Total Pageviews

Sunday, 2 June 2019

PULAU CENDERAWASIH



PULAU CENDERAWASIH



Pulau cenderawasih adalah sebutan dan panggilan umat Nusantara lama kepada sebuah pulau besar di hujung timur nusantara iaitu Pulau Papua. 

Pulau tersebut berbentuk seperti burung cenderawasih. Di kepulauan papua ini, terdapat dua negara iaitu di sebelah barat adalah negeri Irian Jaya (Indonesia) dan di sebelah timur adalah negara Papua New Guinea.

Dalam bahasa Arabmaksud Papua New Guinea diambil daripada perkataan “Babul Ghaniul Jadid” membawa maksud “Pintu Kekayaan”.


PERSOALAN

Adakah pembentukan Pulau Papua dengan Burung Cenderawasih ada persangkutan dan mengapa spesis burung cenderawasih banyak hidup membiak di pulau tersebut? 
Adakah ianya satu kebetulan atau memang ada kisah di sebalik pembentukan pulau Papua yang memang menyerupai burung cenderwasih itu?
Maha suci Tuhan yang Maha mengetahui akan segala rahsia rencanaNya dan hikmah disetiap ciptaanNya.



RAHSIA PULAU CENDERAWASIH: YANG TERSURAT

Pulau cenderawasih merupakan tempat habitat rasmi burung cenderawasih di bumi, ianya melingkungi di kepulauan papua, dan hutan Australia timur (Bersempadan dengan pulau papua). Burung ini sinonim dengan masyarakat asli pedalaman di kepulauan papua, habitat dan kedudukan mereka terpencil dan jauh di pedalaman.



SEJARAH PENJAJAHAN PULAU CENDERAWASIH


Pulau cenderawasih adalah sebuah pulau yang kaya dengan hasil bumi dan alam, atas faktor ini telah berlaku rebutan penjajah-penjajah untuk merebut pulau emas ini untuk mengembangkan lagi pengaruh dan kuasa mereka di bumi nusantara.

Mereka beranggapan, sesiapa yang dapat mengambil pulau cenderawasih maka mereka diiktiraf satu kuasa yang berpengaruh dan ulung di zamannya.

Maka berlumba-lumbalah mereka menjajah pulau cenderawasih yang penuh misteri itu, 

Direkodkan sebanyak tiga penjajah besar telah menjajah pulau cenderawasih secara serentak iaitu di sebelah barat Irian jaya dijajah oleh Belanda. 

Di sebelah timur terpecah kepada dua kuasa penjajah yang cuba berebut dan membuat sempadan perjanjian penjajahannya iaitu di sebelah utara dikuasai Penjajah German dan di sebelah selatan dikuasai oleh Penjajah Inggeris.

Sayang seribu kali sayang, wilayah Nusantara yang bernama Papua New Guinea terlepas ke tangan penjajah barat kerana disitu terdapatnya sumber emas paling banyak didunia. Sangat dramatik penjajahan ke atas pulau emas cenderawasih ini, telah berlaku banyak perebutan oleh penjajah ke atasnya. Pulau ini dicatatkan dalam sejarah sebagai sebuah pulau yang sangat dikehendaki dan memiliki penjajah yang ramai ke atasnya.

Jika dilihatkan, mesti ada sebab dan beberapa faktor penting, kenapa penjajah sangat bersungguh-sungguh mahu menjajah bumi emas cenderawasih ini. 

Semasa penjajahan, pulau emas cenderawasih ini dijadikan markas utama mereka di hujung timur jauh nusantara, mereka memonopoli hasil buminya terutama emas dan hasil galian yang lain untuk dibawa pulang ke negara mereka sebagai aset negara dan harta intelek yang kekal di dalam simpanannya sehingga kini.

Untuk makluman, Pulau Cenderawasih pada hari ini hakikatnya masih lagi dijajah sebenarnya, kerana 99% Hasil Buminya dikaut oleh Amerika dan sekutunya, dan hanya 1% sahaja diserahkan kepada Indonesia dan Papua New Guinea.

Pulau ini masih terikat dengan penjajah moden walaupun sudah diberi kemerdekaan. 

Hakikatnya pulau ini dipecah-belahkan, para musuh tahu inilah pulau orang nusantara maksudkan sebagai “pulau yang hilang dari nusantara”, mereka berusaha memisahkan pulau ini dengan menjajahnya dan kini meletakkannya di dalam zon Benua Oceana.

Sejarah Benua Oceana ini… hampir kesemua pulau yang bernaung di bawahnya masih dijajah secara halus dan “moden” seperti Pulau Cenderawasih ini. Inilah hakikat penjajahan seperti mana kata pepatah melayu, “Lembu punya susu, Sapi dapat nama”.



TAMAN NEGARA PULAU CENDERAWASIH

Taman negara di Irian jaya ada dua iaitu Taman Nasional Lorentz meliputi kawasan pergunungan Puncak Jaya dan satu lagi kawasan yang dilindungi iaitu Teluk Cenderawasih

Taman Nasional adalah Taman Negara yang dilindungi, dan burung cenderawasih bebas membiak dan berhabitat di dalamnya. 

Memandangkan kawasannya hutan tebal dan bergunung ganang, pemulihan dan pemeliharaan dilaksanakan di Taman Nasional tersebut, bagi melindungi pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan daripada terancam dan kepupusan.



PUNCAK JAYA LAMBANG KEMEGAHAN CENDERAWASIH

Gunung Puncak Jaya atau Gunung Puncak Sukarno berketinggian 5030 Meter daripada paras laut adalah sebagai lambang keunggulan pulau cenderawasih.

