Total Pageviews

Tuesday, 2 October 2018

KHASIAT DAUN KETUM



KHASIAT DAUN KETUM



Pokok Ketum Pengelasan saintifik Alam: Tumbuhan Divisi: Magnoliophyta Kelas: Magnoliopsida Order: Gentianales Famili: Rubiaceae Genus: Mitragyna Spesies: M. speciosa Binomial: Mitragyna speciosa korth Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Khasiat Daum Ketum

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Daum Ketum yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja, mengawal kadar gula dalam darah, mengembalikan tenaga batin, merawat ketagihan dadah, Mitragyna speciosa korth, penawar diabetis, penawar sakit urat, pokok biak, pokok ketum.

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth. Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.

Khasiat Dan Kegunaan

Daun ketum sememangnya di akui herba yang menpunyai khasiat untuk melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat. Minum air ketum telah dijadikan amalan orang tua dulu,tetapi amalan dan khasiat daun ketum sebagai penawar diabetis adalah tidak begitu dikenali seperti herba mas cotek dan misai kucing.Selain itu daun ketum adalah herba yang paling mujarab diantara herba ubatan alternatif yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah.

Herba lain mungkin menpunyai kelebihan gengan cara tindak balas yang berlainan,tetapi daun ketum amat mujarab dalam dalam menurunkan kadar gula dalam darah pada masa yang singkat.Kemanpuan untuk menurunkan kadar gula dalam darah secepat munkin adalah penting terutama untuk pesakit yang menpunyai luka dan bengkak(diabetes feet) untuk menbantu memulihkan tisu dan mencegah jangkitan.

Terdapat dua jenis daun ketum yang boleh dibezakan melalui warna daun,bentuk kedua daun lebih kurang sama. Satu adalah berwarna hijau dan satu lagi menpunyai urat daun berwarna merah yang boleh dilihat jelas belakang daun Spesies berwarna belang merah ini dikatakan lebih berkhasiat dan mujarab.

Masyarakat tradisi mengunakan daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.

Daun ketum juga digunakan untuk merawat ketagihan dadah, tetapi penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan ketagihan terhadap bahan berkenaan.

Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin. Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah.

Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

daun ketum

Kesan buruk penganbilan air ketum berlebihan
Pengambilan ketum yang berlebihan dan tidak terkawal akan menyebabkan pengamalnya berasa sakit pada urat saraf dan sendi apabila mereka tidak mengambil atau minum air ketum, selepas dos yang ada di dalam badan telah berkurangan, disebabkankan kesakitan yang tak dapat kita gambarkan inilah mereka yang mengamalkan air ketum itu tadi terpaksa mengambil air ketum dua atau tiga bungkus setiap hari untuk menghilangkan rasa sakit atau sengal badan berpunca daripada mengamalkan air ketom secara tidak terkawal.

Jadi hindari tabiat buruk mengamalkan air ketom secara tidak terkawal sehinga menyebabkan ketagihan, nanti susah nak cari cara untuk menyembuhkan kesakitan yang berpunca dari menagih air ketom nie.


Masa depan pokok Ketum

Dengan pengistiharkan daun Ketum sebagai bahan larangan mulai Januari 2003, ini bererti pokok Ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa.
Nasib pokok ketum ternyata berbeza dengan pokok kola yang berasal dari Amerika Syarikat. Air rebusan daun kola telah dijadikan bahan asal Coca-cola. Bagaimanapun setelah didapati daun kola mempunyai bahan ketagihan yang sama, syarikat Coca-cola telah menukar bahan asal dalam daun kola kepada bahan sintatik yang tidak menagihkan. Apakah mungkin anda pengusaha daun Ketum yang mampu menjalankan penyelidikan bagi menyingkirkan bahan mitragynine dari ramuannya untuk dipasarkan? Mungkin akan terhasil Ketum Kola? Hanya masa akan menentukannya.


Bagaimanapun penyelidikan oleh luar negara untuk memajukan pokok Ketum menunjukkan hasil yang menggalakkan. Kajian oleh Ridley 1897 di Malaya dan terbaru di New Zealand mendapati kandungan mitraginin dalam daun ketum dos rendah boleh digunakan sebagai ejen dalam rawatan detoksifikasi dadah (pemulihan penagih dadah). Dengan itu daun Ketum dipercayai boleh membantu dalam rawatan detoksifikasi atau terapi gantian dan khasiat dalam perubatan tradisional tetapi kajian lebih saintifik perlu dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan serta keberkesanan daun ketum digunakan dalam rawatan itu.


Oleh itu, jangan terkejut sekiranya suatu hari Malaysia akan mula mengimport daun Ketum dari New Zealand dan Australia sebagai bahan ubat.



Tindakan penguatkuasaan.


Pada 3 Mei 2005, lima pengedar air ketum ditahan di Felda di negeri Terengganu dan 144 liter air dan 44 kg daun ketum dirampas. Mereka boleh dijatuhkan hukuman denda RM10,000 atau empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pada Julai 2008, tangkapan terhadap sindiket penjualan air ketum masih dijalankan.~ Sumber : 
wikipedia.org/


Maklumat tambahan

Pokok ketum tumbuh semulajadi di hutan-hutan seperti di Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu. Di sesetengah tempat ketum dipanggil pokok biak. Masyarakat tradisi menggunakan daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat bekerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.

Daun ketum juga digunakan untuk merawat ketagihan dadah, tetapi penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan ketagihan terhadap bahan berkenaan. Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin.

Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas bekerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot, sakit-sakit sendi dan lelah.

Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.


Bahan Aktif


• Mengandungi banyak alkaloid psikoaktif, lebih daripada 25, tetapi Mitragynine merupakan alkaloid yang utama

• Mitragynine memberi kesan-kesan stimulan, sedatif dan euforik, oleh itu ia berfungsi sebagai drug narkotik seperti candu

• Alkaloid Mitragynine diasingkan (isolated) pada tahun 1907

• Struktur kimianya ditentukan pada tahun 1964

• Strukturnya berkait dengan alkaloid yohimbin dan voakangin (voacangine)

• Terdapat perkaitan jauh dengan ‘tryptamine-based psychedelic drugs’ seperti yohimbin, psilosibin dan LSD


Cara-cara menanam pokok ketum

Pokok ketum juga boleh di tanam melalui biji benih,iaitu dengan menyemai biji ketum ke dalam medium semaian.Kemudian biarkan beberapa minggu sehingga anak benih ketum tumbu. Apabila meningkat dewasa pokok ketum perlulah diubah ke tempat yang lebih luas.Selain itu pokok ketum juga boleh ditanam melalui kaedah keratan batang.Kaedah ini perlulah dilakukan dengan memotong bahagian batang yang cukup matang usianya.




.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.