Minyak Wangi beracun
WANGIAN
telah digunakan sejak zaman silam dalam upacara keagamaan tetapi kemudian
penggunaannya berkembang sebagai kosmetik dan hampir dalam setiap produk harian.
Kaum wanita selalu dikaitkan dengan minyak wangi dan produk wangian atau
haruman sehingga ada yang sanggup berbelanja besar hanya untuk memiliki wangian
yang berkenan di hati. Wangian dikatakan menggambarkan peribadi si pemakai.
Pada waktu siang, wangian yang dihasilkan dapat menimbulkan rasa kegembiraan,
keyakinan, keceriaan, segar dan bersih. Pada sebelah malam pula, wangian
dikatakan mampu melahirkan perasaan, menonjolkan sifat kewanitaan, misteri dan
romantik.
Hampir
setiap produk yang berkaitan dengan wanita mempunyai wangian seperti sabun,
barangan kosmetik, syampu, pelembut kain, potpuri, penyembur rambut, kertas
tisu, detergen, kertas tulis dan sebagainya. Tujuan wangian hanyalah untuk
menghasilkan bau wangi pada si pemakai, barangan kegunaan peribadi atau udara
di sekeliling selain menjadikan pakaian berbau "bersih", kosmetik
"cantik" dan peralatan rumah "terjaga". Wangian juga
menambahkan rasa "bersih" apabila menggunakan produk kebersihan diri
terutamanya selepas mandi. Namun, kebanyakan kita tidak menyedari yang ia boleh
mendatangkan bahaya kepada kesihatan terutamanya bagi wanita mengandung.
BAU
|
NAMA BAHAN (CONTOH)
|
BAHAN KIMIA AKTIF (% BERAT BERSIH)
|
TANDA KERACUNAN
|
Limau, lemon
|
Fruity-fragrance 86-173
|
Limonin > 50%
|
Kanser,
keradangan pada mata dan kulit
|
Lavender
|
Lavender-fragrance
93-054
|
Linalool 10-50%
|
Gangguan
pernafasan
|
Tomato
|
Tomato Oil 010
|
Propilin glikol > 50%
|
Keradangan
mata dan kulit, jika tertelan boleh menyebabkan sawan
|
Pudina
|
Spearmint oil 660
|
Karvon > 50%
|
Menyebabkan
keradangan pada mata dan kulit.
|
Musim bunga
|
Spring Flowers Fragrance 5975
|
Karbitol 10 – 50%
|
Gangguan
pernafasan dan sistem saraf, keradangan mata.
|
Pepermin
|
Peppermint 501
|
1-Menthol 10 – 50%
|
Loya
yang teruk, muntah, sakit perut, vertigo, hilang keseimbangan pergerakan
anggota badan, mengantuk dan koma.
|
Buah-buahan
|
Bergamont Oil 100
|
Linalil asetat, lomonin, linalool, 10
– 50%
|
Gangguan
pernafasan, keradangan mata dan kulit.
|
Bunga-bungaan
|
Bouquet Floral 3881
|
Benzal
asetat 10 – 50%
|
Kanser
pankreas, keradangan mata, saluran pernafasan dan batuk.
|
Kulit
Kayu Manis
|
Cinnamon Oil 950
|
Sinamik
Aldehid > 50%
|
Keradangan
sistem pernafasan dan kulit, mengantuk. Jika tertelan menyebabkan muntah,
sakit perut dan cirit- birit.
|
Pine
|
Alpha Pinene P & F
|
a-Pinen
97.5%
|
Mengganggu
sistem pernafasan, kerosakan paru-paru, vertigo, denyutan jantung meningkat,
pening, halusinasi, kebakaran dan kesan kebakaran pada kulit, konjunktivitis,
merosakkan sistem pertahanan badan.
|
Lilac
|
Alpha Terpineol P & F, FCC
|
a-Terpineol
88.5%
|
Keradangan
lapisan mukus dalam paru-paru, pneumonitis, edema, susah bernafas, kehilangan
koordinasi anggota badan, sakit kepala.
|
Kandungan
Wangian
Setiap produk wangian mengandungi bahan kimia
wangian sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media
atau foundation. Peratus kandungan kimia wangian adalah di antara satu hingga
30% dan ini bergantung kepada jenis produk. Namun daripada analisis makmal yang
dilakukan didapati sebanyak 95% bahan kimia yang terkandung di dalam produk
wangian adalah bahan kimia sintetik daripada jenis petroleum seperti terbitan,
benzena, aldehid dan kimia toksik lain.
