Mencari Muhammad
http://tigosotigo.blogspot.com/2012/01/4-sifat-rasulullah-saw-siddiq-amanah.html
Muhammad memiliki akhlak dan sifat-sifat yang sangat mulia. Oleh kerana itu hendaklah kita mempelajari, seterusnya sangat dituntut mengamalkan sifat-sifat terpuji Baginda iaitu Siddiq, Amanah Tabligh dan Fathonah.
SIDDIQ
Siddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Allah ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya.
Pada diri Rasul, bukan hanya perkataannya yang benar, malah perbuatannya juga benar, yakni sejalan dengan ucapannya. Benar bermaksud mengiakan untung nasib diri samada baik atau rugi adalah dari Allah semata mata.
Nabi Zakaria tidak pernah berputus asa daripada berdoa kepada Tuhannya agar dikurniakan seorang anak walaupun baginda mengetahui dirinya telah sangat tua dan isterinya mandul pula. Nabi Zakaria tidak menyalahkan sesiapa perihal baginda tidak mendapat anak itu.
3:38 Di sanalah Zakaria memohon kepada Tuhannya, ia berkata: Ya Tuhanku, anugerahilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Mahamendengarkan doa.
3:39 Kemudian malaikat menyeru Zakaria, ketika ia berdiri sembahyang di mihrab. Sesungguhnya Allah memberi khabar gembira kepada engkau dengan seorang anak Yahya. Yang membenarkan kalimat dari Allah) (yakni Isa ) dan menjadi ikutan dan sangat suci.
3:40 Zakaria berkata: Ya Tuhanku, bagaimanakah aku akan mendapat seorang anak, sedang aku telah sangat tua dan isteriku mandul. Allah berkata: (Ya), seperti demikianlah, Allah memperbuat apa apa yang dikehendakiNya.
3:41 Zakaria berkata: Ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tanda (perempuanku telah hamil). Allah berfirman: Tandanya bahawa engkau tiada bercakap cakap dengan manusia tiga hari, kecuali dengan isyarat saja. Ingatlah akan Tuhanmu sebanyak banyaknya dan bertasbihlah pada petang dan pagi.
19:2 (Inilah) peringatan rahmat Tuhanmu kepada hambaNya, Zakaria.
19:3 Ketika ia menyeru (meminta) kepada Tuhannya suatu permintaan yang tersembunyi (dengan berbisik).
19:4 Dia berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya telah lemas tulangku dan telah bernyala nyala (penuh) uban di kepala ku dan aku tak pernah celaka (kecewa) dalam meminta kepadamu, Ya Tuhanku.
19:5 Sesungguhnya aku takut akan orang orang yang akan menjadi wali sepeninggalku (iaitu orang orang jahat), sedang perempuanku mandul, sebab itu berilah aku seorang wali (anak) dari sisi Mu.
19:6 Yang akan mewarisiku dan mewarisi keluarga Yaakub, dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang disukai.
19:7 Hai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu dengan seorang anak, namanya Yahya yang belum pernah Kami berikan nama seperti itu sebelumnya.
19:8 Dia berkata: Ya Tuhanku, bagaimanakah aku akan memperoleh seorang anak, sedang perempuanku mandul dan aku telah sampai usia sangat tua?
19:9 Berkata Allah: Demikianlah (akan terjadi). Berfirman Tuhanmu : Ia mudah bagiKu, sesungguhnya telah Kujadikan engkau sebelumnya sedang engkau belum ada suatu apa pun.
19:10 Berkata Zakaria: Ya Tuhanku! Unjukkanlah kepada ku tandanya. Berfirman Allah. Tandanya bahawa engkau tiada bercakap cakap dengan manusia tiga malam, sedang engkau masih sihat.
19:11 Lalu Zakaria keluar kepada kaumnya dari mihrab (tempat sembahyang), lalu diisyaratkan kepada mereka : Sembahyanglah kamu pada pagi dan petang.
21:83 Ingatlah akan Aiyub, ketika dia menyeru Tuhannya: Sesungguhnya aku telah ditimpa kemelaratan, sedang Engkau lebih pengasih dari segala yang pengasih.
21:84 Lalu Kami perkenankan permintaannya dan Kami hilangkan kemelaratan yang ada pada dirinya dan Kami datangkan kepadanya keluarganya berlipat ganda, sebagai rahmat dari sisi Kami dan jadi peringatan bagi orang orang yang beribadat (menyembah Kami).
