Ganja Mampu
Bunuh Sel Kanser Dan Sperma Kata Pengamal Perubatan
Oleh: Dr Aznil Hisham
1. Pertama sekali ingin saya
nyatakan, ini adalah tulisan yang bersifat akademik, tiada “conflict of
interest” atau sebagainya kerana saya bercakap atas kapasiti seorang pengamal
perubatan.
2. Marijuana atau cannabis adalah
perkataan yang sering digunakan untuk merujuk kepada ganja. Namun, perkataan
ganja menjadi satu stigma dikalangan masyarakat kita dan hari ini saya ingin
perbetulkan stigma masyarakat tentang ganja.
3. Penggunaan cannabis ini ada dua
kaedah. Pertama ianya digunakan untuk rawatan (therapeutic). Kedua ianya
digunakan sekadar seronok-seronok. Saya tidak berminat untuk memperkatakan
tentang pengunaan secara sosial dan tidak bertanggungjawab. Saya cuma ingin
membincangkan ia dari sudut rawatan.
4. Untuk pengetahuan, penggunaan
cannabis sebagai tujuan rawatan (therapeutic purposes) mula berkembang sejak
tahun 1990 di Europe dan US. Malangnya, dengan kemunculan opioids (Morfin,
methadone, Buprenorphine dan lain-lain) – ‘New Synthetic Drug’ maka penggunaan
‘medical cannabis’ menjadi tidak popular.
5. Menarik lagi, di bawah
“International Narcotics Control System and Classified in Schedule I of the
Single Convention in 1961”, cannabis telah diklasifikasikan sebagai “limited
medical value but high potential for abuse”.
6. Dalam era kini, penggunaan
cannabis kembali diperhangatkan terutama dalam rawatan “pain management” dan
cancer. Ada artikel mengatakan bahawa ‘medical cannabis’ adalah sedikit lebih
baik dari opioid dalam kawalan ‘chronic pain’. Terdapat teori mengatakan
bahawa, pengambilan opioid yang masuk ke dalam pembuluh darah akan pergi ke
otak dan bertindakbalas dengan reseptor opioid di otak. Maka pesakit hilang
rasa kesakitan. Dan menurut mereka, penggunaan secara berterusan menyebabkan
reseptor-reseptor ini rosak dan pesakit merasakan kesan ubat berkenaan tidak
sama di peringkat awal. Akibat dari itu, pesakit akan menambah dose ubat
berkenaan semata-mata inginkan kesan yang sama. Akhirnya, dose yang berlebihan
mendedahkan pesakit kepada risiko kematian.
7. Lebih memeranjatkan, ada juga
kajian mengatakan bahawa ‘medical cannabis’ banyak membantu pesakit-pesakit
kanser dan juga HIV. Kita sedia maklum bahawa pesakit-pesakit ‘chronic illness’
ini menghadapi kekurangan dalam selera makan (loss of appetide) dan kerap loya
dan muntah. Dengan pengambilan ‘medical cannabis’ sebagai alternatif kepada
opioid, pesakit2 kanser kembali mempunyai selera makan yang lebih baik dan juga
tiada lagi loya dan muntah. Namun kajian-kajian ini masih peringkat awal dan
pada skala yang kecil.
8. Terdapat artikel yang mengatakan bahawa cannabis mampu membunuh sel-sel
kanser. Secara teorinya ada benarnya. Namun harus sedar, ianya bukan hanya
membunuh sel-sel kanser sahaja, ianya juga membunuh sel-sel normal terutama di
otak serta merosakkan sel-sel sperma dan mengubah struktur sperma.
9. Saya bukan memiliki pengalaman
luas dalam berurusan pesakit-pesakit yang menggunakan ganja ini. Namun dari
pemerhatian saya yang amat sedikit melalui pemeriksaan CT scan dan MRI,
pesakit-pesakit yang menggunakan ganja secara kroik mempunyai otak yang kecut
(brain atrophy). Mungkin ini yang menyebabkan pengguna-penguna ganja menjadi
tidak fokus dan tidak bermotivasi dalam aktiviti harian.
10. Maka, mengapa penggunaan cannabis
tidak diperluaskan? Tahukah anda bahawa ‘marijuana smoke’ boleh menyebabkan
kanser 50% – 70% lebih tinggi risiko berbanding perokok biasa? Tahukah anda
bahawa, marijuana smoke juga boleh merosakkan paru-paru 5 kali ganda berbanding
perokok biasa? Tahukah anda bahawa pengambilan cannabis ini akan mengganggu
struktur sel dan juga menyebabkan ‘severe hereditary defects’ seperti ‘birth
defect’ dan ‘mental disorder’ bagi kanak-kanak? Anak Kecil yang lahir dari ibu
yang mengambil ‘cannabis’ juga menghadapi permasalahan dalam perkembangan otak.
