Total Pageviews

Saturday, 14 October 2017

1,000 dibunuh atas arahan Duterte



1,000 dibunuh atas arahan Duterte, termasuk dimakan buaya hidup-hidup, dicekik mati




MANILA:  Seorang bekas anggota skuad bunuh memberitahu Parlimen pada Khamis, mendakwa Presiden Filipina, Rodrigo Duterte  menembak mati seorang kakitangan Jabatan Kehakiman dan mengarahkan pembunuhan musuhnya.
Pembunuh itu memberitahu satu siasatan Senat bahawa beliau dan sekumpulan anggota polis dan bekas pemberontak komunis membunuh kira-kira 1,000 orang dalam tempoh lebih 25 tahun atas arahan  Duterte, dengan seorang mangsa diberi kepada buaya untuk dimakan hidup-hidup.
Laporan AFP berkata, kebanyakan yang lain dicekik dengan tali, dibakar, dikerat empat dan kemudian ditanam di dalam sebuah kuari milik seorang pegawai polis yang pernah menjadi anggota skuad bunuh itu. Yang lain dibuang ke dalam laut untuk dimakan ikan.
Agensi berita itu melaporkan, Edgar Matobato, 57 tahun, membuat dakwaan itu di hadapan Senat, yang sedang menyiasat dakwaan pembunuhan luar undang-undang dalam tindakan keras antijenayah  Duterte yang menurut polis menyebabkan 3,140 orang mati dalam 72 hari pertama beliau menjadi presiden.
Keterangan itu mendedahkan butir-butir terperinci untuk pertama kali bahawa Duterte, ketika menjadi Datuk Bandar Davao menjadi dalang di sebalik skuad pembunuh.
Tugas skuad berkenaan ialah membunuh penjenayah, perogol. pengedar dadah dan peragut.
“Kami membunuh orang hampir setiap hari,” kata Matobato.
Beliau dikatakan menerima arahan secara langsung daripada Duterte atau pegawai polis bertugas di Davao.
Jurucakap Duterte berkata dakwaan terhadapnya telah disiasat tanpa pertuduhan difailkan, sementara anaknya, Paolo Duterte, menyifatkan dakwaan itu sebagai “khabar angin” daripada “orang gila”. – Sarawakvoice





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.