Total Pageviews

Saturday, 14 October 2017

Pengedar dan penagih dadah ditembak mati di Filipina





300 orang pengedar dan penagih dadah ditembak mati di Filipina, mayat bergelimpangan


KOTA KINABALU: Presiden Filipina  Rodrigo Duterte bukan calang-calang orang. Duterte yang menerajui pemerintahan negara 102 juta jiwa itu, mengotakan janji yang dibuatnya ketika berkempen sehingga dijulang sebagai Presiden pada 30 Jun lalu.
Beliau yang dianggap celopar tetapi tegas dalam pendirian dan tindakannya, terhadap penjenayah dan pengedar dadah kini membuktikan bahawa dia bukan main-main.
Duterte, 71, bekas datuk bandar Davao, memberi arah kepada polis untuk menembak hingga mati golongan terbabit.
Setidak-tidaknya, terhadap raja dadah, pengedar dan penagih dadah. Sejak berkuasa, hampir 300 orang telah ditembak mati oleh polis yang menerima arahannya sejak awal bulan ini hingga 24 Julai.
Meski dikritik keras oleh pejuang hak asasi, namun Duterte tidak akan menyerah kalah kerana beliau mahu menyelamatkan Filipina daripada terus terjerumus ke dalam masalah yang sudah berlarutan itu.
Katanya: “Saya tidak akan membiarkan negara saya rosak binasa.”  
Kemenangan beliau juga adalah disebabkan janjinya untuk bertindak tegas terhadap penjenayah, pengedar dadah dan perosak masyarakat dan negara.
“Saya akan masukkan mereka di bawah tanah, jika mereka mahu,” katanya, sekali gus membayangkan komitmennya untuk membanteras masalah berkenaan.
Berdasarkan gambar yang beredar dan disiarkan Daily Mail, ternyata pihak polis telah bertindak ikut arahan Duterte, dengan ada daripada pengedar dan pengguna ditembak di lorong, di hadapan kedai, di dalam kamar, dan di tepi jalan dan parit, dengan kesan tembakan dan darah yang ketara. Gambar-gambar berkenaan memperlihatkan betapa agresifnya tindakan yang diambil.
Ada daripadanya amat menyayat hati dengan isteri mendakap sekujur tubuh suami yang sudah menjadi mayat.
Ada daripada pengedar dan penagih berkenaan diikat kaki dan tangan mereka, serta diletakkan tulisan pengakuan di tubuh bahawa ia pengedar dadah.
“Lipat gandakan usaha anda, malah lapatkan tiga kali ganda, kalau perlu,” katanya bagai memberi dorongan kepada anggota polis.
“Kita tidak akan berhenti sehingga raja dadah terakhir, penaja kewangan terakhir, dan pengedar terakhir telah menyerah kalah, atau disumbat di penjara…atau dibenamkan di bawah tanah, jika mereka mahu,” tegasnya sambil mendapat tepukan Ahli Parlimen.
Dalam ucapan ditujukan kepada rakyat Filipina dan dipancarkan oleh kebanyakan stesen TV, beliau memberitahu Ahli Parlimen, sebanyak 120,000 orang telah menyerah diri kepada polis, 70,000 daripadanya pengedar dadah.
Polis juga menangkap 3,749 orang yang ada kaitan dengan dadah.
Di bawah operasi terbabit, polis memasuki 129,753 rumah warga Filipina pada tempoh tersebut, meminta suspek menyerah diri secara sukarela.
Seperti statistik korban kemalangan jalan raya di negara Malaysia, Duterte mahu menayangkan angka yang ditangkap dan ditembak mati di papan iklan besar di luar ibu pejabat polis di Manila.
Baginya, ini sahaja jalan terbaik untuk mengajar golongan ini, dan seterusnya menyelesaikan masalah dadah yang sudah menjadi barah di negara itu. – Sarawakvoice.com




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.