Bagaimana
Indonesia kehilangan Sultan
Keturunan Raja Dibunuh oleh Pakatan Komunis di Indonesia 65
Tahun yang Lampau
Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan
kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di
Sumatera Timur.
Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk
menyertai gagasan Indonesia.
Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri
telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli
ladang dari keturunan pendatang luar.
Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik
di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai
partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh
atau Parti Komunis Indonesia.
Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan
Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan
kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir
Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan
dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa
Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang.
Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah
Pemoeda Soematra. Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk
menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan
kerajaan.
Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah
serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan
laungan ‘Daulat Tuanku’.
Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik
dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan
menindas rakyat.
Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik,
Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta, bertolak dari
Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke
Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac
1946.
3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang
kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI
dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat
kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh
rakyat Indonesia.
Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara
besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka,
ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh
orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.
Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri
Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa
gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang,
kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan
Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu.
Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang
bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.
Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum
pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.
Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota
Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap
dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang
terkenal, Tengku Amir Hamzah.
Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih
memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan
putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana.
Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan
dan pengikut-pengikutnya.
Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di
Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan
khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.
Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk
isteri Tengku Musa dan anaknya.
Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai
kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam
di Asahan sahaja.
Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di
beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan
di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.
Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini
sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka.
Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah
gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di
pejabat kerajaan.
Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci
sebagai kerabat raja.
Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah
rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal
Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia.
Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai
balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di
Sumatera.
Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera
Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera
Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946′ di Sumatera Timur dengan
membunuh para Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap
dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.
Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971
apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima
Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan
menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung
organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .
Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat
terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman
pemerintahan Sukarno.
Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya
Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang
Melayu di seluruh penjuru dunia.
Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang
mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah
demi merampas kuasa pemerintahan dengan
jalan mudah.
Dipetik dari – Blog Ipoh Malay http://ipohmalay.blogspot.com/
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.