara pembunuhan Birch.
Versi
yang popular adalah Birch dikatakan dibunuh sewaktu sedang mandi di sungai oleh
seorang lelaki bernama Si Puntum.
Versi
yang kedua pula mengatakan Birch dibunuh sewaktu sedang menaiki sampan (atau
rakit).
Penduduk-penduduk
kampung bersama-sama Dato' Maharaja Lela, Si Puntum dan Tok Sagor telah
menunggu kedatangan Birch di tebing sungai.
Apabila
sampan Birch menghampiri mereka, mereka telah merejam lembing ke arah Birch dan
para pegawainya.
Turut
terbunuh ialah kerani kepada Birch yang bernama Mat Arshad. Mayat mereka
kemudian dihumbankan ke dalam sungai.
Tindakan pembesar-pembesar Melayu ini telah menimbulkan kemarahan pihak British.
Akibatnya,
Dato' Maharaja Lela, Tok Sagor dan mereka yang terlibat dalam pembunuhan Birch
telah ditangkap oleh British dan dihukum gantung.
Sultan
Abdullah dan Ngah Ibrahim telah dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.