Mencari Allah
http://tarikatusufiah.blogspot.com/2009/02/dimanakah-jalan-mencari-allahmenemui.html
Duhai Sahabat,
Mencari Allah bukanlah dilangit dan dibumi, bukanlah Allah dicari di Utara atau
diSelatan atau diTimur atau diBarat, bukanlah dicari dikiri, dikanan, diatas,
dibawah, dihadapan, dibelakang, bukan, bukan, bukan! Sekali lagi, bukan!
Malahan, carilah Allah, didalam LUBUK HATI sendiri!
PAYAH-PAYAH MENCARI BILAH,
BILAH ADA DIDALAM BULUH,
PAYAH-PAYAH MENCARI ALLAH,
CARILAH ALLAH DIDALAM TUBUH.
Firman Allah didalam Hadith Qudsy, bermaksud:
Telah AKU [Allah] perbuat didalam rongga anak Adam satu Mahligai, dan didalam
Mahligai itu adalah Dada dan didalam Dada itu adalah Hati, dan didalam Hati itu
adalah Fuad, dan didalam Fuad itu adalah Syagaaf, dan didalam Syagaaf itu
adalah Sirr, dan didalam Sirr itu adalah AKU, yakni didalam Sirr itu adalah
tempat tajalli AKU[Allah] dan tempat AKU menaruh RAHSIA, dan tempat mengenal
akan AKU.
Hati itu adalah diri kita yang Batin. Dari itu Allah Zat Maha Bijaksana,
mendesak kita supaya kita melihat kedalam diri kita sendiri, seperti didalam
FirmanNya, bermaksud:
' Dan didalam diri kamu [hati kamu] kenapa tiada kamu lihat?[ perhatikan].
Bagaimana kita akan melihat Allah, walhal, kita tidak mempunyai HATI YANG
BERSIH!
Kalau HATI/ROH/JIWA kita telah bersih daripada sifat-sifat kejahatan
[Mazmumah], dapatlah kita melihat kepada diri kita, bererti, kita telah
mendapat cermin untuk melihat Allah Zat yang Maha Esa. Sebaliknya, jika
HATI/ROH/JIWA kita itu Kotor / Buta / Berkarat / Berpenyakit / Bernajis -
bererti, kita tidak mempunyai cermin untuk melihat kepada Allah!
Hati yang diisi dengan mengingati Allah, seolah-olah rumah Allah.
Hati yang lupa/lalai kepada Allah adalah rumah Syaitan/Iblis, tempat Hawa Nafsu jahat bergelora!
Perhatikan Sabda Rasulullah, bermaksud:
' Didalam tubuh anak Adam[manusia] ada segumpal daging; jika daging itu baik, nescaya baiklah sebatang tubuhnya; jika jahat[busuk], maka binasalah sebatang tubuhnya. Ketahuilah, segumpal daging itu ialah HATI ROHANI. [Tempat Rahsia Allah].'
Firman Allah, Q.Surah asy-Syams:9-10, bermaksud:
‘Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan hati / jiwa / nafsu
mereka, dan sesungguhnya merugilah orang-orang yang mengotorinya.’
HATI yang dikatakan baik ialah jikalau HATI itu BERKENALAN / BERKEKALAN /
BERKEPANJANGAN MENGINGATI ALLAH!
Sebaliknya, dikatakan HATI itu jahat, jikalau HATI itu ENGKAR / LALAI / LUPA
kepada mengingati ALLAH ZAT WAJIBAL WUJUD!
TANDA-TANDA SESEORANG TELAH JATUH KASIH / CINTA KEPADA ALLAH.
Firman Allah, bermaksud:
' Sesungguhnya, orang-orang beriman itu amat mengasihi/mencintai Allah.'
1] Bergerak-gerak lidah/hatinya membaca Kalimah Allah.
2] Gementar sekelian persendiannya dan seluruh tubuh dan tulang belulangnya.
