Total Pageviews

Sunday 2 June 2019

Pemimpin dahulu




Beza pemimpin zaman dahulu

1. Pemimpin zaman dahulu adalah dipilih daripada mesyuarat. Bukan pemimpin itu  sendiri yang berusaha bermati matian bagi melantik dirinya menjadi pemimpin.

2. Pemimpin yang dipilih dari zaman dahulu adalah terdiri daripada mereka yang sebaik baik manusia daripada segala yang paling bagus pada zaman itu.
a. Amanah, Adil, Tidak mementingkan diri,  Bertanggungjawab.
b. Bijaksana, Cerdik, Berfikiran jauh
c. Benar
d. Menyampaikan

3. Pemimpin zaman dahulu adalah terdiri daripada seorang khalifah sahaja tetapi pernah  memerintah seluas 2/3 dunia!

4. Pemimpin zaman dahulu seboleh bolehnya tidak mahu dirinya diangkat menjadi pemimpim kerana sedar akan tanggungjawab sebagai pemimpin yang amat besar, sangat berat dan akan diperiksa Allah di akhirat.

5. Pemimpin zaman dahulu boleh berlapar perut dan lebih sanggup melihat rakyatnya dapat makan terlebih dahulu barulah dia sanggup makan.

6. Pemimpin zaman dahulu akan makan apa yang rakyat termiskinnya makan. Pemimpin zaman dahulu tidak mahu hidangan istimewa diberikan kepadanya sedang rakyat miskin masih dibiar dalam seksa kelaparan.

7. Pemimpin zaman dahulu lebih mementingkan akhirat daripada mengejar dunia.

8. Pemimpin zaman dahulu tidak takut akan kematian malah mereka menunggu nunggukan saatnya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.