Total Pageviews

Wednesday, 19 August 2020

Jangan hina Manusia Lain

 

Jangan hina Manusia Lain

 

 

2:83 Ketika Kami ambil janji Bani Israil, bahawa tidak boleh kamu sembah, selain Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa, karib kirabat, anak anak yatim dan orang orang miskin; dan katakanlah kepada manusia perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat, kemudian kamu berpaling (tiada menurut perintah itu), kecuali sedikit di antara mu, sedang kamu tetap berpaling.

 

3:104 Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik baik) dan melarang dari yang mungkar ; dan mereka itulah yang menang.

 

9:79 Orang2 yang mencela orang yang berbuat baik diantara orang2 beriman, tentang sedekah dan orang2 yang tiada memperoleh selain tenaganya, lalu mereka memperolok olokkan orang yang bersedekah itu, Allah memperolok olokkan mereka pula; dan untuk mereka siksaan yang pedih.

 

18:58 Tuhanmu Pengampun dan mempunyai rahmat. Kalau sekiranya Dia hendak menyiksa mereka, kerana usahanya, niscaya disegerakanNya siksaan bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada perjanjian, mereka takkan dapat tempat berlindung, selain daripadaNya.

 

22:18 Tiadakah engkau tahu, bahawa kepada Allah sujud (tunduk) siapa yang di langit dan siapa yang di bumi, matahari, bulan, bintang bintang, gunung gunung, pohon2, binatang2 yang melata dan kebanyakkan manusia. Tetapi kebanyakkan (manusia yang lain) berhak mendapat azab. Barang siapa yang dihinakan Allah, maka tak adalah baginya orang yang akan memuliakannya. Sungguh Allah memperbuat apa apa yang dikehendakiNya.

 

33:58 Orang orang yang menyakiti mukmin laki laki dan mukmin perempuan dengan sesuatu yang tidak diperbuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.

 

49:6 Hai orang orang yang beriman, jika datang kepadamu orang pasik (membawa berita), hendaklah kamu periksa kebenarannya, (kerana takut), kalau kalau kamu mengenai suatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu.

 

49:11 Hai orang orang yang beriman, janganlah kaum laki laki menghinakan kaum laki laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan (yang lain), kerana boleh jadi perempuan yang dihinakan itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela mencela sesama kamu dan jangan pula panggil memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk buruk nama ialah pasik sesudah beriman. Barang siapa yang tiada bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya.

 

49:12 Hai orang orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan sangka sangka (dugaan terhadap sesama Muslim), kerana sebahagian sangka sangka itu ialah dosa dan janganlah kamu mencari cari aib orang dan jangan pula sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu, bahawa ia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkainya)? Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi penyayang.

 

53:32 (Iaitu) orang orang yang menjauhi dosa dosa besar dan yang keji keji, kecuali dosa dosa kecil. Sungguh Tuhanmu lapang ampunanNya. Dia lebih mengetahui tentang kamu, ketika Dia menjadikan kamu (nenekmu yang mula mula) daripada bumi dan ketika kamu masih janin (anak bayi) dalam perut ibumu. Sebab itu janganlah kamu membersihkan (memuji) dirimu sendiri. Dia lebih mengetahui siapa yang taqwa di antara kamu.

 

80:1 Dia (Muhammad) mengerutkan muka (masam mukanya) dan berpaling.

 

80:2 Kerana datang kepadanya seorang buta.

 

80:3 Apa tahukah engkau barangkali dia akan mencari kesucian.

 

80:4 Atau akan menerima peringatan, lalu bermanfaatlah baginya peringatan itu.

 

80:5 Adapun orang kaya itu,

 

80:6 Maka engkau menghadapnya,

 

80:7 Pada hal tiada berdosa engkau, jika ia tiada menyucikan (hatinya,  beriman).

 

80:8 Adapun orang yang datang kepada engkau dengan bersegera,

 

80:9 Sedang ia takut (kepada Allah),

 

80:10 Maka engkau berpaling daripadanya.

 

80:11 Sekali kali jangan begitu, sesungguhnya ayat ayat Allah jadi peringatan (pengajaran).

 

85:10 Sesungguhnya orang orang yang memfitnahi (menyiksa) orang orang Mukmin laki laki dan orang orang Mukmin perempuan, kemudian mereka tiada taubat, maka untuk mereka siksa neraka, dan untuk mereka azab yang membakar.

 

85:12 Sesungguhnya siksa Tuhanmu amat keras.

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.