Puncak Jaya terletak di dalam Taman Nasional Lorentz, sebuah khazanah besar pulau cenderawasih yang dilindungi dan menyimpan rahsia bersama burung cenderawasih.

Puncak jaya berkedudukan di negeri Irian Jaya (Indonesia). Merupakan gunung yang tertinggi di Benua Oceana, walaupun Indonesia berkedudukan di benua Asia dan dalam Asia tenggara, Keseluruhan pulau cenderawasih dikira berada di dalam Zon Benua Oceana.

Jika Pulau cenderawasih ini diiktiraf separuh (iaitu wilayah negeri Irian Jaya) memasuki Asia tenggara, maka Gunung Kinabalu berketinggian 4095.2 Meter dari paras laut (Sabah/Malaysia) bukan lagi Gunung tertinggi di Asia tenggara.

Sebaliknya Gunung Puncak Jaya diiktiraf sebagai Gunung tertinggi di Benua Oceana. secara automatiknya.

Pulau Cenderawasih diletakkan di dalam Benua OceanaInilah dia Pulau Besar (Pulau Cenderawasih) yang hilang dari Nusantara jauh (Pulau Nusantara yang hilang).




TELUK CENDERAWASIH

Teluk cenderawasih merupakan sebuah teluk yang dilingkungi pulau-pulau kecil disekelilingnya, terletak di antara leher dan kepala burung cenderawasih, Merupakan salah satu teluk yang dilindungi oleh Taman Nasional.



SORONG SEBAGAI MATA CENDERAWASIH

Raja Ampat merupakan nama kepada kawasan kepulauan yang terdiri daripada pulau-pulau Misoool, Salawati, Batanta, dan Wiageo yang dikelilingi oleh lebih daripada 1,500 pulau-pulau kecil.

Sorong menjadi simbolik mata kepada burung cenderawasih kerana mata kepala burung cenderawasih menghadap ke barat nusantara.



Jika dilihat jarak Raja Ampat dan sorong ke Malaysia, titik sentuh dari mata cenderawasih adalah berkodinat ke negeri Melaka. Garisan anak panah tersebut adalah anggaran jarak di antara bandar-bandar besar di nusantara.
.


HASIL BUMI PULAU CENDERAWASIH

Bumi Cenderawasih adalah bumi yang kaya dengan hasil alam kurnianNya. Pada abad ke-18 Masehi, para penguasa dari kerajaan Sriwijaya, mengirimkan persembahan kepada Maharaja China. Di dalam persembahan itu terdapat beberapa ekor burung Cendrawasih, yang dipercayai sebagai burung dari taman syurga yang merupakan haiwan asli dari Papua. 

Dengan armadanya yang besar, Sriwijaya mengunjungi Kepulauan Maluku dan Papua untuk memperdagangkan rempah-rempah, wangi-wangian, mutiara dan bulu burung Cenderawasih.


Tanah Papua sangat kaya. Tembaga dan Emas merupakan sumber daya alam yang sangat berlimpah yang terdapat di Papua. 

Dahulu ia terkenal dengan pengeluaran emasnya yang terbesar di dunia dan pelbagai kekayaan alam yang begitu melimpah ruah. 

Pulau cenderawasih diibaratkan seperti syurga beraneka ragam. Ia penuh dengan pelbagai khazanah dan peninggalan yang tersisa di bumi pada zaman ini.
.


GELARAN-GELARAN KEPADA PULAU CENDERAWASIH

“Dunia yang hilang”                                                  
·        Gelaran yang diberikan oleh para pengkaji sejarah pada tahun 2006.
“Pulau yang hilang dari Nusantara”                       
·        Panggilan ini diberikan oleh orang melayu nusantara lama, pulau yang paling jauh di hujung timur nusantara.
“Pulauemas”                                                            
·        Pulau yang mengandungi banyak sumber emas, pernah menjadi pengeluar emas terbesar dunia kerana banyaknya hasil emas di perut buminya.
“Taman Firdaus di bumi”                                         
·        Menyaksikan puluhan jenis burung, kupu-kupu, katak dan tumbuhan yang belum pernah tercatat dalam sejarah dan belum direkodkan spesisnya.
“Syurga kecil yang jatuh ke bumi”
·        Jolokan khas diberikan sempena kekayaan khazanah alam flora fauna yang tiada bandingannya.
“Syurga burung cenderawasih”                             
·        Merupakan penempatan asal burung cenderawasih di bumi. Maka persoalannya… adakah Pulau Papua yang mempengaruhi kewujudan Burung Cenderawasih atau mungkinkah Burung Cenderawasih yang mempengaruhi pembentukan Pulau Papua ini? Hanya Tuhan yang mengetahuiNya.

Mitos tentang burung yang sangat istimewa ini bukan sahaja telah menjadi warisan penduduk nusantara sahaja tetapi sudah menular ke seluruh pelusuk dunia. 

Di Barat mereka mengenalinya dengan nama “Bird of Paradise” dan di negara China pula mengenalinya dengan nama “Phoenix”.

Burung cenderawasih adalah burung yang dikaitkan dengan misteri dan rahsia yang kini semakin dibongkar sedikit demi sedikit, telah diketahui umum penggunaannya dalam kesenian, kebudayaan, perubatan dan sebagainya.


Tuhan itu Maha Bijaksana, setiap apa yang diciptakan ada rahsia yang perlu dikaji, disingkap, diambil pengajaran,dijadikan pedoman kehidupan agar menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan cakna akan setiap kejadian yang Tuhan ciptakan.

Setiap apa yang Dia ciptakan itu adalah untuk manusia berfikir akan keagungan dan kebijaksanaanNya sebagai Tuhan semesta Alam.

Allahu’alam…


..


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.