Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh → adalah perkataan yang paling dibenci Iblis dan konco konconya ( iaitu dari kalangan manusia yang terdiri dari manusia manusia yang cenderong berbuat jahat, kemusnahan, merugikan orang lain, rosak bencana, porak peranda ). Apabila kawanan kawanan manusia ada yang telah saling mengutus salam, dan yang seorang lagi menjawab salam, maka maksudnya telah ada saling doa mendoakan agar Allah, Tuhan sekalian Alam yang Maha Berkuasa, Maha Suci, Maha Segalanya melindung, merahmati, membimbing saudara saudara yang beriman. Dengan memberi salam itu juga telah mengikat serta mengukuhkan talian persaudaraan sesama insan serta mengelakkan pergaduhan, bermasam muka, irihati dsbnya.
Manusia yang paling hebat antara kamu adalah insan yang paling tinggi taqwanya. Manakala manusia yang paling baik antara manusia adalah manusia yang paling banyak manfaatnya kepada manusia lain
Kita hidup untuk Allah Sayang
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.