3] Dirasanya lemah dan rapuh tubuh badan dan tulang belulangnya.
4] Tersimpul lidahnya dan malas ia berkata-kata yang sia-sia[tak bermanfaat].
5] Dingin perasaannya seperti dirasakan oleh Rasulullah.
6] Bercucuran air matanya oleh rasa insaf diatas kelalaiannya.
7] Rajin ia bersolat dan beramal/ibadah.
8] Benci kepada segala perkara kemungkaran dan maksiat.
9] Merasa amat proaktif dalam menghadapi hidup penuh cabaran dan dengan daya
Tahan dan kreatif yang tinggi, senantiasa mendepani peluang untuk berkebajikan
dunia dan akhirat.
Dan lain-lain lagi yang tidaklah mudah untuk diungkapkan disisi.
WAHAI YA ALLAH, BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK BERMAKRIFAT KEPADAMU!
ILAAHI, HANYA KAU YANG KAMI MAKSUD,
DAN KEREDHAANMU YANG KAMI TUNTUT!
AMEEN YA ROBBAL ‘ALAMEEN.
Prof. Dr. Syeikh Bahaudin AlHady
http://tarikatusufiah.blogspot.com/2009/02/dimanakah-jalan-mencari-allahmenemui.html
________________________________________
https://www.jalansufi.com/perjalanan-mencari-yang-haq-perlu-baca/
Ada dua jalan yang ditempuh orang dalam mencari yang haq dengan masing-masing dalilnya :
Man `arafa nafsahu faqad `arafa rabbahu
Barang siapa mengenal dirinya maka pasti dia akan kenal Tuhannya. (Dalil ini yang sangat popular dikalangan sufi, meditator , filosofi, teolog)
Man `arafa rabbahu faqad `arafa nafsahu
Barang siapa yang kenal Tuhannya pasti dia akan kenal dirinya.
Alghazali membantah pemikiran yang dimulai dengan rangkaian berfikir terbalik, … beliau mengajukan gagasan bahawa umat Islam harus memulakan pemikirannya dari sumber pangkal ilmu pengetahuan iaitu Tuhan, bukan dimulai dari luar yang tidak boleh dipertanggung jawabkan kebenarannya, ertinya sangat berbahaya kerana di dalam falsafah memulakan berfikirnya dari tahap yang benar menuju zat dibalik semuanya berasal. Sedangkan di dalam Islam menunjukkan keadaan Tuhan serta jalan yang akan di tempuh sudah di tulis dalam Alqur’an agar umat manusia tidak tersesat oleh rekaan-rekaan fikiran yang belum tentu kebenarannya…
Pencarian kita telah di tulis dalam Alqur’an dan Allah menunjukkan jalannya dengan sangat sederhana dan mudah … tidak menunjukkan alam-alam yang mengakibatkan menjadi rancu dan bingung … kerana alam-alam itu sangat banyak dan kemungkinan menyesatkan kita amat besar…
Mari kita perhatikan cara Tuhan menunjukkan para hamba yang mencari Tuhannya.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perinta-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah: 186)
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang di bisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya.” (QS. Al Qaaf: 16)
Ayat-ayat diatas, mengungkapkan keadaan Allah sebagai wujud yang sangat dekat, dan kita diajak untuk memahami pernyataan tersebut secara sempurna. Alqur’an mengungkapkan jawapan secara dimensi dan dilihat dari perspektif seluruh sisi pandangan manusia sesempurnanya. Saat pertanyaan itu terlontar, dimanakah Allah ?
Maka Allah menjawab: Aku ini dekat, kemudian jawapan meningkat sampai kepada, Aku lebih dekat dari urat leher kalian . Atau dimana saja kalian menghadap di situ wujud wajah-Ku…dan Aku ini maha meliputi segala sesuatu
https://www.jalansufi.com/perjalanan-mencari-yang-haq-perlu-baca/
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.