MEKAP SEBABKAN BARAH &
CEPAT TUA
LONDON: Mereka yang menggunakan mekap dan produk
penjagaan diri setiap hari didakwa berdepan risiko bahaya termasuk barah,
penuaan awal dan alahan kulit apabila tubuh mereka menyerap hampir 2.26
kilogram bahan kimia produk berkenaan setiap tahun.
Apabila anda membuat facial scrubbing, maka
risiko mendapat penyakit hepatitis B akan meningkat. Juga kadar serapan bahan
kimia daripada kosmetik yang dapat meresap masuk melalui kulit anda juga akan
meningkat secara mendadak kerana lapisan kulit mati muka anda telah habis
discrub oleh facial scrubbing! Sebenarnya lapisan kulit muka yang nampak muda
adalah disebabkan kerana lapisan kulit mati telah tertanggal oleh proses
scrubbing! Ini sebenarnya lapisan kulit muka anda telah menipis dan meningkatkan
kadar resapan logam berat dan kimia pengawet daripada kosmetik yang anda pakai!
Akhbar Telegraph melaporkan, amaran oleh pakar
dan persatuan kesihatan Britain mengaitkan risiko itu sebagai hasil campuran
dan tindak balas kimia produk itu serta tindakan pengguna menggunakan produk
yang sudah tamat tarikh luputnya. Ia disebabkan kebanyakan pengguna khususnya
wanita menggunakan lebih 20 jenis produk bahan kecantikan berbeza sehari bagi
memastikan wajah kelihatan menarik. Malangnya, sekurang-kurangnya sembilan
daripada 10 produk yang digunakan itu sebaliknya sudah tamat tempoh atau luput
tarikh penggunaannya. Pakar biokimia Britain, Richard Bence mendakwa
penggantungan sepenuhnya kepada produk mekap dan dandanan diri bermakna
pengguna membenarkan tubuh mereka diresapi bahan kimia berkenaan.
“Ada di antara kandungan bahan mekap itu
menggunakan sintetik atau tiruan yang sememangnya diketahui boleh memberi kesan
sampingan termasuk alahan kulit, barah serta penuaan awal. Sudah tiba masanya
kita mempersoalkan produk yang saban hari disapu pada kulit dan tidak membuat
andaian yang kandungan bahan kimianya selamat,” katanya.
Bence terbabit dalam penyelidikan tiga tahun ke
atas produk mekap yang lazim digunakan.
“Sebagai pengguna, kita sendiri tidak pasti
kesannya apabila bahan kimia itu dicampur. Kesannya mungkin jauh lebih besar
daripada secalit krim atau bedak yang digunakan,” kata Bence.
Beliau yang menekankan kepentingan penggunaan
produk kecantikan berasaskan bahan organik berkata bahan kimia yang diserap
menerusi kulit jauh lebih bahaya daripada ditelan.
“Bayangkan gincu yang disapu pada bibir dan
bahan kimia itu dipecahkan oleh enzim dalam air liur dan di dalam perut. Perlu
diingat, bahan kimia itu terus diserap ke dalam darah yang sememangnya tidak
dilindungi.”
Amaran penggunaan gincu dan maskara yang sudah
tamat tarikh luputnya turut dibuat Persatuan Pakar Mata Diraja Britain yang
mendakwa produk itu ‘lubuk’ bakteria bahaya.
“Pengguna mekap, termasuk maskara itu perlu
terlebih dulu bertanyakan diri sendiri sama ada tindakan menyapu muka dengan
beratus-ratus bahan kimia yang berbeza itu berbaloi atau tidak. Apakah ia satu
kemestian,” kata Clio Turton, jurucakap persatuan.
Antara bahan kimia yang bahaya adalah jenis
paraben (asid para-hydroxybenzoic) yang digunakan dalam produk termasuk sabun,
deodoran dan losen bayi. Malah sisa paraben ditemui dalam sampel barah payu
dara biarpun kaitannya dipertikaikan. Bahan kimia sodium sulfat yang digunakan
bagi menghasilkan sabun, syampu, buih krim pencukur, ubat gigi dan buih
mandian, didakwa menyebabkan alahan kulit. Sementara itu, Persatuan Kosmetik,
Produk Penjagaan Diri dan Pewangi berkata, orang ramai tidak perlu bimbang
kerana produk itu dilindungi peraturan Kesatuan Eropah (EU) dan dijamin
selamat. – Agensi
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.