Total Pageviews

Tuesday 2 October 2018

Racun Perosak pada daun sayur




Racun Perosak pada daun sayur









Penggunaan racun perosak pada tanaman merupakan satu topik yang sering diutarakan dalam isu keselamatan makanan. Ia sering diperkatakan samada oleh pihak pengguna mahupun pihak berkuasa. Secara teorinya, terdapat kemungkinan sisa baki racun perosak akan kekal pada tanaman yang disembur dengan racun perosak.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak berkuasa telah menetapkan paras maksimum residu racun perosak yang boleh didapati dalam sesuatu tanaman segar ataupun yang telah diproses.

Analisis residu racun perosak ini melibatkan proses penyediaan sampel bagi menghasilkan ektrak yang kemudiannya dianalisis ditentukan menggunakan kromatografi gas (GC). Makmal residu racun perosak di Bahagian Kimia Makanan dilengkapi dengan pelbagai jenis kromatografi gas iaitu GC-MS, GC-NPD, GC-ECD, GC-XCD dan GC-FPD.

Bahagian Kimia Makanan menyediakan analisis meliputi sampel-sampel buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta yang telah diproses.
·         Organofosforus (OP)
·         Piretroid sintetik (SP)
·         Organochlorine (OC)
·         Karbamat










.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.