Institut Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan mendapati daripada kesemua bahan kimia yang digunakan dalam
pembuatan kosmetik, 815 daripadanya adalah bersifat toksik. Manakala kajian
yang dilakukan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar, Amerika (EPA) pada tahun
1991 pula menunjukkan terdapat kloroform dalam pelembut pakaian dan
p-diklorobenzena iaitu sejenis bahan kimia karsinogen (penyebab kanser) pada paras
yang tinggi dalam penyegar udara.
Selain itu, terdapat juga wangian jenis musk
boleh memberikan kesan estrogen, neurotoksik dan karsinogen tetapi pada kadar
yang lemah. Mengikut kajian Penguatkuasaan Makanan dan Dadah, Amerika (FDA)
(1968 hingga 1972), bahan kimia semula jadi seperti alfa-terpineol, benzal
asetat, benzal alkohol, limonin dan lionalol yang sering terdapat dalam
kosmetik (daripada 138 bahan) didapati kerap memberi kesan sampingan kepada si
pemakai.
Bahaya Kesihatan
Bahan kimia yang terkandung dalam wangian
boleh menyebabkan kesan alahan, asma, kanser, kecacatan bayi dalam kandungan,
keguguran, penyakit sistem saraf seperti parkinson, alzheimer dan lain-lain. Ia
juga boleh memberi kesan keracunan kepada manusia melalui pernafasan dan sentuhan
kulit sama ada secara akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang).
Kesan keracunan akut biasanya disebabkan alahan seseorang terhadap kimia wangian tertentu, ada individu yang sangat sensitif dan menunjukkan tanda alahan walaupun terdedah dengan bau atau sapuan kecil. Terdapat juga individu yang tidak menunjukkan sebarang tanda keracunan akut walaupun terdedah pada dos yang tinggi. Keracunan kronik adalah disebabkan penggunaan yang berulang pada tempoh yang lama dan tanpa disedari sehinggalah muncul tanda keracunan.Produk yang memberi kesan langsung kepada sistem pernafasan adalah seperti penyegar udara, semburan wangian badan dan rambut, pengilat kuku dan pelarutnya serta lain-lain. Semburan, wap atau gas bahan kimia ini akan memasuki saluran pernafasan dan memberi kesan kepada bahagian hidung, tekak, paru-paru dan seterusnya ke bahagian anggota badan lain melalui sistem peredaran darah.
Kesan keracunan akut biasanya disebabkan alahan seseorang terhadap kimia wangian tertentu, ada individu yang sangat sensitif dan menunjukkan tanda alahan walaupun terdedah dengan bau atau sapuan kecil. Terdapat juga individu yang tidak menunjukkan sebarang tanda keracunan akut walaupun terdedah pada dos yang tinggi. Keracunan kronik adalah disebabkan penggunaan yang berulang pada tempoh yang lama dan tanpa disedari sehinggalah muncul tanda keracunan.Produk yang memberi kesan langsung kepada sistem pernafasan adalah seperti penyegar udara, semburan wangian badan dan rambut, pengilat kuku dan pelarutnya serta lain-lain. Semburan, wap atau gas bahan kimia ini akan memasuki saluran pernafasan dan memberi kesan kepada bahagian hidung, tekak, paru-paru dan seterusnya ke bahagian anggota badan lain melalui sistem peredaran darah.
Produk yang terlibat melalui sentuhan kulit pula ialah sabun, syampu, krim, pencukur, peluntur pakaian, barangan kosmetik, detergen, pelembut pakaian dan lain-lain. Bahan kimia ini boleh menjerap ke dalam lapisan kulit dan memasuki aliran darah seterusnya memberi kesan ke bahagian lain anggota badan.
