Pemansuhan
Jawatankuasa Penasihat British Di Perak
19 Disember 1956 – Pada tahun 1956, DYMM Sultan Perak,
Raja Sir Yusuf ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil telah menandatangani dua
dokumen yang memansuhkan jawatan Penasihat British di Perak. Upacara tersebut
berlangsung di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Kedua-dua dokumen itu ialah
mengenai pindaan-pindaan kepada Perlembagaan Negeri Perak dan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu.
Perak
merupakan negeri pertama di Tanah Melayu menerima seorang pegawai British
sebagai penasihat kerajaan. Penasihat yang dikenali sebagai Residen itu
mempunyai kuasa pentadbiran yang lebih besar daripada Sultan sendiri. Bidang
kuasa Sultan terhad pada hal-hal Agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
Pegawai
British yang dikenali sebagai Residen British itu dilantik melalui Perjanjian
Pangkor yang ditandatangani oleh Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Jaafar
pada 20 Januari 1874. Jawatan Residen itu kekal sehinggalah tamat Perang Dunia
Kedua (1945) apabila ia ditukarkan kepada Penasihat British.
Pada
hari ini dalam tahun 1956 jawatan Penasihat British di Perak telah dimansuhkan.
Dengan itu tamatlah sejarah campurtangan pegawai British secara langsung selama
82 tahun dalam pentadbiran negeri Perak yang bermula pada tahun 1874 dengan
J.W.W. Birch sebagai Residen British yang pertama dan berakhir pada tahun 1956
dengan Dato’ I.W. Blelloch, Penasihat British.
Sumber
: Arkib Negara Malaysia
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.