Total Pageviews

Wednesday, 19 August 2020

Jika kamu kejar pengiktirafan manusia, kamu kan keciwa.

 

Jika kamu kejar pengiktirafan manusia, kamu kan keciwa.  

 

Kejarlah olehmu pengiktirafan Allah, di mana taqwa menjadi sandaran ukurannya. InshaAllah, kamu akan beroleh rahmat, selamat, kurnia, nikmat dan syurga yang sejahtera.

 

Di seksyen ini, disajikan terjemahan Al Quran bertujuan mempermudahkan antara kita yang berhajat memahami, tetapi pada masa sama tidak faham Quran yang diturunkan dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Arab.

 

Ditegaskan bahawa bahasa Al Quran adalah bahasa Arab yang dijamin dalam penjagaan Allah yakni kata kata dalam bentuk asal Al Quran dijamin oleh Allah tidak berubah sehingga bila bila. Isi kandungan Quran adalah sama daripada sejak ia mula disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada nabi Muhammad dan sampai bila bila . Justeru, apabila telah ada jaminan dari Tuhan Yang Maha Besar, Maha segalanya iaitu Allah, mengapakah kita tidak mau menyelidikinya dan juga kita tidak mau memikirkannya ?

 

Al Quran diturunkan kepada Rasul Allah terakhir, Muhammad yang ummiy iaitu Rasul Allah ini ditakdir Allah, baginda tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Hanya dia menghafal Ayat Quran yang diturunkan kepadanya melalui malaikat Jibril. Seterusnya, dia menyampaikan Quran kepada sahabatnya dan seterusnya, pengajaran Quran sampai kepada kesemua manusia termasuk kepada kita sekarang untuk tujuan memberi peringatan dan memberi petunjuk. Isi kandungan Quran adalah terpelihara iaitu tidak berubah dari semenjak ia mula diturunkan kepada Nabi Muhammad pada zaman dahulu sehinggalah sekarang dan dijamin Allah tidak akan berubah ubah kandungannya sehingga bila bila.

 

Malang, terdapat usaha untuk menghalang manusia dari menghayati dan memahami Quran, sedang inilah yang dikehendaki oleh Allah dan dimahu RasulNya supaya manusia mendalami serta mengambil pengajaran dari Quran, mudah mudahan mereka diberikan petunjuk oleh Allah (Al Baqarah : 2). Juga terdapat manusia yang sengaja tidak mau mengkaji, seterusnya tidak mengambil pengajaran dari Quran.

 

Mudah mudahan Allah memberikan kita petunjukNya kepada kita semua. Amin ya  Rabbal alamin.

 

Terjemahan ini adalah hasil dari tafsir dan penyelidikan terjemahan oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus dalam Bahasa Indonesia, bertarikh 11 Januari 1973. Dalam tafsir Prof. Dr. H. Mahmud Yunus ini, beliau mementingkan untuk menerang dan menjelaskan petunjuk petunjuk yang termaktub dalam Al Quran untuk menjadi pengajaran kepada seluruh umat manusia umumnya.

 

Jika ada kesalahan, mohon dibetulkan segera, dan juga Doa Prof Mahmud sendiri; Ya Tuhan kami, janganlah disiksa kami, jika kami lupa atau salah. Sesungguhnya Engkau, ya Allah adalah Mahapengasih dari segala yang Penyayang. Mahasuci Engkau Allah, Mahapemaaf Mahapengampun, Mahapenyantun. 

 

 

Selepas ini, tuan akan bertemu dengan tafsir Quran yang dipilih mengikut kesesuaian tajuk dan maksudnya. Tafsir ini merujuk dari tafsir Quran Allahyarham, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus. Tafsir ini dirujuk selepas, tertarik dengan kata kata murni dari Allahyarham, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus sendiri iaitu beliau mengatakan, bahawa usaha beliau mentafsir Quran adalah dibuat semata mata kerana mau mencari redho Allah dan bertujuan mempermudahkan umat manusia mencari Tuhan sebenar dan mencari jalan yang lurus iaitu jalan yang benar lagi diredhoi dan tidak dimurkai Allah. Allahyarham, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus juga bersifat suci, tulus ikhlas dan beliau mementingkan akhirat, tidak mencintai dunia.

 

Usaha Allahyarham, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus mentafsir Quran telah dimulakan dari tahun 1922 lagi. Dan beliau telah melanjutkan belajar ilmu pengetahuan ke Mesir dalam tahun 1924.

 

Di Darul Ulum, Mesir, Allahyarham, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus telah menerima pelajaran daripada Sheikh Darul Ulum bahawa, usaha menterjemahkan Quran itu ke dalam bahasa asing hukumnya boleh (mubah) bahkan termasuk perbuatan yang dituntut (fardhu kifayah) bertujuan menyampaikan dakwah atau pengajaran Quran kepada bangsa lain yang tidak mengerti bahasa Arab.

 

Bagaimanakah mau menyampaikan pengajaran Quran kepada bangsa Jepun, Jerman, Rusia, India, Korea, Cina, Melayu, Maori dsbnya jika tidak diterjemahkan kedalam bahasa ibunda mereka?

 

Kami juga merasa tertarik dengan amanat Allahyarham, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus di mana kata katanya; tafsirnya bukanlah terjemahan dari kitab bahasa Arab, melainkan hasil penyelidikannya sejak beliau berumur 20 tahun sehinggalah berumur 73 tahun.

 

Allahyarham, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus juga mementingkan untuk menerangkan dan menjelaskan petunjuk petunjuk yang termaktub dalam Al Quran untuk diamalkan oleh kaum Muslimin khususnya dan umat manusia umumnya sebagai petunjuk rujukan.

 

Kerana memerhatikan petunjuk dan mengambil pengajaran darinya itulah tujuan utama ayat ayat Suci Al Quran diturunkan Allah kepada nabi Muhammad melalui perantara malaikat Jibrail seperti dimaklumkan Allah dalam Al Baqarah ayat 2.

 

2:2 Kitab itu tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang orang-orang yang taqwa.

 

Sesungguhnya Quran diaturkan Allah dengan sangat indah dan sama sekali tidak sama dengan aturan manusia. Adapun usaha ini, bertujuan memudahkan manusia manusia membuat analisa terhadap tafsir Quran semampu kita dan sedaya kita seperti mana yang diizinkan Allah.

 

Ditegaskan bahawa, walaupun usaha sebagus daya telah diusahakan untuk mengumpulnya mengikut kumpulan tertentu, namun diakui mungkin terdapat salah dan silap yang tidak disengajakan. Diakui saya bukan yang terbaik dalam kerja kerja ini, hanya telah diusahakan dengan sebaik daya setakat yang termampu yang diizinkan Allah ke atas saya. Saya memohon ampun dan maaf dari Allah atas apa apa kesalahan yang tertera tanpa sedar di masa penyusunan kompilasi ini.

Sekiranya tuan ternampak kesalahan, mohon ditegur dan pohon ditunjuk ajar pembaikkannya kerana manusia sifatnya amat lemah dan selalu berbuat salah dan silap.

Menjadi tanggungjawab tuan juga mencari kebenaran dan tuan tidak harus menerima terus apa yang dititipkan tanpa membuat analisa atau semakan menyeluruh dari usaha pihak tuan sendiri.

Justeru dipohon daya dari pihak tuan dapat membetulkan apa apa salah dan silap jika ketahuan di pihak tuan.

 

 .

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.