Jadual berikut menunjukkan contoh bahan kimia
di dalam produk wangian seperti minyak wangi, penyegar udara, sabun pencuci
pinggan mangkuk, pewarna dan pencuci kuku, penyembur rambut, penyembur badan,
produk kosmetik, syampu, sabun, peluntur pakaian dan pelembut pakaian, detergen
dan potpuri.
KANDUNGAN KIMIA
|
TANDA
|
3-Burten-2-one
|
Keradangan pada kulit dan sistem pernafasan
|
Aseton
|
Merencat sistem saraf pusat, kekeringan pada mulut
dan tekak, pening, loya, hilang koordinasi, pertuturan tidak jelas dan koma.
|
Siklopenta(g)-2-benzopiran
|
Keradangan
pada kulit, mata dan saluran pernafasan.
|
Ertanol
|
Keletihan,
keradangan pada mata dan bahagian atas sistem pernafasan, pening, penglihatan
yang kabur, hilang koordinasi anggota badan, kebas.
|
Atil
asetat
|
Sakit
kepala, kebas, kulit kering dan merekah, kekurangan darah, kerosakan hati dan
buah pinggan, keradangan pada mata dan saluran pernafasan.
|
Fenil
metal ester
|
Gangguan sistem saraf, kanser
|
Hidrosinamaldehid,
p-tert-butil-alfa-metil
|
Separuh
sedar, kesukaran bernafas, gangguan sistem reproduktif lelaki.
|
Metilin
klorida
|
Kanser,
sesak nafas (kerana dimetabolisme kepada karbon monoksida), sakit kepala,
kebasm pening, penat, mudah terganggu.
|
Phenol,
2,60bis(1,1-dimetileti)-4-metil
|
Kanser,
memberi kesan pada anak dalam kandungan dan sistem pembiakan.
|
Ftalik
ester
|
Gangguan
sistem saraf dan bayi dalam kandungan
|
Benzaldehid
|
Merencat
sistem saraf pusat, keradangan pada mulut, tekak, mata, kulit, paru-paru,
loya, sakit perut dan kerosakan buah pinggang.
|
Kampor
(kapur barus)
|
Alahan
pada kulit, keradangan pada mata, hidung dan tekak, pening, loya dan sawan.
|
Benzal
alkohol
|
Keradangan
bahagian atas sistem pernafasan, pening, loya, muntah, tekanan darah rendah,
merencat sistem saraf, kegagalan fungsi pernafasan.
|
Karbitol
|
Keradangan
pada mata, kulit, saluran pernafasan paru-paru.
|
Tanda Keracunan
Secara
amnya keracunan wangian ditunjukkan oleh tanda berikut seperti yang dikeluarkan
oleh Pusat Kebangsaan Strategi Kesihatan Alam Sekitar, Kanada pada tahun 1990:
Mata
berair, penglihatan berganda, bersin, sesak nafas, alergi rinitis, sinusitis,
tinnitus, pening, vertigo, batuk, bronkitis, kesukaran bernafas, ketat dada,
asma, anafilaksis, pening, migrain, sakit kepala, disorientasi, kehilangan
memori berkala, ketegangan, awan, kemurungan, perubahan tingkah laku, ruam,
ekzema, kemerahan, keradangan otot dan sendi, sakit, lemah, denyutan jantung
yang tidak teratur dan laju.
Anda
dinasihatkan supaya membaca label pada produk wangian terlebih dahulu sebelum
membeli bagi mengetahui sama ada bahan kirnia yang digunakan adalah daripada
jenis yang selamat kepada diri atau anak dalam kandungan. Elakkan pendedahan
bertoksik terutamanya kanak-kanak. Sekiranya ada kemusykilan, anda boleh
menghubungi pihak yang bertanggungjawab tentang kesihatan pengguna atau Pusat
Racun Negara. Beringatlah!
Tidak semua yang wangi itu baik untuk kita.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.