Jangan Bersumpah
5:89 Allah tiada menyiksamu, kerana sumpah yang tiada kamu sengaja, tetapi Dia menyiksamu, kerana sumpah yang kamu sengaja. Maka kifaratnya (pengampuni kesalahannya), memberi makanan kepada sepuluh orang miskin, daripada makanan yang biasa dimakan oleh keluargamu atau memberikan pakaian kepada mereka, ataupun memerdekakan seorang hamba. Barang siapa yang tiada memperoleh (apa apa yang tersebut itu), hendaklah ia berpuasa tiga hari lamanya. Itulah kifarat sumpahmu, bila kamu bersumpah. Dan peliharalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan ayat ayatNya kepadamu, mudah mudahan kamu berterima kasih.
8:58 Jika engkau takut akan khianat kaum ( yang kafir itu ) hendaklah engkau lemparkan perjanjian itu kepada mereka, secara adil. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang orang yang khianat.
8:59 Janganlah mengira orang orang yang kafir, bahwa mereka akan terlepas dari hukuman Kami. Sesungguhnya mereka tiada dapat melemahkan Kami.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.