Malah kanak-kanak ini juga mengalami risiko leukaemia.
11. Menut pemerhatian mereka yang
menggambil kanabis secara berleluasa ini sering berdepan dengan simpton mudah
lupa, mudah rasa panik, kadar degupan jantung makin laju dan berdepan dengan
risiko penyakit jantung, ‘disorientated’ dan sukar untuk tidur.
12. Namun kenapa ada negara yang
menghalalkan penggunaan kanabis sebagai rawatan? Walaupun mereka benarkan,
namun ‘medical cannabis’ masih tertakluk di bawah perundangan yang ketat
(strictly regulated system). Di Amerika sebagai contoh, tidak semua negeri yang
dibenarkan menggunakan ‘medical cannabis’ sebagai rawatan. Malah tidak semua
doktor yang boleh ‘prescribed’ pengunaanya. Lebih menarik, penggunaan ‘medical
cannabis’ adalah sebagai trial (percubaan) dan ubatan yang berasaskan kanabis
adalah ‘strongly limited’ di negara-negara ini.
13. Terdapat kajian menarik dari
tahun 1990 tentang penggunaan medical cannabis (lihat gambar). Dan kajian ini
dapati bahawa hampir kesemua negara yg membenarkan penggunaan cannabis, lebih
50 – 60% doktor tak mengsyorkan pengambilan medical cannabis dan pesakit juga
tak demand terhadap ubat ini. Jadi kenapa kita perlu beria-ia mahu kerajaan
gugurkan undang2 untuk menghalang penggunaan ganja?
#Kesimpulan
1. Ramai yang salah faham apabila
dunia bicara tentang penggunaan ganja untuk rawatan. Tetapi “mereka” bicara
untuk keseronokkan dengan menggunakan alasan kesihatan.
2. Belum ada kajian yang kukuh dan
luas tentang penggunaan medical cannabis untuk ‘pain management’ dan banyak
kajian bahawa opioid adalah yang terbaik. Di Malaysia, kita mengunakan opioid
untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah ketagihan ganja.
3. ‘Synthetic drug’ seperti Opioid
agak sukar didapati oleh orang awam sebaliknya ‘non-synthetic drug’ seperti
ganja mudah diperolehi. Mereka hanya perlu tanam di belakang rumah dan ganja
ini boleh digunakan dalam rokok mahupun vape. Dan jika kalian perasan, golongan
yang mahu ganja menjadi “halal” adalah dari mereka yang memperjuangkan vape
(sebilangan kecil).
4. Walaupun ada negara yang
membenarkan penggunaan medical cannabis, mereka menghadapi masalah antara
perundangan secara ‘legal’ dan ‘illegal’ kerana ianya bertindih. Jika dihalalkan
penggunaan ganja, akan ramai yang menyalahgunakan perundangan ini untuk
merosakkan diri. Apapun, negara-negara tersebut masih mengambil polisi yang
ketat terhadap penggunaan ganja sebagai rawatan.
5. Ganja boleh kurangkan kos sara
hidup dan membantu ketenangan adalah teori yang agak pelik. Kita ada banyak
ubat penenang yang lebih selamat berbanding ganja. Dan ubat ini juga kita guna
utk merawat pesakit ketagihan ganja. Kita juga ada Al Quran yg boleh
menenangkan kita. Malangnya kita tidak addict terhadap Al Quran. Kita tetap
mahu ganja. Kurang mengerti.
6. Ada sesetengah pihak cuba
mengaitkan dgn TPPA. Ianya adalah untuk medical cannabis. Dan
undang-undang Malaysia menghalang penggunaan cannabis. Maka, ianya tiada
kena mengena langsung. Malah, negara yang seperti Amerika dan Australia juga
begitu ketat mengawal penggunaan medical cannabis. Jadi usah salah faham antara
penggunaan secara rawatan dengan penggunaan secara suka-suka.
Nota:
* Penulis
adalah merupakan salah seorang pengamal perubatan di sebuah hospital kerajaan
di ibukota ia merupakan pendapat peribadi yang dipetik dari laman Facebook
beliau dan ia tidak semestinya mewakili pandangan SuaraTV
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.