21:89 (Ingatlah) akan Zakaria, ketika ia menyeru Tuhannya : Ya Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (tanpa beranak) dan Engkau sebaik baik yang mewarisi.
21:90 Lalu Kami perkenankan permintaannya dan Kami kurniakan kepadanya Yahya dan Kami perbaiki isterinya (sampai mengandung). Sesungguhnya mereka itu bersegera (berlumba lumba memperbuat) kebajikan dan mereka meminta kepada Kami dengan pengharapan dan ketakutan. Dan mereka itu berhina diri kepada Kami.
https://makrifattokkenali.wordpress.com/blog/page/40/
Submitted on 2013/06/06 at 10:29 pm | In reply to musafir.
Bilamana bercakap tentang ilmu makrifat, bercakaplah sebagai mana orang mati!. Orang mati itu, telah tidak lagi sangsi akan keberadaan Allah. Keberadaan Allah itu, setelah tidak ada keberadaan diri kita!. Jawapan ilmu di sebalik tembok itu, adalah mematikan diri. Bilamana mati diri, bererti kita tidak lagi berfungsi (tidak ada), bilamana diri kita sudah tidak ada dan sudah tidak berfungsi, siapa yang berfungsi dan siapa yang ada?. yang ada dan yang berfungsi itu, adalah Allah……..
Kita pada hari ini, kebanyakkannya sudah lama kehilangan Allah. Allah sudah lama hilang dalam hidup kita. Kebanyakkan dari kita sekarang ini, hanya nampak adanya diri kita!. Bilamana ada keberadaan diri kita, kita tidak akan dapat untuk menyatakan keberadaan Allah!. Untuk nyatakan keberadaan Allah dengan nyata senyata-nyatanya, saya pohon kepada pembaca blog yang budiman sekalian, supaya hilangkan ujud diri, hilangkan sifat keakuan dan hilangkan perkataan “aku”.
Ilmu makrifat yang saya cakap dan yang saya bawa ini, bukan ilmu ilusi atau bukan sekadar ilmu bahasa istilah, tetapi ilmu nyata dan ilmu pasti. Seumpama, guru-guru feqah membawa kita melancong ke negara Arab, hanya setakat KLIA (Air asia) sahaja. tetapi ilmu makrifat yang saya bawa ini, akan membawa tuan-tuan sehinggga sampai menjejakkan kaki ke bumi Arab.
https://makrifattokkenali.wordpress.com/blog/page/40/
https://carigold.com/forum/threads/kisah-tok-kenali-dengan-ulat2-di-kudis-kakinya.481673/
4 bulan berlalu, namun sakit beliau semakin merebak sehinggakan beliau tidak dapat lagi berjalan. Hanya mampu mengesot di dalam rumah. Pelbagai ubat dan petua dicuba tetapi penyakit di kakinya tidak berkurangan. Malah semakin melarat sehingga menjadi kudis. Ulat juga mula ada di bahagian kudis tersebut. Dikatakan ulat tersebut jelas kelihatan, kepalanya hitam dan ekornya berwarna kuning.
“Tuk Guru, biarlah hamba membuang ulat itu”, ujar salah seorang muridnya.
“ Biarkanlah dia. Ulat ini juga makhluk seperti kita, dia juga mahu makan seperti yang kita makan”, ujar Tok Kenali. Begitulah sifat orang Sufi!
Pada suatu hari, ketika Tok Kenali sedang tidur, tiba-tiba datang beberapa ekor ayam mematuk-matuk ulat-ulat yang ada di lubang kudis sehingga kaki beliau pecah berdarah. Apakah reaksi Tok Kenali?
“Ah, ayam-ayam ini telah makan kekasih-kekasihku. Terasa sakit juga patukannya. Akan tetapi kita ini adalah hamba Allah, penawarnya ialah sabar dan bersyukur. Sebab nikmat-nikmat Allah itu terlalu amat banyak! Kebaikan yang Allah beri tidak akan dapat terbayar!”.
Tidak pernah kedengaran beliau merungut tentang penyakit yang dihidapinya.
Sesudah
2 bulan beliau menderita kesakitan, ketetapan Tuhan telah sampai. Beliau
meninggal dunia pada 19 November 1933 bersamaan 2 Syaban 1352 pada usia 65
tahun.
Kebiasaannya kudis yang buruk akan mengeluarkan bau yang busuk, sekalipun orang
itu sudah mati. Namun, di hari kematian beliau, kudis itu telah menyebarkan bau
harum yang luar biasa.
“Weh! Mari cium kaki ayah ini, harum mewangi”’, ujar Hajah Ruqayah, isteri Tok Kenali kepada anaknya ,. “Ya, memang harum!. balas anaknya Abdullah Zawawi.
Ya, harum sebab sifat IKHLAS dan beliau adalah seorang Wali Allah.
https://carigold.com/forum/threads/kisah-tok-kenali-dengan-ulat2-di-kudis-kakinya.481673/
AMANAH
Amanah ertinya sangat boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Oleh kerana itulah penduduk Makkah memberi gelaran kepada Nabi Muhammad SAW dengan gelaran ‘Al-Amin’ yang bermaksud ‘terpercaya’, jauh sebelum beliau diangkat jadi seorang Rasul. Apa pun yang beliau ucapkan, dipercayai dan diyakini penduduk Makkah kerana beliau terkenal sebagai seorang yang tidak pernah berdusta.
“Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu.” (QS Al-A'raaf: 68)
Mustahil Rasul Allah itu berlaku khianat, pembohong, penipu terhadap orang yang memberinya amanah. Baginda tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Rasul atau sebagai pemimpin untuk kepentingan peribadinya atau kepentingan keluarganya, namun yang dilakukan Baginda adalah semata-mata untuk kepentingan Islam melalui ajaran Allah SWT.
Ketika Nabi Muhammad SAW ditawarkan kerajaan, harta, wanita oleh kaum Quraisy agar beliau meninggalkan tugas ilahinya menyiarkan agama Islam, Baginda menjawab:
”Demi Allah… wahai pakcik, seandainya mereka dapat meletakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas suci ku, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau aku hancur kerananya”……
Meskipun kaum kafir Quraisy mengancam membunuh Baginda, namun Baginda tidak gentar dan tetap menjalankan amanah yang dia terima. Setiap orang Muslim sepatutnya memiliki sifat amanah seperti Baginda SAW.
TABLIGH
Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda. Tidak ada yang disembunyikan walaupun ianya menyinggung Baginda sendiri.
“Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu.” (QS Al-Jin: 28)
“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya.” (QS 'Abasa: 1~2)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah (QS 'Abasa: 1) turun berkenaan dengan Ibnu Ummi Maktum yang buta yang datang kepada Rasulullah SAW sambil berkata: “Berilah petunjuk kepadaku, ya Rasulullah.” Pada waktu itu Rasulullah SAW sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap melayani pembesar-pembesar Quraisy. Ummi Maktum berkata: “Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?” Rasulullah menjawab: “Tidak.” Maka ayat ini turun sebagai teguran di atas perbuatan Rasulullah SAW. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim yang bersumber dari ‘Aisyah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Ya’la yang bersumber dari Anas.)
Sebetulnya apa yang dilakukan Rasulullah SAW itu menurut standard umum adalah hal yang wajar. Ketika sedang berbicara di depan umum atau dengan seseorang, tentu kita tidak suka diganggu oleh orang lain. Namun untuk standard Nabi, itu tidak cukup. Oleh kerana itulah Allah SWT telah menegur Baginda SAW.
Sebagai seorang yang tabligh, meski ayat itu menyindirnya, Nabi Muhammad SAW tetap menyampaikannya kepada kita. Itulah sifat seorang Nabi . Jadi, mustahil Nabi itu ‘kitman’ atau menyembunyikan wahyu.
FATHONAH
Fathonah ertinya bijaksana. Mustahil bagi seseorang Rasul Allah itu bersifat bodoh atau jahlun. Dalam menyampaikan ayat Al-Quran dan kemudian menjelaskannya dalam puluhan ribu hadis memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa.
Baginda Rasul harus mampu menjelaskan firman-firman Allah SWT kepada kaumnya sehingga mereka mahu memeluk Islam. Rasul Allah juga harus mampu berdebat dengan orang-orang kafir dengan cara yang sebaik-baiknya.
Apatah lagi Baginda mampu mengatur umatnya sehingga berjaya mentransformasikan bangsa Arab jahiliah yang asalnya kasar / bengis, berpecah-belah serta sentiasa berperang antara suku, menjadi satu bangsa yang berbudaya dan berpengetahuan. Itu semua memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa.
Mudah mudahan kita dapat memahami seterusnya menerapkan, mengamalkan, menghidupkan 4 sifat Muhammad di atas di dalam kehidupan kita dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Insha Allah.
http://tigosotigo.blogspot.com/2012/01/4-sifat-rasulullah-saw-siddiq-amanah.html
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.